ASB Loan RHB Bank: Semua Yang Perlu Tahu

RHB Bank merupakan salah satu agent kepada Amanah Saham Bumiputera (ASB). Fokus utama mereka adalah memberi peluang kepada orang ramai untuk membuat simpanan masa depan dengan ASB melalui pinjaman ASB atau ASNB Financing Plans.

Buat permohonan ASB loan secara ONLINE. Klik di sini sekarang!

Artikel ini akan menerangkan maklumat lanjut tentang kemudahan pinjaman ASB yang ditawarkan oleh RHB Bank seperti kelebihan, syarat kelayakan, kadar faedah, kadar bayaran bulanan dan banyak lagi.

Oleh itu, anda perlulah membaca artikel ini sehingga selesai supaya anda faham apa sebenarnya ASNB Financing Plans ini.

ASB Loan RHB

Pinjaman ASB atau ASB2 merupakan suatu kemudahan kredit yang diberikan kepada pelanggan yang ingin melabur dalam dana Unit Amanah saham. Ia memberikan anda peluang untuk membuat simpanan dan pelaburan ASB.

Pelaburan pinjaman Amanah Saham Bumiputera ini pula adalah bersifat jangka panjang. Di mana ia bertujuan untuk memberikan pulangan secara konsisten. Yang menariknya tentang pinjaman ASB adalah, anda akan dibayar dividen setiap tahun berdasarkan prestasi dana anda.

Apakah yang boleh saya perolehi daripada kemudahan ini ?

  • Jumlah amaun pinjaman : RM 200,206.00
  • Margin pinjaman : 100%
  • Tempoh : 40 tahun
  • Kadar Asas Standard (KAS) : 2.25%
  • Kadar Pinjaman Lembaga : KAS + 3.10%
  • Kadar Semasa : 3.90%

Apakah Kelebihan ASB Financing?

Sebenarnya, kemudahan pinjaman ASB yang disediakan oleh RHB ini adalah sama seperti bank lain yang menawarkan kemudahan pinjaman ASB seperti Maybank dan CIMB.

Walau bagaimanapun, ada beberapa kelebihan dan faedah ASB loan yang mungkin tidak ada pada bank lain iaitu:

  • Permohonan dan pengeluaran mudah. Permohonan pinjaman ASB dan pengeluaran pinjaman ke akaun anda adalah mudah.
  • Tempoh pinjaman yang fleksibel. Tempoh pinjaman sehingga 40 tahun atau sehingga umur 70 tahun.
  • Kaedah bayaran bulanan mudah. Anda boleh memilih untuk membayar pinjaman ASB anda secara auto debit atau bayar sendiri.
  • Bayaran bulanan yang sangat rendah bermula daripada RM94.00
  • Menikmati pulangan dividen penuh, jika ada.
  • Pengumpulan kekayaan atau simpanan.

Kadar Faedah Loan ASB RHB

Pelanggan baru, pelanggan sedia ada dan Anti-Attrition termasuk GRTA

  • Minimum RM20,000 to RM39,000 : SBR + 2.00: 4.75%
  • RM40,000 to RM200,000 : SBR + 1.50%: 4.25%

Pelanggan baru, pelanggan sedia ada dan Anti-Attrition tidak termasuk GRTA

  • Minimum RM20,000 to RM39,000 : SBR + 2.05: 4.80%
  • RM40,000 to RM200,000:SBR + 1.55%: 4.30%

Berapa banyak anda boleh pinjam daripada ASB Financing?

ASB loan RHB memberikan anda peluang untuk membuat pinjaman bermula dari RM20,000 sehingga RM200,000 dengan tempoh pembiayaan yang fleksibel sehingga 40 tahun, atau apabila anda mencapai umur 70 tahun, yang mana lebih awal (tertakluk kepada umur kemasukan 60 tahun)

Bagaimana Cara Bayar Pinjaman Anda dengan ASB Financing?

Bayaran balik bulanan ASB loan hendakIah dibuat pada 5hb setiap bulan. Bayaran balik bulanan berikutnya harus dibayar pada tarikh yang sama dalam bulan berikutnya sehingga jumlah pinjaman dibayar sepenuhnya.

Ada dua cara anda untuk membuat bayaran bulanan iaitu, auto debit atau dengan cara membuat bayaran secara sendiri secara manual.

Jumlah bayaran bulanan pula adalah bergantung dengan jumlah pinjaman ASB serta tempoh bayaran yang anda pilih.

Siapakah Yang Layak Memohon Pinjaman ASB RHB Bank?

Kemudahan pinjaman ASB ini adalah terbuka kepada semua penduduk Bumiputera Malaysia yang berumur 18 tahun sehingga 60 tahun ketika membuat permohonan pinjaman ASB. Selain itu, untuk memohon ASB loan dengan RHB, anda juga perlu mempunyai bukti pendapatan yang kukuh.

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Membuat Permohonan Loan ASB RHB

Sekiranya anda berminat untuk membuat permohonan ASB loan dari bank RHB, anda perlu menyediakan dokumen yang saya senaraikan di bawah ini:

  1. Kad Pengenalan (Wajib)

Kepada anda yang bekerja di sektor kerajaan atau swasta sila kemukakan dokumen di bawah kepada pihak bank:

  1. Kad Pengenalan
  2. Slip gaji 3 bulan terkini
  3. Penyata bank 3 bulan terkini
  4. Penyata KWSP terkini (minimum caruman 6 bulan)
  5. Surat perakuan pekerjaan atau surat pengesahan majikan yang menyatakan gaji/elaun adalah wajib sekiranya anda bekerja kurang dari 6 bulan.

Jika anda bekerja sendiri, pemilik perniagaan atau rakan kongsi perniagaan, sila kemukakan dokumen berikut kepada pihak bank RHB:

  1. Kad Pengenalan
  2. Pendaftaran Perniagaan (Borang A / B untuk Pemilikan Tunggal / Perkongsian), Lesen Perniagaan (Borang D), Sijil amalan profesional semasa & sah yang dikeluarkan oleh badan kompeten yang berkaitan (untuk Amalan Profesional),
  3. Lesen Perdagangan (untuk Malaysia Timur), atau
  4. Lesen Majlis Tempatan, atau
  5. Borang 24 dan Borang 49 (untuk Sdn Bhd), dan
  6. Enam bulan Penyata Bank Peribadi atau Syarikat terkini, atau
  7. Borang B / BE terkini (resit pembayaran yang telah disahkan oleh LHDN)

Pendapatan melalui komisen:

  1. Slip gaji/penyata komisen enam bulan terkini, dan
  2. Penyata bank pengkreditan komisen enam bulan terkini, atau
  3. Borang BE terkini (resit pembayaran yang telah disahkan oleh LHDN)

Cara Buat Permohonan ASB Loan dengan RHB

Jika anda berminat untuk buat permohonan ASB loan dengan pihak RHB, anda boleh membuat permohonan di cawangan RHB berdekat anda. Sebelum membuat permohonan, sila sediakan semua dokumen yang diperlukan agar urusan anda lebih mudah.

Kesimpulan

Pinjaman ASB merupakan kaedah pelaburan jangka panjang yang berisiko rendah. Dengan adanya kemudahan loan ASB seperti ini, kita mempunyai peluang menabung lebih tinggi untuk masa hadapan. Jika anda berminat nak buat pinjaman ASB, anda bolehlah ke cawangan RHB berdekatan untuk membuat permohonan.