Pinjaman ASB: Semua Yang Anda Perlu Tahu (2023)

ASB atau Amanah Saham Bumiputera merupakan kaedah pelaburan yang amat popular di kalangan warga Bumiputera Malaysia. Kebanyakan menggunakan kaedah menyimpan duit ke dalam ASB tanpa menggunakan kemudahan pinjaman. Kaedah simpanan ASB adalah kaedah yang paling selamat. Namun begitu, potensi untuk mengembangkan dana anda adalah amat terhad.

Buat permohonan ASB loan secara ONLINE. Klik di sini sekarang!

Kemudahan pinjaman ASB atau pembiayaan ASB merupakan kaedah alternatif untuk meningkatkan pelaburan anda dalam ASB. Anda boleh mengembangkan dana dalam ASB dengan lebih cepat menggunakan kaedah pinjaman ASB. Tetapi, anda perlu faham risiko yang anda perlu tanggung jika anda memilih untuk menggunakan kaedah ini.

Artikel ini bertujuan untuk memberi pencerahan tentang pinjaman ASB terutama kepada mereka yang mempunyai ilmu kewangan yang lemah dan penerangan tentang institusi-institusi yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia untuk menyediakan kemudahan pinjaman ini.

Artikel ini menerangkan dengan terperinci TIGA institusi perbankan yang menyediakan kemudahan pinjaman ASB iaitu: ASB loan Maybank, ASB loan CIMB, dan ASB loan RHB.

Apa Itu Amanah Saham Bumiputera (ASB)?

Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah adalah sebuah dana amanah pelaburan khusus untuk kaum bumiputera Malaysia sahaja. ASB telah dilancarkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) pada 2 Januari 1990 untuk semua Bumiputera Malaysia.

Objektif penubuhan ASB ini adalah untuk menyediakan medium simpanan alternatif untuk Bumiputera Malaysia. Ia bertujuan untuk menjana pulangan jangka masa panjang, tetap dan berdayang saing untuk pelabur.

Oleh itu, ASB ditubuhkan sebagai ekuiti dana pendapatan dengan harga yang tetap di mana harga seunit dana ditetapkan pada RM1.00 tanpa caj jualan dan tiada bayaran untuk penebusan unit. Manakala, pelaburan maksimum yang boleh dibuat oleh mana-mana pelabur yang layak ialah 200,000 unit.

Simpanan ASB atau Pinjaman ASB?

Tedapat dua cara melabur dalam ASB atau cara loan ASB iaitu melalui simpanan sendiri atau pembiayaan ASB (ASB financing).

Simpanan ASB

Simpanan ASB membolehkan anda melabur dengan wang anda sendiri apabila anda membuka akaun ASB. Anda mempunyai kebebasan untuk menentukan berapa jumlah wang yang hendak dilaburkan setiap bulan.

Sebagai contoh, anda boleh memasukkan RM300 setiap bulan ke dalam akaun ASB sehingga dividen diisytiharkan. Perlu diingatkan bahawa kadar dividen daripada dana peribadi anda mungkin lebih rendah daripada pulangan dividen pembiayaan ASB.

Jika anda menyimpan RM300 sebulan selama setahun, jumlah simpanan anda ialah RM3,600. Katakan kadar dividen ASB untuk sepanjang tahun ialah 5%. Pulangan dividen anda untuk tahun tersebut ialah RM 180.

Pinjaman ASB

Pembiayaan ASB atau ASB Financing berbeza kerana anda akan menggunakan wang yang dipinjam dari bank untuk melabur dengan ASB. Jika dibandingkan dengan simpanan ASB, kadar dividen yang akan diperoleh adalah jauh lebih tinggi.

Sebaik sahaja permohonan pinjaman anda diluluskan, anda mesti membayar balik jumlah tersebut secara ansuran bulanan. Jika tidak, ia boleh memberi kesan kepada rekod CCRIS anda.

Kenapa Anda Perlu Melabur Dalam ASB Financing?

Tiada bayaran pendahuluan

ASB Financing tidak memerlukan anda untuk membayar bayaran pendahuluaan. Oleh itu, anda boleh menggunakan wang anda untuk membayar bayaran bulanan pembiayaan ASB anda,

Caj pengurusan yang rendah

Pembiayaan ASB hanya mempunyai caj pengurusan tahunan sebanyak 0.35%. Sebaliknya, dana unit amanah ekuiti lain boleh mengenakkan caj pengurusan tahunan sehingga 1.5%.

Pulangan yang konsisten

ASB telah membayar dividen sebanyak 5% hingga 14% setahun sejak 1990.

Pengeluaran pantas

Anda boleh mengeluarkan wang anda sehingga RM500 sebulan secara dalam talian atau melalui kaunter atau cawangan ASNB untuk pengeluaran jumlah wang yang lebih besar.

Boleh digunakan untuk memohon kemudahan overdraft

Anda boleh mencagarkan dana ASB anda sebagai cagaran untuk memohon kemudahan overdraft (sejenis pinjaman di mana bank membenarkan anda mengeluarkan lebih banyak wang daripada yang anda ada dalam akaun anda).

Apakah Syarat Untuk Membuat Pinjaman ASB?

Terdapat beberapa syarat yang perlu anda penuhi untuk memohon Pembiayaan ASB. Setiap bank yang menyediakan pembiayaan ASB mempunyai syarat yang tersendiri. Oleh itu, anda harus menyemak dengan ejen anda untuk memastikan anda layak memohon pembiayaan ASB. Syarat-syarat pembiayaan ASB secara amnya adalah seperti berikut:

  • Bumiputera atau Melayu
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan tetap, slip gaji minimum 3 bulan dan 6 bulan penyata bank syarikat jika menjalankan perniagaan
  • tiada dalam senarai hitam mana-mana bank, rekod CTOS dan CCRIS.

Dokumen yang perlu disediakan:

  • Borang permohonan
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan slip gaji tiga bulan terbaharu atau penyata bank.
  • Penyata KWSP terkini
  • Salinan kulit buku ASB

Bank Yang Menyediakan Kemudahan Pinjaman ASB

Terdapat beberapa bank yang menyediakan kemudahan pembiayaan ASB seperti berikut:

Pinjaman ASB Maybank

Pinjaman ASB/-i Maybank ini menawarkan caj kadar faedah yang berpatutan, perlindungan insurans dancTakaful Tempoh Pengurangan Peribadi (PRTT) (pilihan).

  • Jumlah pembiayaan: RM10,000 – RM200,000
  • Margin pembiayaan: Sehingga 105%
  • Tempoh pembiayaan: 30 tahun
  • Pembahagian & (Dividen tahunan) Pendapatan ASB: Dividen akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pemegang unit ASB masing-masing.
  • Caj: Duti setem dan Sijil ASNB RM50.00 setiap unit

Cara Memohon Pinjaman ASB Dengan Maybank

Dokumen yang diperlukan:

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan slip gaji 3 bulan terakhir / bukti pendapatan lain seperti penyata Bank
  • Tangkapan skrin nombor akaun pemegang unit ASNB anda

Cara memohon pinjaman ASB Maybank adalah seperti berikut:

Bagi pelanggan baru Maybank, anda boleh mengikut cara-cara seperti di bawah untuk membuat permohonan pembiayaan ASB.

Selain permohonan atas talian, anda juga boleh melawat cawangan Maybank terdekat untuk membuat permohonan pinjaman pembiayaan Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau mendapatkan maklumat lanjut di laman web Maybank2u.

ASB Loan CIMB Bank

Pembiayaan Bertempoh-i Dijamin CIMB dijamin oleh Sijil ASB berdasarkan konsep Komoditi Murabahah-Tawarruq. Berikut adalah butiran penting yang anda perlu tahu tentang produk ASB loan CIMB:

  • Jumlah pembiayaan: RM10,000 RM 200,000
  • Tempoh pembiayaan: 5 tahun hingga 40 tahun
  • Margin pembiayaan: 100% hingga 105%
  • Kadar keuntungan: serendah kadar asas atau kadar faedah (ka) + 1.20% p.a
  • Caj: Duti setem dan yuran sijil ASNB (RM50 setiap Sijil)

Cara Memohon ASB Financing CIMB

Dokumen yang diperlukan adalah seperti di bawah:

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Bukti pendapatan

Cara memohon pinjaman ASB CIMB Bank adalah seperti berikut:

Untuk membuat permohonan pinjaman pembiayaan ASB dengan CIMB atau loan ASB CIMB, anda perlu melawat cawang CIMB yang terdekat.

Sila bawa semua dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan pinjaman pembiayaan ASB seperti salinan Kad Pengenalan dan bukti pendapatan.

Pinjaman ASB RHB

Pembiayaan ASB RHB mengenakan kadar faedah yang rendah dan tidak membebani peminjam. Tetapi, jumlah pembiayaan ASB yang ditawarkan oleh RHB bank adalah bermula RM20,000.

  • Jumlah pembiayaan: RM20,000-RM200,000
  • Tempoh pembiayaan: 5 tahun – 40 tahun
  • Margin pembiayaan: 100% hingga 105%
  • Kadar faedah: Serendah kadar asas (ka) + 1.65% p.a
  • Denda lewat bayar: 1% (dikira setiap hari)
  • Kadar pembiayaan: Bermula serendah 4.40%

Cara Memohon Pinjaman ASB Dengan RHB Bank

Dokumen yang diperlukan:

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Slip gaji tiga (3) bulan terkini;ATAU
  • Penyata bank pengkreditan tiga (3) bulan terkini, atau
  • Penyata KWSP interim terkini (Carum minimum 6 bulan
  • Surat perakuan penggajian atau surat pengesahan majikan yang menyatakan gaji/elaun adalah wajib sekiranya perkhidmatan penggajian kurang daripada enam (6) bulan

Untuk anda yang berminat nak buat pinjaman ASB dengan RHB bank bagi tujuan pelaburan ASB, anda mempunyai dua pilihan iaitu yang pertema mengunjungi cawangan RHB bank berdekatan dan yang kedua adalah membuat permohonan melalui portal rasmi RHB Bank.

ASB Loan Bank Simpanan Nasional (BSN)

Bank Simpanan Nasional (BSN) juga merupakan salah satu bank yang menawarkan kemudahan pinjaman ASB kepada penduduk Bumiputra di Malaysia. BSN menawarkan pinjaman pembiayaan ASB bermula daripada RM10,000 sehingga RM200,000 dengan tempoh bayaran 40 tahun.

  • Jumlah pinjaman: RM10,000 – RM200,000
  • Kadar faedah (interest rate):
    • Sehingga RM50,000 – KAS + 1.90 / SBR + 1.90 (5-40 tahun)
    • Melebihi RM50,000 – KAS + 1.70 / SBR* + 1.70 (5-40 tahun)
  • Kadar Faedah Efektif:
    • Sehingga RM50,000 – 4.65
    • Melebihi RM50,000 – 4.45
  • Marjin pinjaman: 100% + 5% termasuk Duti Setem, Kos Cagaran, dan Insurans
  • Jumlah pinjaman: RM1005,000
  • Tempoh: 40 tahun

Cara Memohon Pinjaman ASB Dengan BSN

Dokumen yang diperlukan:

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Penyata gaji 3 bulan terkini
  • Penyata bank 3 bulan terkini
  • Penyata KWSP terkini
  • Salinan buku simpanan ASB (bagi pemilik perniagaan atau bekerja sendiri)
  • Penyata bank 6 bulan terkini (bagi pemilik perniagaan atau bekerja sendiri)
  • Penyata pembayaran cukai oleh LHDN (bagi pemilik perniagaan atau bekerja sendiri)

Anda boleh membuat permohonan pinjaman pembiayaan ASB di cawangan BSN yang berdekatan dengan anda. Sila pastikan anda membawa semua dokumen yang diperlukan ketika membuat permohonan pinjaman pembiayaan ASB.

ASB Loan Bank Islam

Bank Islam menawarkan perkhidmatan pinjaman pembiayaan ASB kepada pelanggan mereka dengan jumlah pinjaman bermula daripada RM10,000 hingga RM200,000, dalam tempoh 1 tahun hingga 40 tahun, atau sehingga umur 70 tahun.

  • Jumlah Amaun Pembiayaan: RM 200,000
  • Tempoh Pembiayaan: 40 years
  • Kadar Keuntungan Siling: 15% p.a.
  • Harga Jualan Bank: RM1,203,096.00
  • Kadar Keuntungan Efektif (SBR ialah 2.25% p.a): SBR + 1.77% = 4.02% setahun
  • Jumlah Amaun Perlu Bayar di akhir tempoh: RM402,417.60

Cara Memohon Pinjaman ASB Dengan Bank Islam

Dokumen yang diperlukan:

  • Salinan kad pengenalan
  • Slip gaji 1 bulan terkini
  • Penyata bank 1 bulan terkini
  • Penyata KWSP
  • Penyata pendapatan tahun
  • Borang cukai pendapatan terkini (Borang BE/ e-BE/ J) dengan resit pembayaran bagi pekerja sendiri atau pemilik perniagaan
  • Penyata kewangan dua tahun lepas bagi pekerja sendiri atau pemilik perniagaan

Anda boleh membuat permohonan pinjaman pembiayaan ASB di cawangan bank Islam yang berdekatan dengan anda. Sila sediakan semua dokumen yang diperlukan untuk memudahkan urusan anda dengan pihak bank.

ASB Loan AmBank

AmBank Group juga menawarkan kemudahan pinjaman pembiayaan ASB kepada pelanggan mereka di Malaysia, khususnya penduduk Bumiputra. AmBank menawarkan pinjaman ASB bermula daripada RM10,000 hingga RM200,000, dengan tempoh pembayaran semula antara 5 tahun hingga 40 tahun, atau sehingga anda mencapai 70 tahun.

  • Jumlah Pembiayaan (Financing amount): Minimum RM10,000 & Maximum RM200,000
  • Tempoh Pembiayaan: Minimum 5 tahun & Maksimum 40 tahun atau umur 70 pada tamat tempoh pembiayaan; yang mana lebih awal
  • Margin Pembiayaan: Sehingga 100% + 5% daripada pembiayaan RTT
  • Kadar Keuntungan: Serendah Kadar Asas Standard + 1.65% setahun

Cara Memohon Pinjaman ASB Dengan AmBank

Dokumen yang diperlukan:

  • Borang permohonan pinjaman pembiayaan ASB. Anda boleh dapatkan borang permohonan di cawangan bank AmBank yang berdekatan.
  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan statement (penyata) gaji/penyata bank 3 bulan terkini (untuk pendapatan gaji) atau statement pendapatan 6 bulan (untuk pendapatan bukan gaji)
  • Statement mini ASB/ASB2

Anda boleh membuat permohonan pinjaman ASB di cawangan AmBank yang berdekatan. Sila sediakan semua dokumen yang diperlukan sebelum anda membuat permohonan pinjaman pembiayaan ASB untuk memudahkan urusan anda dengan pihak bank.

Kesimpulan

Sekarang anda sudah tahu apa itu ASB loan. Pelaburan ASB merupakan pelaburan yang paling stabil dan tidak mempunyai risiko pelaburan yang ketara seperti kehilangan wang anda.

Namun, bagi anda yang ingin membuat pinjaman pembiyaan ASB, anda mestilah membuat semakan terlebih dahulu tentang rekod kredit anda yang terkini. Selepas itu, anda perlu pertimbangkan risiko pelaburan serta faktor-faktor lain yang berkaitan untuk loan ASB yang bakal anda mohon. Oleh itu, bagi anda yang berminat membuat pembiayaan ASB, anda bolehlah mengunjungi bank pilihan yang berdekatan untuk membuat permohonan.