Dengan krisis ekonomi yang melanda, kos sara hidup yang makin tinggi, serta kenaikan kadar dasar semalaman (OPR), ramai yang mula gelisah dihimpit beban kewangan.

Kredit gambar: Freepik
Bagi mereka yang terkesan, tawaran pembiayaan peribadi boleh dikatakan seperti penyelesaian masalah yang paling cepat dan mudah.
Maka, tidak hairanlah jika pembiayaan peribadi menjadi satu penyelesaian masalah kewangan yang popular dalam kalangan masyarakat.
Selain dari penyelesaian kepada masalah kewangan, ada juga yang memohon pinjaman peribadi untuk tujuan lain seperti melancong, mengubah suai rumah, berkahwin, pendidikan, deposit pembelian rumah, dan macam-macam lagi.
Apakah itu pinjaman peribadi?
Pinjaman peribadi adalah sejenis kredit ansuran yang disediakan oleh institusi kewangan (bank, koperasi, pinjaman wang berlesen, dll) kepada peminjam dalam bentuk pembayaran tunai secara one-off.
Sebagai peminjam, anda perlu membayar balik jumlah pinjaman beserta dengan faedah dengan kadar tetap seperti yang telah dipersetujui.
Kadar faedah pembiayaan peribadi biasanya lebih tinggi berbanding pembiayaan lain-lain yang lebih spesifik seperti pinjaman kenderaan atau perumahan. Pengiraan faedah pembiayaan peribadi biasanya menggunakan kaedah kadar faedah tetap.
Sejak tahun 2013, tempoh maksima pembayaran balik pinjaman (tempoh pembiayaan) dihadkan kepada 10 tahun oleh Bank Negara Malaysia.
Di Malaysia, terdapat pelbagai bank dan institusi kewangan serta koperasi yang menawarkan pembiayaan peribadi dalam jumlah yang besar.
Dalam artikel kali ini, kami akan berkongsi dengan anda mengenai pinjaman peribadi dari salah satu bank di Malaysia, Bank Islam.
Mengenai Bank Islam
Bank Islam Malaysia Berhad, atau lebih dikenali sebagai Bank Islam, telah ditubuhkan pada 1 Julai 1983. Bank Islam merupakan sistem perbankan berasaskan prinsip Islamik pertama di Malaysia.

Bank Islam mempunyai beberapa anak syarikat seperti Bank Islam Trust Company (Labuan) Ltd, BIMB Investment Management Berhad, dan Al-Wakalah Nominees (Tempatan) Sdn Bhd.
Sejak penubuhannya, Bank Islam terus komited untuk menyediakan penyelesaian kewangan patuh Syariah bagi memenuhi keperluan masyarakat Muslim di Malaysia serta rantau Asia Tenggara.
Jenis pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh Bank Islam
Bank Islam menyediakan 3 jenis pinjaman peribadi:
1. Personal Financing-i Package (Pembiayaan Peribadi-i Pakej)
Terdapat dua pelan Pembiayaan Peribadi-i Pakej yang ditawarkan oleh Bank Islam, iaitu Pembiayaan Peribadi-i Pakej Kadar Tetap dan Pembiayaan Peribadi-i Pakej Kadar Terapung.
Pembiayaan Peribadi-i Pakej ini ditawarkan kepada mereka yang berkhidmat di sektor awam, iaitu kakitangan kerajaan, kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), dan juga kakitangan badan berkanun.
Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah daripada RM10,000 hingga RM300,000 dengan tempoh pembiayaan maksimum sehingga 10 tahun.
Bagi Pembiayaan Peribadi-i Pakej Kadar Tetap, perkongsian kadar keuntungan yang dikenakan ialah 4.99% p.a.
Manakala untuk Pembiayaan Peribadi-i Pakej Kadar Terapung pula, caj perkongsian kadar keuntungan bermula 4.42% p.a.
2. Personal Financing-i Non-Package (Pembiayaan peribadi-i Bukan Pakej)
Pembiayaan peribadi ini ditawarkan kepada mereka yang berkhidmat di sektor awam dan juga swasta, dengan jumlah pembiayaan sehingga RM150,000.
Untuk pembiayaan peribadi ini, Bank Islam menawarkan perkongsian keuntungan tetap (fixed profit rate) yang rendah, iaitu bermula dari 5.5% p.a.
3. Personal Financing for Professional Program
Skim pembiayaan peribadi ini ditawarkan khusus kepada golongan profesional di Malaysia, yang menjawat jawatan sebagai Doktor, Doktor Gigi, Akauntan, Jurutera, Juruterbang, Pensyarah, Arkitek, Pegawai Keselamatan (Safety and Health Officer), Ahli Farmasi, Doktor Haiwan, Optometris, Juruoptik, atau Juruukur Bahan.

Kredit gambar: Vecteezy
Skim pembiayaan ini menawarkan jumlah pembiayaan serendah RM10,000 hingga pembiayaan maksimum RM300,000. Caj perkongsian kadar keuntungan tahunan pula bermula dari serendah 4.52% p.a.
Ciri-ciri pinjaman peribadi Bank Islam
- Pembiayaan yang berlandaskan konsep Syariah (Tawarruq)
- Pembiayaan sehingga RM300,000
- Tempoh bayaran balik ditawarkan sehingga 10 tahun atau sehingga umur persaraan
- Pilihan Pelan Takaful Pembiayaan Peribadi
Kelebihan pinjaman peribadi Bank Islam
Pinjaman peribadi Bank Islam boleh memberi anda faedah seperti yang berikut:
- Tiada penjamin diperlukan
- Tiada caj tersembunyi
- Tiada yuran pemprosesan
- Tempoh pembayaran balik yang fleksibel sehingga 10 tahun
- Kelulusan pantas
- Potongan gaji, pindahan gaji ke Bank Islam dengan arahan auto-debit, standing instruction (Personal Financing for Professional Program)
Syarat kelayakan untuk memohon pinjaman peribadi Bank Islam
Syarat kelayakan individu untuk memohon pinjaman peribadi Bank Islam adalah seperti yang berikut:
Personal Financing-i Package
- Warganegara Malaysia
- Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan tidak melebihi umur persaraan pada akhir tempoh pembayaran
- Pendapatan bulanan minimum RM2,000
- Kakitangan sektor kerajaan, syarikat tersenarai awam terpilih, anak syarikat kerajaan atau syarikat persendirian terkemuka lain
Personal Financing-i Non-Package
- Warganegara Malaysia
- Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan tidak melebihi umur persaraan pada akhir tempoh pembayaran
- Pendapatan bulanan minimum RM4,000
- Kakitangan syarikat tersenarai awam
Personal Financing for Professional Program
- Warganegara Malaysia
- Berumur sekurang-kurangnya 25 tahun dan tidak melebihi umur persaraan pada akhir tempoh pembayaran
- Pendapatan bulanan minimum:
- Bukan pakej: RM4,000
- Jurutera dan akauntan: RM5,000
Dokumen yang diperlukan untuk memohon pembiayaan peribadi Bank Islam
Semasa memohon pinjaman peribadi Bank Islam, dokumen berikut diperlukan:
- Personal Financing-i Package
- Salinan kad pengenalan (MyKad)
- Slip gaji 3 bulan terkini
- Surat pengesahan majikan terkini
- Penyata bank 3 bulan terkini untuk akaun pengkreditan gaji
- Borang cukai pendapatan terkini (Borang B atau Borang EA/EC), atau
- Sebarang dokumen sokongan terkini seperti penyata KWSP, jika diperlukan

Kredit gambar: BFS Markets
- Personal Financing-i Non-Package
- Salinan kad pengenalan (MyKad)
- Slip gaji 3 bulan terkini
- Surat pengesahan majikan terkini
- Borang cukai pendapatan terkini (Borang B atau Borang EA/EC)
- Penyata bank 3 bulan terkini untuk akaun pengkreditan gaji, atau
- Sebarang dokumen sokongan terkini seperti penyata KWSP, jika diperlukan
- Personal Financing For Professional Program
- Salinan kad pengenalan (MyKad)
- Slip gaji 3 bulan terkini
- Surat pengesahan majikan terkini
- Penyata bank 3 bulan terkini untuk akaun pengkreditan gaji
- Penyata KWSP
Untuk memudahkan anda, klik pautan ini untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang dokumen profesional yang anda perlukan.
Yuran atau caj yang dikenakan dalam pinjaman peribadi Bank Islam
Duti setem: Mengikut Akta Duti Setem 1949 (Disemak 1989)
Yuran wakalah (agensi): RM50
Yuran pembayaran lewat: 1% daripada jumlah tertunggak
Perkara Lain Yang Perlu Diberi Perhatian Sebelum Memohon Pinjaman Peribadi
Beberapa perkara lain yang perlu anda beri perhatian sebelum memohon pinjaman peribadi Bank Islam adalah:
Syarat & Terma pinjaman: Penting untuk anda faham syarat dan terma pinjaman peribadi sebelum menandatangani sebarang perjanjian. Cara paling mudah adalah untuk terus mendapatkan penjelasan dengan pegawai bank.
Tempoh pinjaman: Tempoh pinjaman merujuk kepada tempoh masa untuk anda membayar balik keseluruhan jumlah pinjaman. Tempoh minimum pinjaman peribadi di Malaysia, adalah 1 tahun dan maksimum adalah 10 tahun.
Per annum (p.a) – Ini adalah istilah yang digunakan untuk kadar faedah tahunan. Lebih lama anda mengambil masa untuk membayar balik pinjaman, lebih tinggi nilai kadar faedah yang perlu anda bayar.

Kredit gambar: Dribble
Maklumat lanjut mengenai pinjaman peribadi Bank Islam
Untuk maklumat lanjut atau bantuan dengan pinjaman peribadi Bank Islam, anda boleh hubungi mereka di:
- Talian awam di +60320888000
- Pusat Perhubungan di +60326900900
- Emel di contactcenter@bankislam.com.my
Kesimpulan
Kami harap, artikel kali ini dapat membantu anda memahami sedikit sebanyak mengenai pinjaman peribadi Bank Islam. Akhir kata, sebelum anda membuat sebarang permohonan, pastikan anda memahami syarat dan terma serta mengetahui status kewangan anda. Ingat, walaupun kelayakan anda untuk memohon pinjaman peribadi adalah tinggi, itu tidak bermakna anda harus meminjam lebih banyak daripada apa yang anda perlukan. Pastikan anda uruskan kewangan dengan baik, ya!