Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang Pinjaman Peribadi Bank Rakyat

Bank Rakyat merupakan salah satu bank di Malaysia yang menawarkan pinjaman peribadi kepada rakyat Malaysia. Dalam artikel ini, saya akan terangkan secara padat dan ringkas tentang pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh Bank Rakyat.

Pinjaman Peribadi Bank Rakyat.

Bank Rakyat menawarkan beberapa jenis pinjaman peribadi untuk memenuhi keperluan pelanggan mereka yang berbeza seperti:

  • Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam
  • Pembiayaan Peribadi-i Penyatuan Hutang
  • Pembiayaan Peribadi-i Pesara
  • Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta
  • Pembiayaan Peribadi-i Swasta(Eksklusif)

Namun, dalam artikel ini, saya akan terangkan Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam dan Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta.

Sumber: Unsplash oleh Raimond Klavins

Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam

Pinjaman Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam ini ditawarkan kepada mereka yang bekerja dalam sektor awam atau kerajaan. Pinjaman ini menerapkan konsep Tawarruq dan menawarkan pinjaman sehingga RM400,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun.

Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta

Pembiayaan Peribadi-I Sektor Swasta pula ditawarkan kepada mereka yang bekerja dalam sektor swasta. Pinjaman ini juga menerapkan konsep Tawarruq dan menawarkan pinjaman sehingga RM400,00 dengan tempoh pembayaran balik bermula 5 hingga 10 tahun.

Ciri-Ciri Pinjaman Peribadi Bank Rakyat

Jumlah Pinjaman

Bank Rakyat menawarkan jumlah pembiayaan sehingga RM400,000. Namun, jumlah pinjaman yang anda boleh mohon adalah bergantung dengan kelulusan pihak bank.

Pinjaman 100% patuh Syariah

Pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh Bank Rakyat adalah 100% patuh Syariah Murabahah (dengan menerima pakai amalan Tawarruq).

Tempoh Pembiayaan Fleksibel

Tempoh pembayaran balik pinjaman peribadi Bank Rakyat adalah fleksibel sehingga 10 tahun.

Pinjaman Tanpa Cagaran

Pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh Bank Rakyat adalah pinjaman tidak bercagar. Ini bermaksud, anda tidak perlu mengemukakan sebarang cagaran atau penjamin ketika membuat permohonan pinjaman.

Saluran Pembayaran Yang Fleksibel

Anda boleh membuat pembayaran semula melalui beberapa kaedah seperti melalui pemotongan Biro Angkasa, pemotongan gaji dan pemindahan gaji ke Bank Rakyat.

Kadar Faedah

Kadar faedah yang dikenakan oleh Bank Rakyat terbahagi kepada dua iaitu kadar keuntungan tetap dan kadar terapung. Di bawah ini merupakan kadar faedah atau kadar pembiayaan yang dikenakan oleh pihak bank.

Jadual Bayaran Ansuran Bulanan Pinjaman

Di bawah ini merupakan salah satu daripada contoh jadual bayaran ansuran bulanan pinjaman yang ditawarkan oleh Bank Rakyat. Sila ambil perhatioan bahawa ini hanyalah contoh atau ilustrasi jadual bayaran bulanan pinjaman. Ia mungkin akan berubah mengikut keadaan.

Syarat Kelayakan Memohon Pinjaman Peribadi Bank Rakyat

Untuk mohon pinjaman peribadi bank Rakyat, anda mestilah memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak bank. Syarat kelayakan adalah seperti berikut:

Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur minimum 18 tahun dan maksimum 60 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan
  • Berpendapatan bulanan tetap minimum RM1,600 termasuk elaun tetap
  • Berkhidmat dalam sektor awam & syarikat GLC terpilih
  • Telah berkhidmat minimum tiga (3) bulan

Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur minimum 18 tahun dan maksimum 60 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan
  • Gaji kasar minimum termasuk elaun tetap adalah seperti berikut :
  • Berjawatan tetap RM2,000 dan ke atas
  • Berjawatan kontrak RM8,000 dan ke atas

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Mohon Pinjaman Peribadi Bank Bank Rakyat

Dokumen yang diperlukan untuk mohon pinjaman peribadi Bank Rakyat adalah seperti berikut:

  • Salinan MyKad atau MyKad Mytentera
  • Slip gaji untuk 3 bulan terakhir.
  • Penyata Bank untuk 3 bulan terakhir (pengkreditan gajI)
  • Penyata KWSP
  • Dan sekurang-kurangnya satu daripada berikut:
    • Surat Pengesahan Majikan
    • Borang EA
    • Slip Pengesahan Penerimaan e-B oleh LHDN

Cara Untuk Mohon Pinjaman Peribadi Bank Rakyat

Anda boleh mohon mengemukakan permohonan pinjaman peribadi di mana-mana cawangan Bank Rakyat atau atas talian di laman web rasmi mereka.

Kelebihan dan Kelemahan Pinjaman Peribadi Bank Rakyat

Kelebihan

  • Perlindungan takaful atas pilihan pelanggan
  • Tiada jaminan diperlukan
  • Jumlah pinjaman dan tempoh pembiayaan yang fleksibel

Kelemahan

Kesimpulan

Bank Rakyat menawarkan pinjaman peribadi yang fleksibel dan patuh Syariah kepada pelanggan mereka. Jika anda sedang mencari pinjaman peribadi, Bank Rakyat adalah salah satu pilihan yang perlu anda pertimbangkan.