Kota Kinabalu merupakan ibu negeri Sabah, Malaysia, yang terletak di bahagian pantai barat Borneo (merupakan transit point ke Danum Valley dan kawasan-kawasan pelancongan yang lain di Sabah). Ia merupakan bandar utama dan pusat ekonomi negeri Sabah. Kota Kinabalu menawarkan kepelbagaian budaya dengan pelbagai etnik seperti Kadazandusun, Bajau, Cina dan banyak lagi. Negeri ini terkenal dengan mercu tanda semulajadi yang indah iaitu Gunung Kinabalu.
Pusat bandar Kota Kinabalu mempunyai pelbagai kemudahan termasuk pusat perniagaan, restoran, hotel dan pusat beli-belah seperti Suria Sabah dan Imago Shopping Mall. Selain itu, Pasar Filipina yang berwarna-warni menawarkan pelbagai barangan dan makanan tempatan.
Dengan adanya kemudahan seperti ini, terdapat banyak peluang pekerjaan yang ditawarkan, terutamanya dalam sektor perhotelan di bandar Kota Kinabalu seperti housekeeping, hotel engineering operations, front office, food and beverage staff, public area attendant, security, information assistant dan banyak lagi.
Dalam artikel ini, saya akan senaraikan beberapa kerja kosong hotel di Kota Kinabalu yang tersedia saat ini. Kerja kosong yang saya senaraikan di sini di ambil dari beberapa sumber seperti JobStreet, SabahJobs dan sebagainya.
Kerja Kosong Hotel Kota Kinabalu Sabah
1. Guest Service Associate – Grandis Hotels And Resorts Sdn. Bhd.
- Lokasi: Kota Kinabalu, Sabah
- Jawatan: Front Office & Guest Services (Hospitality & Tourism)
- Kerja sepenuh masa (full time)
Syarat Kelayakan
- Memiliki sekurang-kurangnya SPM/Diploma dalam bidang Hospitaliti/Pelancongan/Pengurusan Hotel atau setaraf.
- Fasih dalam komunikasi bertulis dan lisan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia (fasih dalam pelbagai dialek Mandarin akan ditambah satu kelebihan)
- Sanggup bekerja berjam-jam.
- Fresh graduate juga digalakkan memohon.
Cara Memohon
Anda boleh memohon kerja kosong ini di JobStreet atau klik di sini untuk maklumat lebih lanjut tentang kerja kosong ini.
2. Housekeeping Service Associate – Grandis Hotels and Resorts Sdn. Bhd.
Image source: Unsplash by Towfiqu barbhuiya
- Lokasi: Kota Kinabalu, Sabah
- Jawatan: Housekeeping (Hospitality & Tourism)
- Kerja sepenuh masa (Full time)
Syarat Kelayakan
- Memiliki sekurang-kurangnya SPM.
- Minimum 1 tahun pengalaman berkaitan dalam industri perhotelan.
- Personaliti yang menyenangkan dengan kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik
- Boleh mula bekerja dengan segera adalah lebih baik.
Cara Memohon
Anda boleh memohon kerja kosong ini di JobStreet atau klik di sini untuk maklumat lebih lanjut tentang kerja kosong ini.
3. Security Officer – Grandis Hotels and Resorts Sdn. Bhd.
- Lokasi: Kota Kinabalu, Sabah
- Jawatan: Security officer (Hospitality & Tourism)
- Kerja sepenuh masa (Full time)
Syarat Kelayakan
- Memiliki sekurang-kurangnya SPM/STPM.
- Sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman (experience) yang berkaitan dalam industri hotel keselamatan.
- Sihat dari segi fizikal dan perubatan tanpa rekod jenayah.
- Kemahiran komunikasi yang sangat baik dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.
- Mampu melakukan penyiasatan dan penyerahan laporan dan penemuan yang baik.
- Mahir menggunakan komputer untuk Microsoft.
Cara Memohon
Anda boleh memohon kerja kosong ini di JobStreet atau klik di sini untuk maklumat lebih lanjut tentang kerja kosong ini.
4. Front Office Assistant – Shangri-La Hotels
Image source: Unsplash by Hunters Race
- Lokasi: Kota Kinabalu
- Jawatan: Front Office Assistant
- Kerja sepenuh masa (Full time)
Syarat Kelayakan
- Penampilan yang kemas dan menyenangkan.
- Memiliki pemahaman yang baik dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, lisan dan bertulis; kemahiran dalam bahasa tambahan seperti Mandarin / Korea / Jepun adalah satu kelebihan.
- Mempunyai pengalaman kerja atau latihan praktikal di Front Desk.
- Kebolehan untuk berinteraksi, menunjukkan inisiatif, bekerjasama, dan boleh bekerja secara bebas.
- Bersedia untuk bekerja pada waktu yang fleksibel.
Cara Memohon
Anda boleh memohon kerja kosong ini di indeed atau klik di sini untuk maklumat lebih lanjut tentang kerja kosong ini.
5. Sales & Event Coordinator – Raia Hotels Kota Kinabalu
- Lokasi: Kota Kinabalu
- Jawatan: Sales & Event Coordinator
- Kerja sepenuh masa (Full time)
Syarat Kelayakan
- Calon yang mempunyai pengalaman kerja yang berkaitan atau dengan latar belakang pendidikan yang berkaitan adalah digalakkan untuk memohon.
- Mempunyai kemahiran interpersonal, komunikasi dan kemahiran menyelesaikan masalah yang sangat baik.
- Sikap yang matang, jujur dan menyenangkan.
- Boleh mula kerja serta merta.
Cara memohon
Anda boleh memohon kerja kosong ini di SabahJobs atau klik di sini untuk maklumat lebih lanjut tentang kerja kosong ini.
6. Concierge – Hilton Hotel
- Lokasi: Kota Kinabalu
- Jawatan: Sales & Event Coordinator
- Kerja sepenuh masa (Full time)
Syarat Kelayakan
- Sikap yang positif dan kemahiran berkomunikasi yang baik
- Komitmen untuk memberikan perkhidmatan pelanggan tahap tinggi
- Standard dandanan yang cemerlang
- Fleksibiliti untuk bertindak balas terhadap pelbagai situasi kerja yang berlainan
- Kebolehan bekerja sendiri dan sebagai sebahagian daripada pasukan
- Pengetahuan mengenai kawasan tempatan
Cara memohon
Anda boleh memohon kerja kosong ini di linkedin atau klik di sini untuk maklumat lebih lanjut tentang kerja kosong ini.
Kesimpulan
Ini adalah sebahagian kerja kosong dalam bidang perhotelan yang tersedia di beberapa hotel Kota Kinabalu saat ini. Jika and ingin mencari kerja kosong yang lain sama ada dalam bidang perhotelan atau tidak, anda bolehlah layari laman web pencarian kerja seperti SabahJob, JobStreet dan sebagainya.
Sila ambil perhatian bahawa, kerja kosong yang saya senaraikan di sini adalah yang tersedia saat ini dan di ambil dari beberapa laman web pencarian kerja. Kerja kosong ini mungkin akan ditutup pada bila-bila masa sahaja.;