Pinjaman peribadi adalah bentuk pinjaman yang diberikan kepada individu oleh institusi kewangan seperti bank, koperasi, atau institusi kredit lainnya. Peminjam biasanya boleh menggunakan wang pinjaman untuk pelbagai tujuan seperti pembelian peralatan, penyelesaian hutang, keperluan pendidikan, perbelanjaan peribadi, atau keperluan mendesak yang lain.
Salah satu bank yang menawarkan kemudahan pinjaman peribadi adalah Agrobank. Bank ini tidak hanya menawarkan perkhidmatan kewangan kepada petani, penternak, dan usahawan pertanian, tetapi juga menyediakan pelbagai produk perbankan, termasuk pinjaman peribadi.
Dalam artikel ini, saya akan terangkan apa itu pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh Agrobank dan bagaimana untuk memohon.
Pinjaman Peribadi Yang Ditawarkan Oleh Agro Bank
Kemudahan pembiayaan peribadi yang ditawarkan oleh Agrobank adalah AgroCash-i. AgroCash-i adalah kemudahan bagi menyediakan pembiayaan peribadi kepada Pelanggan yang berkaitan dengan aktiviti pertanian dan asas tani.
Ciri-Ciri dan Kelebihan Agrocash-i
Tujuan Pinjaman Peribadi
Pinjaman Peribadi oleh Agro Bank bertujuan untuk menyediakan pembiayaan tambahan kepada individu yang terlibat dalam sektor pertanian. Ia boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, termasuk pembelian peralatan pertanian, modal kerja, pendidikan, atau keperluan peribadi lain.
Kelayakan Peminjam
Agro Bank memberi tumpuan kepada mereka yang terlibat dalam sektor pertanian tetapi pinjaman peribadi ini juga terbuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan. Peminjam perlu mempunyai pendapatan tetap, rekod kredit yang baik, dan boleh memberikan jaminan atau penjamin jika diperlukan.
Tempoh Pembiayaan Sehingga 10 Tahun
Agrobank menawarkan fleksibiliti dalam tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun. Peminjam boleh memilih tempoh bayaran yang sesuai dengan kemampuan kewangan mereka. Tempoh bayaran yang panjang mungkin memerlukan pembayaran ansuran bulanan yang lebih rendah, manakala tempoh yang pendek mungkin melibatkan ansuran yang lebih tinggi. Namun, tempoh pembiayaan dan jumlah kelulusan pinjaman adalah tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa iaitu Agrobank. Ia mungkin boleh 2 tahun, 3 tahun atau 10 tahun.
Jumlah Pinjaman
Agrobank menawarkan jumlah pinjaman sehingga RM250,000. Ini bermakna anda boleh memohon pinjaman bermula dari RM5,000 sehingga RM250,000
Kadar Keuntungan (Kadar Kadar Faedah)
Kadar faedah atau kadar keuntungan adalah salah satu faktor penting yang perlu dipertimbangkan semasa memilih pinjaman peribadi anda. Agrobank menawarkan kadar faedah yang setara dengan bank yang lain di Malaysia.
Berikut merupakan kadar keuntungan yang dikenakan oleh pihak Agro bank.
Syarat Kelayakan Permohonan
Syarat kelayakan pagi mohon pinjaman peribadi ini adalah seperti di bawah:
Kakitangan Kerajaan
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun dan ke atas dan tidak melebihi 60 tahun ketika tamat tempoh pembiayaan atau tempoh persaraan; yang mana lebih dahulu
- Berjawatan tetap dan telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama 6 bulan (telah disahkan jawatan atau dalam tempoh percubaan)
- Pendapatan kasar bulanan (termasuk elaun tetap) melebihi RM1,000
- Bayaran pembiayaan melalui BIRO Perkhidmatan Angkasa (BPA)
Kakitangan Government Link Company (GLC)
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun ke atas dan tidak melebihi 60 tahun pada tamat tempoh pembiayaan atau tempoh persaraan; yang mana lebih dahulu
- Kakitangan berjawatan tetap dan telah disahkan dalam jawatan serta berkhidmat sekurang-kurangnya setahun
- Pendapatan kasar bulanan (termasuk elaun tetap) melebihi RM2,000
- Bayaran pembiayaan melalui BIRO Perkhidmatan Angkasa (BPA)
Dokumen Yang Diperlukan
Berikut merupakan dokumen yang diperlukan untuk mohon pinjaman ini.
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan gaji asal sekurang-kurangnya 3 bulan terkini
- Surat pengesahan majikan
- Penyata bank 2 bulan terkini
- Boran pilihan persaraan (jika berkaitan)
Cara Bayaran Balik Pinjaman Agrobank
Cara bayar pinjaman ini adalah melalui bayaran pembiayaan melalui BIRO Perkhidmatan Angkasa dan pemotongan gaji.
Caj Yang Dikenakan
Bagi pinjaman peribadi Agrocash-i anda perlu membayar duti setem, pendahuluan ansuran dan fi broker.
Cara Mohon Agrocash-i
Anda boleh mohon pinjaman ini di cawangan Agrobank yang berdekatan.
Kelebihan Dan Kelemahan Pinjaman Peribadi Agrobank
Kelebihan
- Tempoh pembiayaan 10 tahun
- Kelulusan pantas
- Jumlah dan tempoh pembiayaan fleksibel
Kelemahan
- Tiada permohonan atas talian
Kesimpulan
Walaupun pinjaman peribadi Agrobank memberikan manfaat yang baik kepada mereka yang terlibat dalam bidang pertanian dan asas tani namun, mereka yang tidak terlibat dalam bidang tersebut juga boleh memohon pinjaman ini.
Oleh itu, jika anda berminat untuk membuat permohonan pinjaman dengan Agrobank, anda boleh mengemukakan permohonan di cawangan Agrobank yang berdekatan dengan anda.