Adakah anda berminat untuk membuat permohonan pinjaman peribadi Maybank? Jika ya, anda datang di tempat yang betul.
Maybank merupakan salah satu bank tempatan yang terkenal di Malaysia yang menawarkan kemudahan pinjaman peribadi kepada semua pelanggan mereka yang layak.
Pinjaman peribadi merupakan salah satu penyelesaian kewangan kepada individu yang memerlukan wang untuk memenuhi keperluan dan kehendak peribadi mereka.
Artikel ini akan menerangkan secara terperinci tentang kemudahan pinjaman peribadi Maybank atau Maybank personal loan.
Pinjaman Peribadi Maybank
Maybank menawarkan dua jenis pinjaman peribadi kepada pelanggan mereka iaitu:
- Maybank Islamic Personal Financing-i – Pinjaman jenis ini dijalankan berdasarkan prinsip Syariah, mengikut garis panduan dan syarat yang ditetapkan oleh Majlis Penasihat Syariah Maybank.
- Personal Loan – Pinjaman peribadi konvensional
Ciri-Ciri Pinjaman Peribadi Maybank
Jumlah Pinjaman
Maybank menawarkan jumlah pinjaman bermula daripada RM5,000 hingga RM100,000 kepada pelanggan mereka.
Namun, jumlah pinjaman yang layak dipohon adalah bergantung kepada kelayakan kredit dan keperluan individu.
Tempoh Bayaran Balik
Pelanggan mempunyai kebebasan untuk memilih tempoh bayaran balik antara 2 tahun hingga 6 tahun.
Tempoh pembayaran (tempoh pembiayaan) balik yang lebih panjang akan mengurangkan jumlah bayaran ansuran bulanan anda.
Kadar Faedah
Maybank mengenakan kadar faedah yang berpatutan kepada semua pelanggan mereka iaitu dari 6.5% p.a hingga 8.0% p.a.
Tanpa Cagaran
Pinjaman peribadi Maybank adalah pinjaman tanpa cagaran atau penjamin. Ini bermakna pelanggan tidak perlu meletakkan aset atau jaminan lain sebagai cagaran untuk memohon pinjaman peribadi Maybank.
Proses Permohonan Mudah
Maybank menyediakan proses permohonan yang mudah dan cepat. Pelanggan boleh memohon secara atas talian melalui laman web Maybank2u atau mengunjungi cawangan Maybank terdekat untuk mendapatkan bantuan daripada pegawai perbankan.
Sila sediakan dokumen yang diperlukan untuk memudahkan urusan anda.
Keputusan Pantas
Anda akan mendapat keputusan permohonan anda dalam tempoh 24 jam. Sekiranya permohonan anda lulus, wang akan dikreditkan ke akaun Maybank anda.
Anda juga tidak akan dikenakan bayaran duti setem dan bayaran pemprosesan.
Syarat-Syarat Kelayakan Yang Flexible
Untuk memohon pinjaman peribadi Maybank, terdapat beberapa syarat asas yang perlu dipenuhi. Ini termasuk umur minimum 21 tahun dan tidak melebihi 60 tahun pada akhir tempoh pinjaman.
Pelanggan juga perlu mempunyai pendapatan tetap dan pekerjaan yang stabil.
Jadual Bayaran Bulanan Pinjaman Yang Dipohon
Gambari di bawah menunjukan jadual bayaran bulanan pinjaman pembiayaan peribadi yang anda mohon.
Seperti yang anda lihat dalam jadual di bawah, tempoh pembayaran semula adalah bermula daripada 24 bulan (2 tahun) hingga 72 bulan (6 tahun) dengan bayaran bulanan serendah RM102.78.
Ada pula boleh membuat pinjaman barumla RM5,000 sehingga RM100,000. Tempoh pinjaman dan jumlah pinjaman adalah bergantung dengan kelulusan pihak bank.
Sila ambil perhatian bahawa jadual di bawah mungkin akan berubah dari masa ke semasa bergantung dengan perubahan yang dikeluarkan oleh Maybank.
Syarat Kelayakan Permohonan Pinjaman Peribadi Maybank
Untuk membuat permohonan Maybank personal loan, terdapat beberapa syarat kelayakan yang mana anda perlu penuhi. Syarat kelayakan untuk mohon pinjaman peribadi Maybank adalah:
- Pemohon mestilah berumur 21 tahun hingga 60 tahun
- Minimum pendapatan RM45000 setahun atau RM3500 sebulan
- Warganegara Malaysia
- Rekod kewangan baik dan tidak disenaraihitamkan oleh mana-mana Institusi Kewangan di Malaysia
- Mempunyai pendapatan tetap seperti gaji bulanan tetap dan keuntungan perniagaan jika anda bekerja sendiri.
Dokumen Yang Diperlukan
Pemohon perlu menyediakan dokumen berikut untuk mohon Maybank personal loan:
- Salinan kad pengenalan
- Slip gaji sekurang-kurangnya 3 bulan terkini
- Penyata bank sekurang-kurangnya 3 bulan terkini
- Borang BE terkini dengan resit bayaran cukai
- Lesen perniagaan sekiranya anda bekerja sendiri
Caj Lewat Bayar
Anda akan dikenakan caj sebanyak 1% p.a pada jumlah tertunggak sekiranya anda terlepas tarikh akhir pembayaran. Ia dikira dari tarikh tertunggak sehingga tarikh pembayaran bulanan penuh akan dikenakan.
Bayaran Penyelesaian Awal Pembiayaan Peribadi
Sekiranya anda menjelaskan bayaran pinjaman anda dengan lebih awal dari tarikh akhir pembayaran, anda akan dikenakan caj sebanyak RM200 (atau jumlah bersamaan 3% daripada baki tertunggak pinjaman, yang mana lebih tinggi) akan dikenakan.
Cara Mohon Maybank Personal Loan
Anda boleh memohon Maybank personal loan secara atas talian melalui laman web maybank2u atau melalui cawangang Maybank yang berdekatan dengan anda.
Untuk maklumat lanjut cara mohon Maybank personal loan, anda boleh baca di sini.
Kelebihan dan Kelemahan Maybank Personal Loan
Kelebihan
- Proses permohonan yang mudah. Pemohon boleh memohon melalui Maybank2U. Anda tidak perlu membuat permohonan melalui cawangan Maybank.
- Kelulusan cepat untuk pemohon dengan yang gajinya dikreditkan terus ke akaun Maybank mereka.
- Bayaran balik bulanan serendah RM102.78 sebulan.
- Kadar faedah/kadar keuntungan efektif yang berpatutan.
- Jumlah pinjaman flexible bermula daripada RM5,000 sehingga RM100,000.
- Tidak ada caj duti setem.
- Tidak ada bayaran pemprosesan.
- Tidak perlu cagaran atau penjamin
Kelemahan
- Syarat kelayakan gaji agak tinggi iaitu RM3500 sebulan.
- Pemohon akan dikenakan caj bagi penyelesaian awal pinjaman
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, kemudahan pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh Maybank memberikan pelanggan pilihan yang mudah, cepat dan sesuai untuk memenuhi keperluan kewangan mereka.
Dengan reputasi dan kebolehpercayaan Maybank sebagai institusi kewangan terkemuka, pelanggan boleh mempercayai Maybank untuk menguruskan kewangan peribadi.
Jika anda berminat untuk membuat permohonan personal loan dengan Maybank, anda boleh dapatkan maklumat lanjut cara memohon di sini.