Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang Pinjaman Peribadi RHB Bank Berhad

Adakah anda berminat untuk membuat pinjaman peribadi dengan RHB Bank? Jika ya, anda datang di tempat yang betul.

Artikel ini akan menerangkan kemudahan pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh RHB Bank Berhad di Malaysia. Sila baca artikel ini lebih lanjut agar anda tahu apakah yang diperlukan untuk memohon pinjaman ini.

RHB Personal Financing

RHB Personal Financing atau Pembiayaan Peribadi RHB merupakan kemudahan pinjaman peribadi konvensional yang ditawarkan oleh RHB Bank kepada pelanggan mereka di Malaysia. RHB Personal Financing direka untuk membantu anda mendapatkan dana tambahan bagi keperluan peribadi.

Pembiayaan peribadi ini ditawarkan kepada warganegara Malaysia yang berkhidmat di sektor awam seperti kakitangan kerajaan, kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), kakitangan badan berkanun, kakitangan sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri.

Untuk layak memohon pinjaman ini pula, anda mestilah berumur 21 tahun hingga 55 tahun dan mempunyai pendapatan yang kukuh. Jumlah pinjaman peribadi yang ditawarkan pula adalah sehingga RM150,000 dengan tempoh pinjaman sehingga 7 tahun.

Tanggungjawab peminjam pula adalah membuat pembayaran balik pinjaman mereka bersamaan dengan kadar faedah yang telah ditetapkan oleh pihak bank.

Ciri-Ciri Pinjaman Peribadi RHB Bank Berhad

1. Tempoh Pinjaman

Anda boleh memilih tempoh pinjaman yang sesuai untuk anda, biasanya antara 1 hingga 7 tahun. Tempoh pinjaman ini akan ditentukan semasa permohonan.

2. Kadar Faedah Kompetitif

RHB Bank menawarkan kadar faedah (kadar keuntungan) yang kompetitif bagi RHB Personal Financing. Kadar faedah ini mungkin berbeza-beza bergantung pada profil kredit anda, jumlah pinjaman, dan tempoh pinjaman yang dipilih.

3. Pinjaman Peribadi Tidak Bercagar

Pinjaman peribadi RHB adalah pinjaman tidak bercagar. Ini bermaksud, anda tidak perlu mengemukakan sebarang cagaran atau penjamin ketika membuat permohonan pinjaman anda.

Ini memudahkan mereka yang tidak mempunyai aset yang boleh dijadikan jaminan, seperti rumah atau kereta.

4. Jumlah Pinjaman Fleksibel

RHB Bank Berhad menawarkan jumlah pinjaman yang fleksibel. Di mana, anda boleh memilih untuk membuat pinjaman bermula RM2,000 hingga RM1500,000.

5. Permohonan Mudah

Proses permohonan RHB Personal Financing adalah mudah dan cepat. Anda boleh memohon dengan mengunjungi cawangan RHB Bank terdekat.

Dokumen yang diperlukan juga tidak terlalu rumit dan keputusan permohonan biasanya diberikan dalam masa yang singkat.

Kadar Faedah

Seperti yang saya katakan di atas, kadar faedah untuk RHB Personal Financing mungkin boleh berbeza-beza bergantung kepada beberapa faktor, termasuk profil kredit anda, jumlah pinjaman yang dipohon, dan tempoh pinjaman yang dipilih.

Pada umumnya, RHB Bank menawarkan kadar faedah serendah 13.25% p.a. (bersamaan dengan Kadar Rata 7.19%).

Caj Yang Perlu Anda Bayar

Duti Setem

0.5% daripada jumlah pinjaman (RM5 untuk setiap RM1,000 atau sebahagian daripadanya), mengikut Akta Duti Setem 1949 (Disemak pada 1989).

Perlindungan insurans

Perlindungan insurans adalah pilihan dan ia bergantung kepada jumlah pembiayaan, umur dan jantina pelanggan. Jika anda tidak memilih perlindungan insurans maka anda tidak perlu membayar caj perlindungan insurans.

Caj Penyelesaian Awal Pinjaman Peribadi RHB

Sekiranya anda membuat penyelesaian awal daripada tempoh pembayaran balik yang telah ditetapkan, anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM100 atau satu peratus (1%) daripada jumlah pinjaman yang diluluskan yang mana lebih tinggi.

Jadual Bayaran Bulanan Pinjaman Peribadi RHB Bank

Gambar di bawah merupakan jadual pembayaran balik pinjamn anda tanpa insuran.

Seperti yang anda lihat, jika jumlah pembiayaan anda adalah RM2,000, maka jumlah bayaran bulanan yang anda perlu bayar adalah RM50.94 jika tempoh pembiayaan adalah 7 tahun.

Nilai bayaran bulanan pembiayaan peribadi semula anda adalah bergantung kepada jumlah pinjaman dan tempoh pembayaran balik pembiayaan peribadi anda (sekurang-kurangnya 2 tahun).

Syarat Kelayakan Memohon Pinjaman Peribadi RHB

Untuk mendapatkan pinjaman peribadi RHB Bank, terdapat beberapa syarat kelayakan am yang perlu dipenuhi. Terma ini mungkin berbeza bergantung pada polisi dan peruntukan RHB Bank yang mungkin berubah dari masa ke semasa.

Walau bagaimanapun, di bawah adalah beberapa syarat kelayakan am yang biasanya digunakan:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 hingga 60 tahun.
  • Minimum pendapatan bulanan RM2,000.
  • Mempunyai pekerjaan dan pendapatan yang kukuh.

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Mohon Pinjaman Peribadi RHB

Dokumen yang diperlukan untuk memohon pinjaman peribadi di RHB Bank mungkin berbeza bergantung pekerjaan dan status kewangan anda. Berikut adalah beberapa dokumen biasa yang perlu disediakan:

Pekerja

  • Salinan kad pengenalan depan dan belakang
  • Slip gaji 3 bulan terkini
  • Penyata komisen 3 bulan terkini
  • Penyata bank 3 bulan terkini
  • Penyata KWSP 12 bulan terkini
  • Borang B/BE terkini (dengan resit pembayaran yang telah disahkan kepada LHDN)

Bekerja Sendiri

  • Salinan kad pengenalan depan dan belakang
  • Borang 9, 24, 49 atau Sijil Pendaftaran Perniagaan
  • Penyata bank 6 bulan terkini
  • Salinan borang BE/BE e-Form dengan resit bayaran cukai

Penerima Komisen

  • Salinan kad pengenalan depan dan belakang
  • Slip gaji atau penyata komisen 6 bulan terkini
  • Penyata bank 6 bulan terkini

Cara Untuk Mohon Pinjaman Peribadi RHB

Anda boleh memohon personal loan RHB dengan mengunjungi cawangan RHB yang berdekat dengan anda. Buat masa ini, permohonan dalam talian masih belum dibuka.

Permohonan anda biasanya akan mendapat jawaban dalam tempoh 3 hari.

Kelebihan dan Kelemahan RHB Personal Loan

Kelebihan

  • Syarat kelayakan yang mudah
  • Ditawarkan kepada penerima komisen
  • Jumlah pinjaman fleksibel sehingga RM1500,000
  • Tempoh pembayaran balik fleksibel

Kelemahan

  • Kelayakan gaji minimum yang agak tinggi iaitu RM2,000.

Kesimpulan

Sekarang anda sudah tahu apa yang diperlukan untuk mohon pinjaman pembiayaan peribadi RHB ini. Jika anda ingin memohon pinjaman pembiayaan peribadi RHB, anda boleh membuat permohonan di cawangan bank RHB yang berdekatan dengan anda.