Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang Pinjaman Peribadi BSN

Adakah anda mencari bank yang menawarkan kemudahan pinjaman peribadi yang fleksibel dan boleh dipercayai di Malaysia? Jika iya, pinjaman peribadi BSN mungkin merupakan pilihan yang tepat untuk anda.

Bank Simpanan Nasional (BSN) merupakan salah satu bank tempatan Malaysia yang bagus dan mereka menawarkan pelbagai jenis pinjaman peribadi yang dirancang khas untuk memenuhi keperluan kewangan pelanggan mereka.

Dengan adanya kemudahan pinjaman peribadi yang disediakan oleh BSN, anda boleh merancang masa depan kewangan anda dengan lebih yakin.

Dalam artikel ini, saya akan menerangkan lebih terperinci tentang kemudahan pinjaman peribadi BSN, kelebihan serta bagaimana proses permohonan dilakukan.

Teruskan membaca untuk mengetahui bagaimana pinjaman peribadi BSN boleh membantu mewujudkan impian anda dan mengatasi cabaran kewangan anda dengan mudah.

Pinjaman Peribadi BSN

Bank Simpanan Nasional menawarkan kemudahan pinjaman peribadi konvensional dan non konvensional iaitu BSN MyRinggit (PUBLIC SECTOR), BSN MyRinggit (EKSEKUTIF-1), BSN MyRinggit-i (PUBLIC SECTOR) dan BSN MyRinggit-i (EKSEKUTIF-1).

Keempat-empat jenis pinjaman peribadi ini menawarkan produk yang sama tetapi mempunyai beberapa perbezaan. Saya akan terangkan apakah kemudahan pinjaman peribadi iaitu BSN MyRinggit (PUBLIC SECTOR), BSN MyRinggit (EKSEKUTIF-1), BSN MyRinggit-i (PUBLIC SECTOR) dan BSN MyRinggit-i (EKSEKUTIF-1) ini.

BSN MyRinggit (PUBLIC SECTOR)

BSN MyRinggit (PUBLIC SECTOR) adalah satu produk pembiayaan peribadi yang ditawarkan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada pekerja sektor awam (warganegara Malaysia).

Pembiayaan peribadi ini direka khas untuk individu yang bekerja dalam public sector seperti kakitangan kerajaan dan badan-badan berkanun. Ia memberi kemudahan kewangan kepada mereka dengan syarat dan faedah yang disesuaikan mengikut keperluan mereka.

BSN MyRinggit (EKSEKUTIF-1)

BSN MyRinggit (EKSEKUTIF-1) adalah produk pembiayaan peribadi yang ditawarkan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada individu yang memegang jawatan eksekutif di dalam public sector. Pembiayaan ini memberi tumpuan kepada pekerja yang mempunyai jawatan tinggi dan keperluan kewangan yang lebih besar.

Jumlah pinjaman yang ditawarkan adalah bermula RM5000 sehingga RM200,000. Syarat dan faedah produk ini dirancang khusus untuk memenuhi keperluan mereka yang berada di dalam kategori ini.

BSN MyRinggit-i (PUBLIC SECTOR)

BSN MyRinggit-i (PUBLIC SECTOR) adalah produk pembiayaan peribadi Islam yang ditawarkan oleh BSN kepada pekerja public sector. Produk ini berdasarkan prinsip-prinsip perbankan Islam dan menawarkan pembiayaan peribadi yang patuh syariah. Syarat dan faedah pembiayaan ini disesuaikan dengan prinsip-prinsip perbankan Islam.

BSN MyRinggit-i (EKSEKUTIF-1)

BSN MyRinggit-i (EKSEKUTIF-1) adalah produk pembiayaan peribadi Islam yang disediakan oleh BSN kepada individu yang memegang jawatan eksekutif di dalam sektor awam.

Pembiayaan peribadi ini berdasarkan prinsip-prinsip perbankan Islam dan direka khas untuk pekerja yang memegang jawatan tinggi dalam sektor awam. Syarat dan faedah produk ini disesuaikan dengan keperluan mereka yang berada dalam kategori ini dan mengikut prinsip-prinsip perbankan Islam.

Individu yang memegang jawatan eksekutif di dalam sektor awam yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

  • Panel Pemaju Premier
  • Hospital Swasta
  • Syarikat Telekomunikasi
  • Institusi Kewangan Berlesen
  • Syarikat Multinasional
  • Kumpulan Syarikat PETRONAS
  • Universiti & Kolej Swasta Terpilih
  • Badan Berkanun
  • Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)
  • Syarikat Tersenarai Awam Terpilih di Pasaran Utama Bursa Malaysia ( Kewangan, Perladangan, Hartanah, Teknologi, Perdagangan / Perkhidmatan, Produk Perindustrian, Sektor Pengguna sahaja)
  • Profesional (Doktor, Arkitek, Peguam, Akauntan dan Profesional bertauliah lain)

Ciri-Ciri dan Kelebihan Pinjaman Peribadi BSN

Pinjaman Islamik patuh Syariah

BSN menawarkan pinjaman Islamik patuh syariah iaitu BSN MyRinggit-i (PUBLIC SECTOR) dan BSN MyRinggit-i (EKSEKUTIF-1). Kedua-dua jenis pinjaman peribadi ini menggunakan konsep Tawarruq.

Syarat Kelayakan Permohonan Pinjaman Peribadi BSN

Kemudahan pembiayaan peribadi BSN mempunyai syarat kelayakan yang lebih fleksibel. Contohnya, sekiranya anda mempunyai pendapatan minimum RM1500 sebulan, anda boleh memilih untuk memohon pinjaman peribadi BSN jenis BSN MyRinggit-i (PUBLIC SECTOR) atau BSN MyRinggit (PUBLIC SECTOR).

Tempoh Pembiayaan Fleksibel

BSN membolehkan pelanggan mereka untuk memilih tempoh pinjaman mereka untuk dibayar semula. Tempoh pinjaman dibayar semula adalah bermula 1 tahun sehingga 10 tahun. Oleh itu anda boleh memilih tempoh pembiayaan yang lebih sesuai untuk anda. Namun tempoh bayaran balik ini ada masanya bergantung dengan kelulusan bank.

Pinjaman Tidak Bercagar

Kemudahan pinjaman peribadi yang disediakan oleh BSN adalah pinjaman tidak bercagar. Di mana, pinjaman tidak bercagar ini tidak memerlukan anda untuk mengemukakan cagaran seperti aset atau pun penjamin.

Jumlah Pinjaman Yang Tinggi

BSN menawarkan jumlah pinjaman sehingga RM200,000 kepada pelanggan mereka di Malaysia. Jika anda ingin membuat pinjaman lebih rendah, anda boleh memilih untuk memohon pinjaman serendah RM5000.

Ditawarkan Kepada Kekerjaan Kontrak dan Sementara

Berbeza dengan bank yang lain yang hanya membolehkan individu yang mempunyai pekerjaan tetap untuk memohon pinjaman. BSN pula menawarkan perkhidmatan pembiayaan yang lebih fleksibel di mana, kemudahan pinjaman ini terbuka untuk mereka yang berkhidmat dalam pekerjaan kontrak dan sementara.

Walau bagaimanapun, anda perlu berkhidmat selama sekurang-kurangnya 12 bulan untuk layak memohon.

Kadar Keuntungan (Kadar Kadar Faedah)

Gambar di bawah menunjukkan kadar keuntungan atau kadar faedah pinjaman peribadi jenis BSN MyRinggit (PUBLIC SECTOR)

Gambar di bawah pula menunjukkan kadar keuntungan atau kadar faedah bagi pinjaman jenis BSN MyRinggit (EKSEKUTIF-1).

Syarat Kelayakan Permohonan Pinjaman Peribadi BSN

BSN merupakan bank yang mempunyai syarat kelayakan yang paling fleksibel. Saya akan terangkan syarat kelayakan untuk memohon pinjaman peribadi dengan BSN.

Syarat kelayakan memohon pinjaman peribadi untuk pinjaman BSN MyRinggit-i (EKSEKUTIF-1) atau BSN MyRinggit (EKSEKUTIF-1)

  1. Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 55 / 60* tahun (tertakluk pada umur persaraan semasa tamat pembiayaan)
  2. Terbuka kepada pegawai dan kakitangan tetap dan kontrak yang mempunyai pengalaman bekerja minimum satu tahun
  3. Pendapatan kasar minimum RM3,000 sebulan (jawatan tetap) & RM10,000 sebulan (jawatan kontrak)
  4. Pemegang Akaun BSN GIRO/i

Syarat kelayakan memohon pinjaman peribadi untuk pinjaman BSN MyRinggit-i (PUBLIC SECTOR) dan BSN MyRinggit-i (PUBLIC SECTOR)

  1. Warganegara Malaysia berumur 18 hingga 60 tahun (tertakluk pada umur persaraan semasa tamat pembiayaan).
  2. Bekerja di sektor kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan, badan berkanun atau organisasi dengan kemudahan potongan gaji BPA.
  3. Pendapatan minimum RM1,500 sebulan.
  4. Kakitangan tetap yang telah berkhidmat selama 3 bulan dan ke atas.
  5. Kakitangan kontrak dan sementara (telah berkhidmat selama 12 bulan dan ke atas).
  6. Pemegang akaun BSN Giro/i.

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan di atas maksudnya anda boleh memohon pinjaman yang disediakan oleh BSN. Untuk maklumat lebih lanjut tentang syarat kelayakan, anda boleh menghubungi pihak BSN.

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Memohon Pinjaman Peribadi Dengan BSN

Berikut merupakan senarai dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan pinjaman peribadi BSN.

BSN MyRinggit (EKSEKUTIF-1)

  1. Salinan kad pengenalan.
  2. Salinan slip gaji untuk 3 bulan terkini.
  3. Penyata KWSP terkini.
  4. Surat Pengesahan Majikan yang mengandungi butir-butir seperti nama, nombor kad pengenalan, jawatan, gaji bulanan daan tarikh mula berkhidmat.
  5. Penyata EA dan EC terkini dan Borang e-filing terkini atau sebarang dokumen pengesahan daripada LHDN.

BSN MyRinggit-i (PUBLIC SECTOR)

  1. Salinan kad pengenalan.
  2. Surat pengesahan majikan.
  3. Slip gaji 2 bulan terkini.

Cara Bayaran Balik Pinjaman Peribadi BSN

Dari segi cara pembayaran balik pinjaman, BSN mengenakan peraturan yang lebih ketat daripada bank lain. Di mana, buat masa ini BSN hanya membolehkan bayaran balik melalui kaedah Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA).

Caj Yang Dikenakan

Gambar di bawah ini merupakan senarai caj yang akan dikenakan kepada anda.

Cara Mohon Pinjaman Peribadi BSN

Jika anda memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan, anda boleh memohon pinjaman peribadi ini di cawangan BSN yang berdekatan dengan anda. Buat masa ini, pihak BSN belum menyediakan perkhidmatan permohonan atas talian.

Anda juga boleh menghubungi pihak BSN untuk maklumat lanjut tentang cara mohon pinjaman yang disediakan oleh BSN.

Kelebihan dan Kelemahan Pinjaman Yang Disediakan oleh BSN

Kelebihan

  • Pinjaman yang ditawarkan kepada pekerja tetap dan kontrak
  • Jumlah pembiayaan peribadi tinggi sehingga RM200,000
  • Tempoh pembiayaan yang panjang sehingga 1o tahun
  • Pembiayaan peribadi tidak bercagar (tapi bank berhak meminta cagaran sekiranya diperlukan)
  • Dokumen yang diperlukan mudah disediakan

Kelemahan

  • Hanya menyediakan satu kaedah pembayaran balik iaitu melalui Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA)

Kesimpulan

Kemudahan pinjaman peribadi yang disediakan oleh BSN merupakan pilihan yang tepat sekiranya anda bekerja kontrak dan sementara. Anda yang mempunyai pekerjaan yang tetap juga boleh memohon kemudahan pinjaman yang disediakan oleh BSN kerana syarat kelayakan yang lebih mudah.