Pinjaman Peribadi Hong Leong Bank: Semua Yang Perlu Anda Tahu

Pinjaman peribadi merupakan salah satu penyelesaian kewangan yang sering menjadi pilihan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan kewangan dengan segera. Pinjaman ini berbentuk wang ringgit yang boleh digunakan untuk pengubahsuaian rumah, percutian, perkahwinan, atau kegunaan peribadi yang lain.

Sumber: Unsplash oleh Im3rd Media

Salah satu institusi kewangan yang menawarkan perkhidmatan pinjaman peribadi di Malaysia adalah Hong Leong Bank. Dalam artikel ini, kita akan meneroka dengan lebih mendalam mengenai Pinjaman Peribadi Hong Leong Bank dan segala yang perlu anda ketahui sebelum membuat keputusan untuk memohon pinjaman peribadi dengan Hong Leong Bank.

Pinjaman Peribadi Hong Leong Bank

Pinjaman peribadi Hong Leong bank adalah kemudahan Pinjaman Peribadi tidak bercagar untuk membantu anda memenuhi keperluan penggunaan peribadi anda. Ia dikira berdasarkan kadar faedah tetap yang melibatkan pembayaran ansuran tetap sepanjang tempoh pinjaman.

Ciri-Ciri dan Kelebihan Pinjaman Peribadi Hong Leong Bank

Sumber: Unsplash oleh micheile henderson

Tempoh Bayaran yang Berpatutan

Hong Leong Bank memahami keperluan pelanggan dan menawarkan tempoh bayaran yang fleksibel sehingga 5 tahun. Dengan pilihan tempoh pembiayaan pinjaman yang berpatutan, anda dapat menyesuaikan ansuran bulanan mengiku kemampuan kewangan anda.

Kadar Faedah Yang Kompetitif

Satu faktor yang penting untuk dipertimbangkan apabila memilih pinjaman peribadi adalah kadar faedah. Hong Leong Bank menawarkan kadar faedah yang kompetitif, yang boleh memberi manfaat kepada peminjam dalam jangka panjang.

Sebelum membuat keputusan, adalah penting untuk memahami terma dan syarat berkaitan kadar faedah serta menilai apakah ia sesuai dengan kemampuan kewangan anda.

Jumlah Pinjaman Fleksible

Hong Leong bank menawarkan jumlah pinjaman minimum RM5000 sehingga RM250,000. Maksudnya, anda mungkin akan berpeluang untuk memohon pinjaman yang tinggi untuk memenuhi keperluan kewangan anda. Tapi harus diingat bahawa, jumlah pembiayaan yang boleh anda mohon adalah bergantung dengan kelulusan pihak bank.

Tanpa Cagaran dan Penjamin

Pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh Hong Leong bank adalah pinjaman tanpa cagaran dan penjamin. Ini bermaksud, peminjam tidak perlu menyediakan apa-apa cagaran atau penjamin sebagai syarat untuk mendapatkan pinjaman tersebut.

Dengan ini proses permohonan dan kelulusan pinjaman tidak melibatkan penyerahan aset atau keperluan untuk mendapatkan sokongan daripada penjamin.

Jadual Bayaran Bulanan Pinjaman Yang Dipohon

Seperti yang saya sebut di atas, Hong Leong bank menawarkan tempoh pinjaman sehingga 5 tahun. Bayaran bulanan pembayaran balik pula serendah RM140. Gambar di bawah merupakan jadual bayaran bulanan yang anda akan bayar.

Nilai yang dipaparkan di atas mungkin berbeza mengikut kelulusan pinjaman anda dengan pihak bank. Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang bayaran balik pinjaman, anda boleh minta nasihat dengan pihak bank.

Syarat kelayakan untuk mohon

Sumber: Unsplash oleh Scott Graham

Hong Leong bank telah menetapkan beberapa syarat bagi memohon pinjaman ini. Syarat yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia berumur antara 21 hingga 60 tahun
  • Bekerja bergaji atau bekerja sendiri (termasuk pemilikan tunggal) bekerja di Malaysia dengan pendapatan minimum RM24,000 setahun.
  • Warganegara Malaysia berumur antara 21 hingga 60 tahun, bekerja bergaji di Singapura dengan pendapatan minimum SGD24,000 setahun.

Jika anda memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak bank, maka anda boleh memohon pinjaman ini.

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon yang layak membuat permohonan perlu menyediakan dokumen seperti berikut untuk mohon pembiayaan peribadi Hong Leong bank.

Pemohon Individu (Bergaji)

  • Salinan MyKad depan dan belakang
  • Slip gaji 3 bulan atau 6 bulan terkini
  • Penyata bank 3 bulan atau 6 bulan terkini
  • Slip komisen 3 bulan atau 6 bulan terkini (jika diperlukan)
  • Penyata KWSP terkini dengan bukti pengkreditan 3 bulan terkini
  • Borang EA/IR terkini untuk rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura bertarikh 12 bulan lepas dari tarikh cetakan
  • Borang BE terkini (2 tahun terkini) dengan resit pembayaran yang sepadan

Pemohon Individu (Bekerja Sendiri)

Untuk pinjaman peribadi ini, anda perlu menyediakan dokumen seperti berikut:

  • Salinan MyKad depan dan belakang
  • Pendaftaran Perniagaan untuk bukti minimum 2 tahun operasi perniagaan, atau
  • Sijil Profesional/Amalan dan Bukti Perniagaan Beroperasi 2 tahun, atau
  • Lesen Perniagaan 2 tahun terkini untuk Sabah/Sarawak
  • Penyata bank syarikat 6 bulan terkini
  • Penyata KWSP 6 bulan terkini
  • Borang B terkini dengan resit pembayaran yang sepadan

Caj Lewat Bayar

Peminjam akan dikenakan 1% setahun ke atas jumlah ansuran tertunggak untuk setiap pinjaman (asas rehat harian).

Lain-Lain Yuran dan Caj

  • Fi duti setem – Peminjam akan dikenakan 0.5% daripada amaun pinjaman disalurkan untuk setiap pinjaman diluluskan.

Bayaran Penyelesaian Awal Pembiayaan Peribadi

Anda tidak akan dikenakan fi atau caj bagi penyelesaian awal pinjaman sekiranya anda memberikan notis awal 3 bulan secara bertulis kepada pihak bank. Sekiranya anda tidak memberikan notis awal 3 bulan, maka anda akan dikenakan bayaran faedah 3 bulan sebagai ganti kepada notis penamatan awal pembiayaan pinjaman peribadi.

Cara Mohon Pinjaman Peribadi Hong Leong Bank

Sumber: fifthperson.com

Terdapat beberapa cara untuk membuat permohonan pinjaman peribadi Hong Leong bank. Anda boleh mohon pembiayaan peribadi ini melalui cawangan Hong Leong bank yang berdekatan atau permohonan dalam talian melalui laman sesawang dan Perbankan Dalam Talian HLB Connect.

Bagaimana Saya Menyemak Status Permohonan Saya?

Jika anda tidak menerima apa-apa jawaban dalam tempoh 48 jam selepas membuat permohonan, anda boleh menghubungi pihak bank untuk menyemak status permohonan pinjaman anda.

Kelebihan dan Kelemahan Hong Leong Personal Loan

Kelebihan

  • Tempoh kelulusan cepat sekitar 48 jam
  • Jumlah pembiayaan peribadi sehingga RM250,000
  • Pembiayaan peribadi tanpa cagaran atau penjamin
  • Ansuran bulanan serendah RM140
  • Permohonan mudah melalui cawangan bank atau dalam talian
  • Kadar faedah tetap

Kelemahan

  • Tempoh pembiayaan ansuran bulanan terhad kepada 5 tahun sahaja. Biasanya bank lain menawarkan tempoh bayaran balik pinjaman sehingga 10 tahun.

Kesimpulan

Pinjaman Peribadi Hong Leong Bank menawarkan penyelesaian kewangan yang cepat dan mudah dengan kelebihan seperti pinjaman tanpa cagaran dan penjamin, proses permohonan dalam talian, jumlah pembiayaan tinggi dan sebagainya. Jika anda berminat untuk membuat permohonan pinjaman dengan bank ini, anda boleh mengemukakan permohonan sekarang.

Selain daripada kemudahan pinjaman peribadi, Hong Leong bank juga menawarkan pinjaman bagi seperti penyatuan hutang atau debt consolidation. Ketahui lebih lanjut tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Hong Leong bank di sini.