Cara Buat Resume Kerja Simple: Untuk Lepasan SPM dan Graduan Universiti (2022)

Adakah anda seorang fresh graduate yang sedang mencari kerja? atau adakah anda sudah mempunyai kerja part time tetapi ingin mencari kerja yang lebih baik tetapi tidak tahu cara buat resume kerja yang baik?

Jangan risau, anda berada di tempat yang betul!

Dalam artikel ini, saya akan terangkan bagaimana cara membuat resume yang bagus supaya anda boleh mendapatkan pekerjaan idaman anda. Saya juga akan memberikan contoh resume yang terbaik sebagai rujukan anda.

Sila baca artikel ini hingga selesai supaya anda memahami cara buat resume dengan sempurna.

Apa Itu Resume?

Resume merupakan satu kenyataan keterangan ringkas tentang maklumat diri, latar belakang pendidikan dan pengalaman kerja seseorang. Resume ini dibuat biasanya untuk permohonan sesuatu pekerjaan.

Biasanya, resume ini akan menjadi rujukan majikan atau pihak tertentu untuk mengenali diri seseorang serta menganalisis sama ada individu tersebut memenuhi syarat pengambilan pekerja dalam syarikat mereka atau tidak.

Oleh itu, anda perlu membuat resume dengan betul dan menarik kerana ia merupakan penentuan sama ada anda dipanggil untuk ditemu duga ataupun tidak.

Contoh Kesalahan Buat Resume Kerja

Terdapat beberapa kesalahan ketika membuat resume yang sering terjadi di kalangan mereka yang mencari pekerjaan, antaranya adalah:

1. Font Resume

Perkara ini nampak kecil tetapi penggunaan font yang tidak sesuai ketika membuat resume membuatkan salah satu punca resume kelihatan tidak menarik minat majikan.

Selain itu, kesalahan penggunaan size font juga sering terjadi seperti size font yang terlalu besar atau terlalu kecil sehingga susah untuk dibaca.

Sebaik-baiknya sila gunakan Font yang kelihatan profesional seperti , Helvetica, Arial, Sans Serif fonts ataupun Tahoma. Untuk size Font pula, saya rekomen anda menggunakan size diantara 10 atau 12 point.

2. Info Berlebihan

Resume dan biodata merupakan dua perkara yang berbeza. Resume merupakan ringkasan tentang diri seseorang seperti latar belakang akademik dan pengalaman bekerja. Biodata pula lebih kepada tentang diri seseorang yang lebih bersifat peribadi.

Kesalahan ini juga sering terjadi, dimana ada beberapa individu yang sering memasukkan perkara yang tidak perlu dimasukkan ke dalam resume mereka seperti nombor kad pengenalan dan nama ibu bapa sehingga membuatkan resume mereka kelihatan hambar.

3. Resume Terlalu Panjang

Kesalahan ini juga sering terjadi. Ada di antara individu yang menulis resume mereke berjela jela sehingga 5 lembar. Resume yang terlalu panjang akan membuatkan majikan atau penemu duga tidak berminat untuk membaca resume anda.

Sila pastikan resume anda tidak melebihi dua muka surat. Reka bentuk resume bersaiz A4 dan kemas,ringkas dan tidak mempunyai banyak warna. Letakkan fokus terhadap pengalaman kerja dan kemahiran anda. Resume sepatutnya dibuat dengan ringkas dan padat.

Punca Resume Ditolak

Jika anda sering gagal mendapat panggilan telefon untuk ditemu duga, maka anda perlu mula menyemak semula resume yang telah anda buat adakah anda sudah melakukannya dengan baik atau tidak.

Terdapat beberapa contoh kenapa resume anda ditolak, antaranya adalah:

  • Resume tidak mempunyai cover letter.
  • Banyak kesalahan tatabahasa dan ejaan atau typo.
  • Anda tidak menyertakan pengalaman dan kemahiran anda dengan baik.
  • Resume terlalu panjang.
  • Alamat email yang kebudak-budakan seperti babysayang@gmail.com.
  • Mencampurkan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Resume sepatutnya ditulis dalam satu bahasa sahaja.

Jika anda melakukan kesalahan di atas, makan anda perlu semak dan edit semula resume yang telah anda buat.

Tips Atau Cara Buat Resume Kerja Yang Berpotensi Menarik Perhatian Bakal Majikan Anda

1. Tiada Kesalahan Tatabahasa dan Ejaan.

Sila semak resume anda dengan teliti sebelum menghantarnya. Pastikan tiada kesalahan ejaan atau tatabahasa. Jika anda tidak yakin, anda boleh minta orang lain membacanya juga. Kesilapan tatabahasa dan ejaan pada resume boleh memberi kesan negatif kepada majikan. Malah ia boleh menghalang anda daripada mendapat pekerjaan tersebut.

3. Sertakan Cover Letter

Ketika anda ingin menghantar resume ke sebuah syarikat, sila sertakan sekali dengan cover letter anda. Cover letter ini memberi peluang kepada anda untuk menceritakan tentang diri anda dengan lebih terperinci. Perkara ini penting untuk membina hubungan dan menarik minat majikan untuk memilih anda sebagai pekerja mereka.

4. Senaraikan Pencapaian, Skill dan Latar Belakang Akademik Anda

Bahagian ini merupakan bahagian yang paling penting di dalam resume. Sila letakkan pencapaian atau pengalaman kerja, skill dan latar akademik anda dengan jelas dan mudah dipahami. Ada baiknya jika anda meletakkan point yang berkaitan dengan jawatan yang anda mohon supaya majikan akan lebih yakin untuk mengambil anda sebagai pekerja mereka.

Bagi fresh graduate pula, anda mungkin tidak mempunyai pengalaman bekerja yang banyak. Oleh itu, anda perlu memberikan fokus kepada skill dan latar belakang akademik anda. Anda juga mungkin boleh menyertkan sijil pencapaian yang anda perolehi untuk menarik minat majikan.

6. Jangan Sertakan Alasan Untuk Meninggalkan Pekerjaan Sebelumnya

Tujuan utama resume dibuat adalah untuk mempromosikan diri anda, kemahiran, pengalaman dan pencapaian anda. Resume sepatutnya bersifat positif sepenuhnya. Oleh itu, anda tidak harus memasukkan sebab kenapa anda meninggalkan pekerjaan anda sebelum ini kerana ia tidak menambah apa-apa nilai kepada anda sebagai calon.

7. Cari Contoh Resume Terbaik Sebagai Rujukan Anda

Selain berinisiatif sendiri, anda juga boleh mencari beberapa contoh resume terbaik yang ada di internet. Hari ini, terdapat beribu-ribu contoh resume terbaik yang ada untuk menjadi rujukan anda.

Contoh Resume Kerja

Saya juga sediakan contoh cara buat resume kerja terbaik sebagai rujukan anda.

Di bawah ini merupakan contoh resume terbaik untuk permohonan kerja yang ditulis dalam bentuk formal dan kreatif. Kedua-dua format resume ini boleh digunakan untuk permohonan kerja. Jika perhatikan, resume di bawah ini hanya mempunyai satu page sahaja. Perkara ini memudahkan kerja majikan untuk scan resume anda.

Saya juga sertakan contoh cover letter terbaik dan menarik sebagai rujukan anda. Anda boleh menulis resume dan cover letter anda dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Tetapi adalah lebih baik untuk anda menulis resume dalam Bahasa Inggris untuk menambahkan lagi nilai permohonan anda.

Kesimpulan

Resume merupakan perkara yang sangat penting untuk mendapatkan pekerjaan idaman anda. Resume yang dibuat ala kadar akan membuatkan peluang anda untuk mendapatkan jawatan tersebut sangat rendah. Oleh itu, ketika membuat resume anda sendiri, sila pastikan anda membuatnya dengan teliti tanpa ada kesalahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.