ASB Loan Bank Islam: Semua Yang Anda Tahu

Bank Islam Malaysia Berhad merupakan salah satu bank yang menyediakan kemudahan pembiayaan ASB-i kepada penduduk Bumiputra Malaysia.

Buat permohonan ASB loan secara ONLINE. Klik di sini sekarang!

Artikel ini akan menerangkan maklumat lanjut tentang pinjaman ASB yang disediakan oleh bank Islam.

ASB Financing-i Bank Islam

ASB Financing-i ini merupakan kemudahan pinjaman pembiayaan ASB yang disediakan oleh bank Islam untuk menggalakkan penduduk Bumiputra menyimpan dan melabur dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Bank Islam menawarkan pinjaman pembiayaan ASB-i bermula RM10,000 hingga RM200,000, dalam tempoh 1 tahun hingga 40 tahun, atau sehingga umur 70 tahun.

Apakah yang boleh anda dapat daripada kemudahan ini?

Contoh pembiayaan ASB-i:

  • Jumlah Amaun Pembiayaan: RM 200,000
  • Tempoh Pembiayaan: 40 years
  • Kadar Keuntungan Siling: 15% p.a.
  • Harga Jualan Bank: RM1,203,096.00
  • Kadar Keuntungan Efektif (SBR ialah 2.25% p.a): SBR + 1.77% = 4.02% setahun
  • Jumlah Amaun Perlu Bayar di akhir tempoh: RM402,417.60

Kadar Faedah Pinjaman Pembiayaan ASB Bank Islam

  • Dengan Takaful : SBR + 1.77% p.a
  • Tanpa Takaful : SBR + 2.02% p.a

Untuk pengetahuan anda, Kadar Asas Standard (KAS) semasa bank Islam adalah 2.75% setahun.

Berapa Banyak Anda Boleh Pinjam Daripada ASB Financing?

ASB Financing-i Bank Islam menawarkan pinjaman ASB serendah RM10,000 hingga RM200,000. Tempoh pembayaran semula pula adalah bermula 1 tahun sehingga 40 tahun, atau sehingga umur 70 tahun pada akhir tempoh pembayaran, yang mana lebih awal.

Anda boleh rujuk jadual pembayaran semula ASB Financing-i.

Bagaimana Cara Bayar Pinjaman Anda dengan ASB Financing-i?

Anda boleh membuat pembayaran pinjaman asb secara auto debit atau secara manual di cawangan Bank Islam yang berdekatan dengan anda.

Yuran dan Caj

  • Duti Setem – Mengikut Akta Duti Setem 1949 (Disemak 1989)
  • Yuran Wakalah – RM50.00 (RM25 setiap ABPA dan ABSA)
  • Caruman Takaful – Mengikut jumlah caruman yang diperlukan oleh pengendali Takaful untuk menampung keseluruhan jumlah pembiayaan tertunggak sekiranya berlaku kematian dan TPD pelanggan
  • Yuran Langganan – RM50.00

Siapakah Yang Layak Mohon Pinjaman ASB Ini?

Pinjaman ASB atau ASB Financing ini terbuka untuk semua penduduk Bumiputra Malaysia yang berumur 18 tahun hingga 40 tahun, ketika membuat permohonan pinjaman ASB ini.

Selain itu, untuk membuat permohonan ASB Financing, anda mestilah mempunyai pendapatan (income) yang jelas dan tidak diisytiharkan muflis.

Kelayakan (pendapat gaji tetap)

  • Individu warganegara Malaysia sahaja
  • 18 tahun ke atas
  • Bukan judgment debtor atau muflis
  • Bekerja di bawah majikan yang diluluskan dan telah berkhidmat untuk:
    • Kakitangan tetap – 6 bulan dan ke atas; ATAU
    • Kakitangan kontrak – Sekurang-kurangnya 2 tahun (kerajaan dan sektor swasta terpilih sahaja) dan baki tempoh kontrak hendaklah tidak kurang daripada 12 bulan
  • Gaji kasar minimum RM2,000 sebulan.

Kelayakan (pendapat gaji tidak tetap)

  • Individu warganegara Malaysia sahaja
  • 18 tahun ke atas
  • Bukan judgment debtor atau muflis
  • Minimum dua tahun dalam perniagaan
  • Perniagaan menguntungkan sejak dua tahun lepas
  • Pengiraan pendapatan adalah berdasarkan purata gaji 6 bulan pada penyata bank atau mana-mana bukti penyata pendapatan lain, tertakluk kepada memenuhi Nisbah Perkhidmatan Hutang (DSR) yang ditetapkan oleh Bank Islam.

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Membuat Permohonan ASB Financing-i

Untuk membuat permohonan pinjaman ASB, anda perlu menyediakan dokumen seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan depan dan belakang
  2. Bukti pendapatan seperti berikut:

Bukti pendapatan untuk penerima gaji tetap:

  • Slip gaji satu bulan terkini, atau
  • Penyata Bank (bank statement) akaun pengkreditan gaji satu bulan terkini (tidak diperlukan jika gaji dikreditkan dengan Bank Islam), atau
  • Penyata Pendapatan Tahunan Terkini (Borang EA/ EC/ BE/ e-BE/ B), atau
  • Penyata KWSP terkini, atau
  • Surat Pekerjaan Terkini/ HRMIS (dengan butiran pendapatan)

Bukti pendapatan untuk penerima gaji tidak tetap:

  • Penyata akaun (bank statement) semasa enam bulan terkini, atau
  • Borang cukai pendapatan terkini (Borang BE/ e-BE/ J) dengan resit pembayaran, atau
  • Penyata kewangan dua tahun lepas

Cara Buat Permohonan Pinjaman Pembiayaan ASB-i

Anda boleh membuat permohonan pinjaman ASB ini di cawangan bank Islam yang berdekatan dengan anda. Sila bawa semua dokumen yang diperlukan ketika anda membuat permohonan untuk memudahkan urusan anda.

Kesimpulan

ASB Financing-i ialah kemudahan pinjaman pembiayaan ASB patuh Syariah yang ditawarkan oleh Bank Islam Malaysia Berhad untuk menggalakkan orang ramai untuk menyimpan dan melabur dalam ASB. Oleh itu, jika anda berminat untuk membuat pinjaman pembiayaan ASB, anda boleh membuat permohonan di cawangan Bank Islam yang berdekatan dengan anda.