ASB Loan Ambank: Semua Yang Perlu Anda Tahu

AmBank merupakan salah satu ejen ASB yang menawarkan ASB Financing atau pinjaman pembiayaan ASB kepada penduduk Bumiputra Malaysia.

Buat permohonan ASB loan secara ONLINE. Klik di sini sekarang!

Artikel ini akan menerangkan tentang kemudahan ASB Financing yang disediakan oleh AmBank.

FINANCING-i secured by ASB / ASB2 certificate

AmBank Term Loan ASB / ASB2 atau Term FINANCING-i secured by ASB / ASB2 certificate merupakan kemudahan pinjaman pembiayaan ASB. Anda boleh memohon pinjaman bermula daripada RM10,000 sehingga RM200,000, dengan tempoh pembayaran semula antara 5 tahun hingga 40 tahun, atau sehingga anda mencapai 70 tahun.

Term Financing-I secured by ASB/ASB2 ini dijalankan berdasarkan hukum Syariah. Konsep Syariah yang diguna pakai adalah Tawarruq dengan konsep Syariah Murabahah, Wakalah dan Wa`d.

Apakah yang boleh anda dapat daripada kemudahan ini?

  • Jumlah Pembiayaan (Financing amount): Minimum RM10,000 & Maximum RM200,000
  • Tempoh Pembiayaan: Minimum 5 tahun & Maksimum 40 tahun atau umur 70 pada tamat tempoh pembiayaan; yang mana lebih awal
  • Margin Pembiayaan: Sehingga 100% + 5% daripada pembiayaan RTT
  • Kadar Keuntungan: Serendah Kadar Asas Standard + 1.65% setahun

Kadar Faedah Pinjaman Pembiayaan ASB

Kadar faedah tahunan yang dikenakan oleh ASN loan AmBank adalah seperti berikut:

  • Kadar Asas (KA) + 0.90% p.a (setahun).

Kadar Asas (KA) atau Base Rate (BR) semasa untuk AmBank (M) Berhad ialah 2.60%.

Berapa Banyak Anda Boleh Pinjam Daripada ASB Financing?

AmBank memberikan anda peluang untuk membuat pinjaman bermula daripada RM10,000 sehingga RM200,000, dengan bayaran bulanan serendah RM56.00 sahaja

Tempoh pinjaman pula adalah bermula daripada 5 tahun sehingga 40 tahun atau pada umur 70 pada tamat tempoh biayaan.

Anda boleh rujuk jadual pembayaran bulanan untuk Term Financing-i secured by ASB Certificate

Bagaimana Cara Bayar Pinjaman Anda dengan ASB Financing?

Anda boleh membuat pembayaran pinjaman secara auto debit atau pembayaran secara manual di cawangan bank AmBank yang berdekatan.

Perlindungan Takaful

Perlindungan takaful ini akan melindungi kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal. Biasanya, pihak bank akan memberikan anda sebut harga takaful yang ditawarkan oleh panel pengendali takaful Bank sendiri. Walau bagaimanapun, anda boleh memilih untuk tidak melanggan mana-mana takaful yang ditawarkan.

Caj Lain Yang Perlu Anda Bayar

Untuk membuat permohonan pinjaman loan AmBank, anda akan dikenakan caj seperti berikut:

  • Duti Setem – RM10.00 mengikut Akta Setem 1949 (Semakan 1989)
  • Yuran Lien ke atas Sijil ASB atau ASB2 Dibayar kepada ASNB – RM50.00 setiap sijil

Caj Lewat Bayar

Anda akan dikenakan denda 1% setahun daripada jumlah tertunggak. AmBank juga berhak untuk menjual Sijil ASB serta mengambil tindakan undang-undang jika anda gagal membuat bayaran ansuran selama dua bulan berturut-turut.

Siapakah Yang Layak Mohon Pinjaman Pembiayaan ASB Ini?

ASB Financing ini terbuka kepada semua penduduk Bumiputra Malaysia yang berumur 18 tahun sehingga 65 tahun (pada saat permohonan dilakukan) yang mempunyai sumber pendapatan atau kewangan yang kukuh.

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Membuat Permohonan Pinjaman ASB Financing

Untuk membuat permohonan pinjaman ASB dengan bank AmBank, anda perlu menyediakan dokumen seperti berikut:

  1. Application form – Anda boleh dapatkan borang permohonan di cawangan bank AmBank yang berdekatan.
  2. Salinan kad pengenalan
  3. Salinan statement (penyata) gaji/penyata bank 3 bulan terkini (untuk pendapatan gaji) atau statement pendapatan 6 bulan (untuk pendapatan bukan gaji)
  4. Statement mini ASB/ASB2

Cara Buat Permohonan Pinjaman ASB AmBank

Anda boleh membuat permohonan pinjaman ASB AmBank di cawangan bank AmBank yang berdekatan. Sila sediakan semua dokumen yang diperlukan ketika anda membuat permohonan pinjaman ASB untuk memudahkan urusan.

Kesimpulan

Pinjaman ASB memberikan peluang kepada anda untuk menyimpan dan melabur untuk masa hadapan dengan Amanah Saham Bumiputera (ASB). Pinjaman ASB ini juga memerlukan komiten anda kerana anda perlu membuat bayaran bulanan sehingga tamat tempoh pinjaman anda.

Oleh itu, adalah lebah baik jika anda menyemak terlebih dahulu status kewangan dan income anda agar anda tidak terbeban dengan bayaran bulanan yang akan dikenakan.