Pinjaman peribadi adalah salah satu cara penyelesaian yang efektif untuk memenuhi keperluan kewangan peribadi. Public Bank atau PBB, sebagai salah satu bank di Malaysia menawarkan pelbagai produk perbankan, termasuk Pinjaman Peribadi Public Bank.
Dalam artikel ini, kita akan membincangkan semua yang perlu anda ketahui mengenai pinjaman peribadi ini, dari jumlah pinjaman hingga kelebihan dan kelemahan yang perlu diambil kira.
Sumber: Unsplash oleh Natalya Zaritskaya
Pinjaman Peribadi Public Bank
PBB menawarkan dua jenis pinjaman peribadi kepada rakyat Malaysia. Pinjaman peribadi yang ditawarkan adalah seperti berikut:
- BAE Personal Financing-i
- PLUS BAE Personal Financing-i
Pinjaman ini menawarkan beberapa ciri-ciri yang menarik seperti perlindungan takaful, kadar keuntungan yang berpatutan, jumlah pinjaman yang lebih fleksibel, tempoh pembiayaan peribadi yang fleksibel, dan banyak lagi.
BAE Personal Financing-i
BAE Personal Financing-i ini merupakan pembiayaan peribadi tidak bercagar yang ditawarkan kepada kakitangan kerajaan dan kakitangan swasta. Pembiayaan peribadi ini menerapkan konsep Syariah seperti Murabahah dan Bai’ Al-Inah.
PLUS BAE Personal Financing-i
PLUS BAE Personal Financing-i pula ditawarkan khas untuk pelanggan Public Islamic Bank sedia ada dengan rekod pembayaran yang baik yang boleh memilih pembiayaan tambahan tanpa sebarang cagaran tambahan atau penjamin. Pinjaman pembiayaan Public bank ini juga menerapkan konsep Syariah seperti Murabahah dan Bai’ Al-Inah.
Pinjaman peribadi PLUS BAE Personal Financing-i boleh dimohon untuk pembiayaan perumahan atau pembiayaan tunai.
Ciri-Ciri Pinjaman Peribadi Public Bank
Jumlah Pinjaman
Jumlah pembiayaan peribadi yang ditawarkan oleh Public Bank adalah minimum RM5,000 hingga RM200,00 untuk BAE Personal Financing-i dan minimum RM10,000 hingga RM150,000 untuk PLUS BAE Personal Financing-i.
Tempoh Bayaran Balik
Tempoh pembayaran balik pinjaman peribadi Public Bank adalah sehingga 10 tahun. Ia mungkin boleh 2 tahun, 5 tahun dan ke atas.
Kadar Faedah
Kadar keuntungan atau kadar faedah adalah 3.99% p.a hingga 4.45% p.a bergantung kepada kelulusan pinjaman anda. Sila ambil perhatian bahawa kadar keuntungan yang dikenakan ini mungkin akan berubah pada bila-bila masa.
Tanpa Cagaran
Pinjaman ini adalah tanpa cagaran, bermaksud anda tidak perlu meletakkan sebarang aset sebagai jaminan. Ini menjadikan pinjaman peribadi Public Bank lebih mudah dimohon oleh mereka yang tidak memiliki aset besar untuk digunakan sebagai cagaran.
Proses Permohonan Mudah
Proses permohonan untuk Pinjaman Peribadi Public Bank adalah mudah dan cepat. Untuk memohon, peminjam boleh mengemukakan permohonan melalui cawangan-cawangan Public Bank yang berdekatan. Kecepatan dalam pemprosesan permohonan ini memberikan keselesaan kepada peminjam.
Keputusan Pantas
Selepas mengemukakan permohonan, peminjam atau pemohon akan menerima maklum balas dengan segera. Ini membolehkan peminjam membuat perancangan kewangan dengan lebih cekap.
Syarat-Syarat Kelayakan Yang Flexible
Syarat kelayakan untuk pinjaman peribadi Public Bank adalah fleksibel yang membolehkan pelbagai golongan memohon. Ini termasuk pekerja swasta, pekerja kerajaan, atau peniaga kecil. Public Bank memberikan peluang kepada lebih ramai orang untuk mendapatkan bantuan kewangan.
Jadual Bayaran Bulanan Pinjaman Yang Dipohon
Setelah pinjaman diluluskan, peminjam akan diberikan jadual bayaran bulanan yang menyatakan jumlah pembayaran bulanan serta tarikh bayaran. Ini memudahkan peminjam untuk merancang bajet kewangan mereka.
Syarat Kelayakan Permohonan Pinjaman Peribadi Public Bank
Syarat kelayakan untuk memohon pembiayaan Public Bank ini adalah seperti berikut:
BAE Personal Financing-i:
- Warganegara Malaysia berumur 20 tahun dan tidak melebihi 60 tahun
- Kakitangan tetap sekurang-kurangnya 3 tahun dalam perkhidmatan di mana-mana agensi kami yang diluluskan
- Potongan terus daripada gaji pekerja untuk ansuran bulanan yang perlu dibayar kepada Bank
- Mendapat gaji kasar minimum RM1,500 sebulan (termasuk elaun tetap)
- Digalakkan mengambil perlindungan Takaful
PLUS BAE Personal Financing-i:
- Pelanggan sedia ada Public Islamic Bank/Public Bank dengan rekod pembayaran yang baik
- Warganegara Malaysia berumur 20 tahun dan tidak melebihi 60 tahun
- Kakitangan tetap sekurang-kurangnya 3 tahun dalam perkhidmatan di mana-mana agensi kami yang diluluskan
- Potongan terus daripada gaji pekerja untuk ansuran bulanan yang perlu dibayar kepada Bank
- Mendapat gaji kasar minimum RM1,500 sebulan (termasuk elaun tetap)
- Digalakkan mengambil perlindungan Takaful
Dokumen Yang Diperlukan
Proses permohonan pinjaman peribadi memerlukan beberapa dokumen dan peminjam perlu memastikan semua dokumen diberikan dengan betul untuk mempercepatkan proses permohonan.
Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
Bekerja:
- Salinan kad pengenalan
- Slip gaji 3 hingga 6 bulan terakhir
- Salinan penyata KWSP terkini
- Penyata cukai dan resit cukai bagi tahun terakhir
- Salinan penyata akaun bank
- Surat tawaran bekerja/surat pengesahan bekerja
- Penyata ea terakhir
Bekerja Sendiri:
- Salinan kad pengenalan
- Penyata cukai dan resit cukai bagi tahun terakhir
- Sijil pendaftaran perniagaan
- Slip gaji 3 hingga 6 bulan terakhir
- Salinan penyata KWSP terkini
- Buku atau penyata akaun simpanan 3 bulan terakhir
Caj Lewat Bayar
Jika anda gagal atau lewat membayar pinjaman peribadi tersebut, anda akan dikenakan caj lewat bayar sebanyak 1% dari jumlah tunggakan.
Bayaran Penyelesaian Awal Pembiayaan Peribadi
Sekiranya anda ingin membuat penyelesaian awal pembiayaan peribadi, anda tidak akan dikenakan caj ini kerana Public Bank Islamic tidak mengenakan sebarang caj proses bagi penamatan awal.
Bagi permohonan pembiayaan peribadi, anda hanya perlu membayar duti setem (sebanyak 0.5% atas jumlah pembiayaan) ke atas Perjanjian Jualan Aset dan Duti Setem Nominal atas Surat Tawaran yang berharga RM10 untuk setiap satunya.
Cara Mohon Public Bank Personal Loan
Anda boleh mohon pembiayaan pinjaman peribadi ini melalui cawangan-cawangan Public Bank yang berdekatan.
Sila bawa semua dokumen yang diperlukan ketika anda ingin membuat permohonan agar urusan anda akan berjalan dengan lancar.
Kelebihan
- Tidak bercagar
- Pembayaran balik boleh dilakukan melalui pemotongan biro angkasa.
- Syarat kelayakan lebih fleksibel.
- Jumlah pembiayaan yang tinggi.
Kelemahan
- Public Islamic Bank tidak membolehkan permohonan pinjaman peribadi atas talian.
Kesimpulan
Pinjaman Peribadi Public Bank adalah pilihan yang menarik untuk individu yang mencari pembiayaan kewangan tanpa perlu meletakkan jaminan. Walaubagaimanapun, adalah penting untuk memahami syarat-syarat pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh Public Bank dan membuat keputusan berdasarkan kemampuan kewangan peribadi anda.