Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang Pinjaman Peribadi CIMB Bank

CIMB Bank adalah salah satu bank tempatan di Malaysia yang menyediakan kemudahan pinjaman peribadi kepada pelanggan mereka. Sebagai salah satu institusi kewangan terkemuka di Malaysia, CIMB Bank menawarkan penyelesaian kewangan yang mudah dan pantas.

Artikel ini akan menerangkan tentang kemudahan pinjaman peribadi CIMB secara terperinci. Sila baca artikel ini sehingga selesai.

P.S. Adakah anda sedang menjalankan bisnes tetapi menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pelanggan baru? Clarini Online Marketing Sdn Bhd menawarkan servis Google ads yang 100% dijamin mampu untuk tarik pelanggan untuk membeli dari anda! Klik di sini sekarang.

Pinjaman Peribadi CIMB

CIMB menawarkan kemudahan pinjaman peribadi konvensional dan pinjaman peribadi Islamik kepada pelanggan mereka. Pinjaman peribadi yang ditawarkan adalah:

  1. CIMB Cash Plus
  2. CIMB Xpress Cash-i

CIMB Cash Plus

CIMB Cash Plus adalah satu jenis pinjaman peribadi CIMB konvensional di mana anda boleh meminjam sejumlah wang pinjaman yang ditetapkan oleh CIMB. Jumlah pinjaman yang ditawarkan oleh CIMB adalah minimum RM2,000 hingga maksimum RM100,000 (pinjaman maksimum). Anda bebas memilih berapa jumlah pinjaman yang anda mahu.

Anda akan membayar balik jumlah pinjaman itu dalam tempoh pinjaman yang ditetapkan bersama dengan faedah yang telah ditetapkan oleh bank.

CIMB Xpress Cash-i

CIMB Xpress Cash-i adalah kemudahan pembiayaan peribadi Islam yang menawarkan pinjaman tanpa faedah (kadar faedah). Kemudahan pinjaman ini dijalankan berdasarkan prinsip-prinsip perbankan Islam yang mengelakkan riba. Sebagai gantinya, bank akan memperoleh keuntungan melalui skim pembiayaan yang lain seperti bayaran pemprosesan atau caj perkhidmatan.

Jumlah pinjaman yang ditawarkan oleh CIMB Xpress Cash-i adalah bermula daripada RM3000 sehingga RM50,000 (pinjaman maksimum). Kelebihan CIMB Xpress Cash-i berbanding dengan CIMB Cash Plus adalah, syarat permohonan pinjaman peribadi CIMB Xpress Cash-i lebih fleksibel berbanding dengan CIMB Cash Plus.

Kedua-dua jenis pinjaman peribadi CIMB ini hanya hanya ditawarkan kepada kakitangan swasta dan individu yang bekerja sendiri sahaja. Jika anda bekerja sebagai kakitangan kerajaan, maka anda tidak layak untuk memohon pinjaman peribadi ini.

Ciri-Ciri Personal Loan CIMB

Kelayakan Gaji Yang Rendah

Kelayakan gaji yang telah ditetapkan oleh CIMB bank terutama pinjaman jenis CIMB Cash Plus adalah rendah iaitu sekurang-kurangnya RM800. Dengan syarat kelayakan gaji yang lebih rendah ini, ia dapat membantu mereka yang mempunyai pendapatan yang rendah untuk memohon pinjaman ini.

Pinjaman Tanpa Cagaran

Kemudahan personal loan bank CIMB adalah pinjaman tanpa cagaran. Maksudnya, pelanggan boleh memohon pinjaman ini tanpa mengemukakan cagaran atau penjamin. Namun, pihak bank berhak untuk meminta cagaran daripada pelanggan sekiranya diperlukan.

Jumlah Pembiayaan Yang Fleksibel

Jumlah pembiayaan peribadi CIMB bank bermula daripada RM3000 sehingga RM50,000 untuk CIMB Xpress Cash-i dan jumlah pinjaman sehingga RM100,000 untuk CIMB Cash Plus.

Tempoh Pembayaran Balik Pinjaman Lebih Lama

Tempoh pembayaran balik pinjaman adalah seawal 6 bulan sehingga 5 tahun.

Tiada Caj Proses Dikenakan

CIMB tidak mengenakan caj proses kepada pelanggan mereka. Namun, bagi mereka yang memohon pinjaman CIMB Cash Plus, anda perlu membayar caj duti setem sebanyak 0.5% sekiranya permohonan pinjaman anda lulus.

Kelulusan Pantas

CIMB Bank menjanjikan kelulusan segera bagi permohonan pinjaman peribadi pelanggan mereka. Ini bermakna anda akan mendapat keputusan permohonan dengan pantas iaitu dalam tempoh 24 jam sahaja.

Kadar Faedah

Gambar di bawah menunjukkan kadar faedah yang telah ditetapkan oleh CIMB bank.

Kadar faedah CIMB XPress Cash-i:

Kadar Faedah CIMB Cash Plus:

Jadual Bayaran Ansuran Bulanan Pinjaman

Gambar di bawah adalah jadual pembayaran balik pinjaman personal loan anda. Seperti yang anda lihat dalam gambar di bawah, jika jumlah pinjaman anda adalah RM2000, maka ansuran bulan pembayaran balik andalah serendah RM45 dalam tempoh pinjaman 60 bulan atau 5 tahun.

Sila ambil perhatian bahawa kadar bayaran bulanan ini mungkin berubah mengikut kelulusan bank CIMB.

Syarat Kelayakan Memohon Pinjaman Peribadi CIMB Bank

Syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh CIMB bank adalah fleksibel. Berikut merupakan syarat kelayakan memohon pinjaman peribadi CIMB Bank.

Syarat kelayakan bagi permohonan CIMB XPress Cash-i:

  1. Pemohon mestilah berumur 21 hingga 60 tahun (Maksimum 65 tahun apabila mencecah tempoh matang pembiayaan)
  2. Warganegara Malaysia
  3. Permohonan bersama tidak dibenarkan
  4. Pendapatan kasar bulanan minimum RM800 dan ke atas (termasuk pendapatan berubah, contoh seperti upah kerja lebih masa dan elaun)
  5. Bekerja atau mempunyai perniagaan sekurang-kurangnya selama 6 bulan

Syarat kelayakan bagi permohonan CIMB Cash Plus:

  1. Individu berumur 21 hingga 58 tahun (Individu berumur 21 hingga 58 tahun)
  2. Warganegara Malaysia
  3. Pendapatan kasar bulanan minimum RM2,000
  4. Bekerja selama lebih dari 6 bulan
  5. Bagi yang bekerja sendiri, perniagaan haruslah aktif untuk lebih dari 24 bulan.

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Mohon Pinjaman Peribadi Bank CIMB

Berikut merupakan senarai dokumen yang diperlukan untuk mohon pinjaman peribadi atau personal loan CIMB bank.

Kerja Swasta

Sekiranya anda bekerja di bawah majikan syarikat mulitnasional, syarikat tersenarai awam dan syarikat berkaitan kerajaan anda perlu menyediakan dokumen permohonan seperti berikut:

  1. Slip gaji minimum 1 bulan terkini atau penyata KWSP terkini dengan sumbangan minimum 6 bulan bagi pekerja yang menerima pendapatan tetap.
  2. Slip gaji minimum 3 bulan terkini atau penyata KWSP terkini dengan sumbangan minimum 6 bulan pekerja yang menerima pendapatan tidak tetap.

Bekerja Sendiri

Sekiranya anda bekerja sendiri, anda perlu menyediakan dokumen seperti berikut untuk mohon pinjaman peribadi bank CIMB:

  1. Dokumen pendaftaran perniagaan
  2. Penyata bank syarikat minimum 6 bulan terkini
  3. Borang B/BE terkini dan resit pembayaran LHDN atau
  4. e-Borang B/BE terkini dan resit perakaun e-pemfailan

Cara Untuk Mohon Pinjaman Peribadi CIMB Bank

Sekiranya anda layak untuk memohon personal loan CIMB, anda boleh memohon pinjaman tersebut di cawangan CIMB yang berdekatan dengan anda. Buat masa ini, CIMB masih belum menawarkan permohonan personal loan secara atas talian.

Untuk memohon personal loan ini, sila sediakan semua dokumen yang diperlukan untuk memudahkan urusan anda. Anda juga boleh menghubungi pihak bank untuk info lebih lanjut mengenai cara mohon pinjaman ini.

Kelebihan dan Kelemahan CIMB Personal Loan

Kelebihan

  • Kelulusan pantas dalam tempoh 24 jam
  • Syarat kelayakan mudah
  • Tempoh pinjaman dibayar semula yang fleksibel
  • Tiada caj penamatan awal

Kelemahan

  • Kadar keuntungan atau kadar faedah (p.a) yang sedikit tinggi.

Kesimpulan

CIMB menawarkan kemudahan pinjaman peribadi yang mudah untuk memenuhi keperluan kewangan anda. Jika anda berminat untuk mohon pinjaman ini, anda boleh mengunjungi cawangan CIMB bank yang berdekatan dengan anda.