Pinjaman Peribadi Aeon Credit: Semua Yang Perlu Anda Tahu

AEON Credit Service (M) Berhad adalah sebuah syarikat kredit yang beroperasi di Malaysia. Ia merupakan anak syarikat AEON Financial Service Co., Ltd. dari Jepun. Syarikat ini terlibat dalam perkhidmatan kewangan, terutamanya menyediakan perkhidmatan pembiayaan dan pinjaman kepada pelanggan di Malaysia.

Dalam artikel ini, kita akan meneroka lebih lanjut tentang perkhidmatan pinjaman peribadi Aeon Credit seperti syarat kelayakan, dokumen yang diperlukan, kadar keuntungan dan banyak lagi.

AEON i-Cash Personal Financing

AEON i-Cash Pembiayaan Peribadi adalah Pembiayaan Islam yang tidak bercagar.

AEON i-Cash Personal Financing ditawarkan kepada rakyat Malaysia dalam bentuk pinjaman wang ringgit untuk kegunaan seperti pendidikan, perubatan, perniagaan atau kegunaan peribadi yang lain.

AEON i-Cash Personal Financing ini menggunakan konsep Syariah Bai Al Inah (Jual beli balik dengan bayaran ansuran)

Ciri-Ciri Pinjaman Peribadi AEON i-Cash Personal Financing

Jumlah Pembiayaan Tinggi

Anda boleh mendapatkan pembiayaan sehingga RM100,000 melalui AEON i-Cash. Jumlah pembiayaan yang tinggi membolehkan anda memenuhi keperluan kewangan yang lebih besar tanpa kesulitan.

Kadar Keuntungan/Kadar Faedah

AEON i-Cash menawarkan kadar faedah yang menarik, serendah 0.66% sebulan. Ini membantu meringkankan komitmen anda untuk pembayaran ansuran pembiayaan peribadi.

Tempoh Pembayaran yang Fleksibel

AEON i-Cash menyediakan pelbagai pilihan tempoh pembayaran semula. Ini akan membantu anda untuk mengurus dan menyesuaikan bajet bulanan anda.

Anda boleh memilih tempoh pembayaran sehingga 84 bulan (7 tahun) mengikut kemampuan kewangan anda.

Namun, tempoh bayar balik pinjaman peribadi Aeon ini juga bergantung dengan keputusan pihak Aeon.

Dokumen Permohonan yang Mudah

Proses permohonan pembiayaan peribadi Aeon boleh dikatakan mudah. Ini kerana, ia hanya memerlukan dokumen yang relevan dan mudah didapatkan. Ini dapat menjimatkan masa dan memudahkan pemohon anda.

Pinjaman Tanpa Cagaran

AEON iCash Personal Financing merupakan pembiayaan peribadi tanpa penjamin, cagaran, atau deposit keselamatan yang diperlukan. AEON i-Cash menawarkan pendekatan yang bebas masalah yang membolehkan anda mendapatkan pembiayaan tanpa melalui banyak kerenah.

Jadual Bayaran Bulanan Pinjaman

Gambar di bawah merupakan jadual bayaran balik pinjaman peribadi Aeon iCash Personal Financing.

Bagi pembiayaan peribadi dengan kadar keuntungan 0.66%, bayaran bulanan adalah bermula daripada RM174 untuk 6 sehingga RM17,327 sebulan untuk pembiayaan peribadi RM100,000 untuk tempoh 6 bulan.

Begitu juga dengan bayaran bulanan bagi kadar faedah yang lain. Anda boleh memilih untuk membayar dalam tempoh 6 bulan atau maksimum 7 tahun.

Kadar Keuntungan

Kadar Keuntungan pinjaman peribadi Aeon adalah berbeza dari 0.66% hingga 1.5% sebulan bergantung kepada Jumlah Pinjaman dan Status Pelanggan (Contohnya, pemegang Kad Utama AEON, Pemegang Kad AEON Express dan Bukan Pemegang Kad AEON)

Syarat Kelayakan Pinjaman Peribadi Aeon Credit

AEON Credit Service (M) Berhad telah meletakan beberapa syarat kelayakan untuk mohon pinjaman Aeon. Saya akan senaraikan syarat untuk pinjaman peribadi Aeon Credit Service (M) di bawah ini.

Kakitangan Awam

  • Warganegara Malaysia sahaja.
  • 18 tahun ke atas, atau sehingga 65 tahun
  • Berpendapatan RM1,500 sebulan (gaji kasar) ke atas atau atau RM18,000 setahun
  • Bekerja tetap
  • Tiada mempunya akaun di bawah pemerhatian khas (SAA).

Kakitangan Swasta

  • Warganegara Malaysia sahaja.
  • 18 tahun ke atas, atau sehingga 65 tahun
  • Pendapatan minimum RM1,500 sebulan (gaji kasar) ke atas atau setahun gaji kasar RM18,000 setahun (gaji kasar) ke atas
  • Bekerja tetap
  • Bekerja lebih daripada 6 bulan
  • Tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana bank di Malaysia

Bekerja Sendiri

  • Warganegara Malaysia – Pemilik perniagaan adalah warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Tempoh berniaga lebih dari 1 tahun
  • Perniagaan didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Mempunyai akaun bank syarikat dengan jumlah transaksi bulanan RM5,000 ke atas

Dokumen Yang Diperlukan

Untuk mohon pinjaman peribadi Aeon Credit Service (M) anda perlu menyediakan dokumen seperti berikut:

Pendapatan Tetap:

  • Salinan kad pengenalan depan dan belakang
  • Salinan slip gaji 1 bulan terkini
  • Penyata penyata KWSP
  • Mempunyai Caruman KWSP atau jika tiada caruman gaji perlu dimasukkan oleh majikan ke bank.
  • Bekerja lebih daripada 6 bulan dengan majikan yang sama

Penghasilan tidak tetap:

  • Salinan kad pengenalan depan dan belakang
  • Penyata slip gaji 6 bulan terkini
  • Penyata KWSP terkini
  • Tidak disenarai hitamkan oleh AEON atau mana-mana Bank di Malaysia.

Bekerja sendiri:

  • Salinan kad pengenalan depan dan belakang
  • Salinan pendaftaran syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia – Borang ROC & ROB.
  • Penyata akaun bank syarikat 6 bulan terkini.
  • Borang BE/E dan resit pembayaran cukai
  • Tidak disenarai hitamkan oleh AEON atau mana-mana Bank di Malaysia.

Caj Lewat Bayar

Anda akan dikenakan caj lewat bayar oleh pihak Aeon jika gagal membuat bayaran semula. Caj yang dikenakan jika anda lewat untuk membuat bayaran adalah antara RM18 hingga RM40.

Jika anda menghadapi kesukaran untuk membayar balik pinjaman anda, anda boleh menghubungi pihak Aeon untuk info lanjut.

Cara Mohon Aeon iCash Personal Financing

Anda boleh mohon mohon Aeon iCash Personal Financing di mana-mana cawangan Aeon Credit Service berdekatan dengan anda. Cawangan ini biasanya terdapat di pusat-pusat membeli-belah atau kawasan perniagaan utama.

Kelebihan dan Kelemaham Aeon iCash Personal Financing

Kelebihan

  • Pinjaman peribadi patuh Syariah
  • Jumlah pembiayaan sehingga RM250,000
  • Gaji minimum yang rendah boleh memohon
  • Tempoh bayar balik pinjaman sehingga 7 tahun

Kelemahan

  • Caj pemprosesan agak tinggi untuk pinjaman RM10,000 ke bawah

Kesimpulan

Pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh AEON Credit Service (M) Berhad iaitu Aeon iCash Personal Financing sesuai untuk golongan pertengahan kerana syarat kelayakan gaji lebih rendah berbanding dengan pinjaman peribadi bank yang lain. Pinjaman peribadi Aeon juga mematuhi hukum Islam iaitu hukum Syariah.

Oleh itu, jika anda ingin membuat permohonan pinjaman peribadi Aeon, sila lawati cawangan Aeon yang berdekatan untuk mengemukakan permohonan anda