15 Kerja Part Time Online Yang Boleh Dibuat Dari Rumah (2024)

Harga ayam dah naik, harga paket minyak masak dah naik. Kos hidup semakin meningkat. Gaji pula tak naik-naik (Kecuali lah anda nak jadi GrabFood rider. Itu cerita lain).

Peningkatan kos hidup menyebabkan semakin ramai orang mencari kerja part time di rumah yang boleh buat duit dan boleh dilakukan secara santai dan online tanpa perlu keluar dari rumah.

Kerja Sambilan Yang Boleh Dipercayai: Mitos Atau Realiti?

Kerja dari rumah selalunya dikaitkan dengan skim penipuan atau skim cepat kaya. Persoalannya di sini, adakah semua kerja sambilan itu scam? Atau masih adakah kerja kosong part time di rumah yang tulen?

Dalam artikel ini, saya akan memberikan panduan tentang kerja part time di luar sana yang boleh dipercayai.

Kerja Part Time Yang Boleh Dilakukan Dari Rumah Yang Dipercayai

Sebenarnya, ada banyak kerja part time yang boleh anda lakukan dari rumah, contohnya seperti menjual insurans atau mempromosikan pakej asb loan. Dalam artikel ini, saya akan kongsikan 15 kerja part time yang boleh lakukan dari rumah untuk rakyat Malaysia. Di akhir artikel ini, anda akan mendapat idea apa sebenarnya kerja part time yang sesuai dengan anda.

#1 Trade Forex

Anda boleh berdagang forex atau pertukaran matawang dengan hanya menggunakan laptop atau telefon bimbit dan talian Internet yang aktif.

Forex trading merupakan aktiviti atau kerja part time yang paling digemari oleh penduduk Malaysia sebab jika anda sudah mahir membaca pergerakan matawang sedunia, anda berpotensi untuk menjana pendapatan harian yang lumayan.

2# Menjawab Soal Selidik

Menjawab soal selidik secara atas talian merupakan salah satu kerja separuh masa yang anda boleh lakukan dari rumah. Kerja ini sangat mudah, ia juga tidak memerlukan kemahiran yang khusus. Anda hanya perlu menjawab soalan yang diberikan dan mendapat bayaran.

Sebelum ini, kita hanya boleh mendapatkan kerja sambilan menjawab soal selidik dengan pergi ke premis tertentu yang menawarkan pekerjaan tersebut. Sedikit sebanyak ia memerlukan tenaga dan modal kita seperti tambang bas dan kos membeli makanan.

Hari ini, kita boleh melakukan kerja ini tanpa modal. Kita tidak perlu lagi bersusah payah untuk keluar dari rumah untuk mendapatkan pekerjaan ini.

Terdapat banyak syarikat yang menawarkan kerja separuh masa di untuk menjawab soal selidik di google dengan bayaran yang agak lumayan. Di bawah ini merupakan beberapa laman sesawang syarikat yang menawarkan kerja part time menjawab soal selidik.

ySense

ySense merupakan sebuah laman web yang beroperasi di Amerika Syarikat yang menawarkan kerja sambil menjawab soal selidik. Untuk mula menjana pendapatan dengan ySense, anda hanya perlu mendaftar dengan mereka melalui laman web rasmi ySense kemudian menjawab soal selidik yang diberikan.

ySense membayar $0.1 (sekitar RM0.44) hingga $5 (sekitar RM22.13) untuk setiap soalan yang berjaya dijawab sehingga selesai. ySense biasanya akan membayar upah anda melalui Paypal, Payoneer, Skrill dan gift-card.

Toluna Influencers

Toluna Influencers merupakan sebuah laman web yang menawarkan tinjauan berbayar. Anda boleh menjawab soal selidik yang ada di laman web meraka kurang daripada 10 minit atau lebih lama. Makin lama masa anda ambil untuk menjawab soalan, maka bayaran yang anda terima akan lebih tinggi.

Di Toluna Influencers, anda akan mendapat point setiap kali menjawab soal selidik. Kemudian, anda boleh menukarkan poin ini ke dalam bentuk gift catd atau wang tunai.

Anda boleh membuat pengeluaran melalui PayPal atau gift card. Jika anda berminat untuk menjana pendapatan dengan Toluna Influencers, maka ada baiknya anda membuka akaun PayPal supaya proses pembayaran lebih mudah.

YouGov

YouGov merupakan sebuah kumpulan teknologi data penyelidikan dan analitik dalam talian antarabangsa yang berpusat di Amerka Syarikat.

Untuk mula menjana pendapatan dengan YouGov, anda perlu mendaftar dengan mereka terlebih dahulu. YouGov akan menghantar email kepada anda setiap kali ada soal selidik yang perlu anda jawab. Soal selidik tersebut biasanya hanya mengambil masa kira-kira lima hingga tujuh minit. Tetapi, ada juga soal selidik yang panjang dan mengambil masa sehingga 20 minit untuk menyelesaikannya.

Biasanya, anda boleh mendapat sehingga 400 point untuk setiap soal selidik yang anda jawab.

Anda pula akan diberikan ganjaran point setiap kali menjawab soal selidik yang diberikan oleh YouGov. Kemudian, point tersebut boleh ditukarkan ke dalam bentuk wang tunai atau ganjaran seperti AirAsia Bing Points, Gift Card, Mobile credit dan sumbangan amal.s

Di YouGov, anda hanya boleh menukarkan point ke dalam bentuk wang tunai dengan menggunakan PayPal.

Secara jujurnya, kerja part time menjawab soal selidik ini sangat mudah. Ia merupakan kerja yang anda boleh lakukan dari rumah. Anda bahkan boleh melakukanya ketika sedang berbaring di tilam empuk bilik anda, ketika menonton filem kegemaran anda dan ketika bersantai di halaman rumah anda.

Namun, anda harus berhati-hati untuk memilih penyedia pekerjaan ini kerana ada juga beberapa syarikat atau laman sesawang yang tidak akan membayar upah anda. Oleh itu, sebelum mendaftar anda perlu selidik latar belakang syarikat atau laman sesawang tersebut sama ada boleh dipercayai atau tidak.

#3 Menaip (Typist)

Jika anda mempunyai kemahiran menaip dengan sangat bagus, kenapa tidak menggunakan kemahiran tersebut untuk menjana pendapatan?

Betul, anda boleh menjana pendapatan dengan kemahiran menaip anda. Yang penting anda ada laptop dan talian internet. Terdapat beberapa peluang yang anda boleh cuba antaranya adalah, data entry, transkripsi, menukarkan audio ke bentuk skrip dan banyak lagi.

Berikut merupakan tiga contoh syarikat yang menyediakan pekerjaan ini.

TranscribeMe

TranscribeMe adalah sebuah laman web yang membayar anda kerana melalukan kerja menaip dari rumah. Biasanya, anda tidak akan diminta untuk menyalin keseluruhan file kerana ia akan dibahagikan kepada beberapa bahagian kecil dan akan dibahagikan kepada ahli yang lain.

TranscribeMe tidak membayar anda mengikut berapa kerja yang telah anda siapkan, tetapi mereka membayar anda mengikut setiap jam audio. Anda akan dibayar terus ke dalam akaun TranscribeMe anda.

Untuk bayarannya pula, anda akan menerima bayaran bermula daripada 15 USD sehingga 20 USD untuk setiap satu jam audio. Sesetengah orang mengatakan bahawa mereka boleh memperoleh sehingga 2200 USD sebulan dengan TranscribeMe atau 250 USD untuk beberapa jam bekerja dalam sebulan. Anda boleh mengeluarkan pendapatan anda melalui PayPal.

Indeed.com

Anda boleh mencari kerja part time di website rasmi indeed.com sebagai Typist. Salah satu kerja dari rumah yang boleh lakukan adalah data entry.

Tugas anda sebagai data entry sangat mudah. Contohnya, syarikat anda akan memberikan fail yang merangkumi pelbagai maklumat kepada anda. Kemudian, anda perlu memasukkan datang tersebut ke dalam databases atas talian dengan tetap seperti yang diberikan.

Dengan kerja ini, anda berpotensi untuk menjana pendapatan bermula daripada 10 USD untuk setiap satu jam.

Fiverr

Jika anda tidak berminat dengan proses permohonan kerja seperti menerima panggilan temuduga, mengisi borang permohonan atau menghantar resume. Jangan risau, kerana terdapat banyak pilihan kerja sambilan di rumah yang sesuai untuk anda.

Fiverr merupakan laman web yang terkenal di kalangan pemilik perniagaan, organisasi atau individu untuk mencari “pekerja sambilan” untuk mereka.

Anda boleh menggunakan laman web Fiverr ini untuk menawarkan perkhidmatan menaip anda. Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu mendaftar sebagai Seller di Fiverr. Anda boleh mengenakan bayaran sehingga 30 USD (132.84) untuk setiap kerja yang anda lakukan.

4# Mereka bentuk (design) logo untuk syarikat dan badan NGO

Bagi anda yang mempunyai kemahiran menggunakan software reka bentuk atau design dengan baik, ia akan menjadi satu kelebihan bagi anda kerana anda buat kerja tersebut tanpa perlu belajar.

Bagi anda yang tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang design, anda mungkin boleh belajar tentang design dahulu sebelum terjun ke dunia ini. Anda sekurang-kurangnya perlu tahu cara untuk menggunakan Photoshop, Illustrator dan InDesign.

Anda boleh buat kerja part time sebagai designer kepada syarikat, badan NGO atau individu yang memerlukan perkhidmatan ini. Selain itu, boleh menawarkan perkhidmatan design ini di laman web Fiverr.

Pendapatan sebagai seorang designer sangat lumayan walaupun hanya bekerja secara part time atau freelancer. Menurut laman web 99design.com, bayaran untuk setiap design adalah bermula daripada 10 USD atau sekitar RM44.28 sehingga 2500 USD sekitar RM11070. Dengan bebekalkan kemahiran design yang bagus, anda mampu menjana pendapatan sehingga 5 angka sebulan.

Sumber: https://99designs.com/blog/logo-branding/logo-design-cost/

5# Menulis Artikel

Kerja sebagai penulis bukanlah satu kerja yang asing di kalangan penduduk Malaysia. Ini terbukti daripada ribuan iklan pencarian pekerja sebegai penulis daripada syarikat-syarikat di Malaysia bahkan luar negara yang ada,

Sekiranya anda ada kemahiran dan pengalaman menulis yang baik, apa kata anda menggunakan kelebihan tersebut untuk menjana pendapatan sebagai penulis separuh masa.

Banyak syarikat di luar sana yang menawarkan kerja sambilan sebagai penulis. Kami juga menggunakan perkhidmatan penulis separuh masa. Jika anda berminat, anda boleh menghubungi kami.

Anda juga boleh menggunakan laman web pencarian kerja seperti jobstreet, Linkedin dan Maukerja untuk mencari syarikat yang menawarak pekerjaan ini.

Bayaran bagi penulis sambilan adalah berbeza-beza. Jika anda menulis dengan kami, kami akan membayar sekurang-kurangnya RM100 untuk setiap 1000 patah perkataan.

Seperti Typist dan Designer, anda boleh mendaftar dengan Fiverr kemudian iklankan perkhidmatan anda di website rasmi mereka. Pendaftaran adalah percuma sahaja.

6# Membina Website

Bagi anda yang mempunyai pengetahuan dalam bidang pembinaan website, anda boleh melakukan kerja separuh masa sebagai web developer atau yang dikenal sebagai freelance web developer.

Anda boleh menawarkan perkhidmatan seperti ini kepada badan kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) atau syarikat-syarikat yang memerlukan website. Selain itu, anda boleh juga mendaftar di laman web seperti upwork dan Fiverr untuk promosikan diri anda sebagai web developer.

Sebagai seorang freelance web developer, anda boleh mengenakan bayaran sehingga 100 USD (sekitar RM 442.40) per jam. Katakan anda mengambil masa dua jam bekerja setiap hari, lima hari seminggu. Dalam satu minggu, anda sudah menjana pendapatan sebanyak RM4424!

7# Menterjemah Teks Atau Artikel (Translator)

Jika anda tahu bertutur, menulis dan membaca lebih daripada satu bahasa, ia juga membuka peluang kepada anda untuk bekerja dari rumah secara part time. Anda boleh bekerja sebagai penerjemah teks atau artikel, penerjemah audio dan sebagainya.

Ramai syarikat besar yang memerlukan penerjemah sambilan seperti broker forex, syarikat pelancongan, hospital, firma guaman dan banyak lagi. Dalam masa yang sama, boleh menggunakan perkhidmatan Fiverr dan upwork untuk mendapatkan pelanggan.

Biasanya, bayaran dikira melalui dua kaedah iaitu per jam atau mengikut jumlah perkataan. Namun, rata-rata penerjemah atas talian mampu menjana pendapatan lebih daripada RM1000 ke atas. Lebih banyak kerja yang dilakukan makan pendapatan pun akan lebih banyak.

8# Membaca dan Merakam Teks ke Video (Video Voice Over)

Lakonan suara atau voice over untuk mewakili watak atau mempromosikan produk adalah pekerjaan yang jarang dipertimbangkan oleh kebanyakan orang. Tetapi pada hakikatnya, ia merupakan satu pekerjaan yang sangat penting dan juga menyeronokkan.

Bagi anda yang suka bekerja dari rumah atau mencari sumber pendapatan lain secara atas talian, maka voice over adalah antara kerja sambilan yang harus anda pertimbangkan.

Kerja sambilan voice over ini memerlukan anda menyediakan set rakaman anda sendiri seperti mikrofon, headset, kamera dan juga laptop. Ia mungkin memerlukan anda untuk mengeluar modal terlebih dahulu.

Di Malaysia, bayaran untuk kerja voice over secara kerja sambilan boleh memcecah sehingga RM1000 ke atas, bahkan ada yang sampai puluhan ribu. Menurut salaryexpert.com, pendapatan untuk kerja voice over bakal meningkat 20% pada tahun 2027.

Sumber: salaryexpert.com

Anda boleh mencari kerja kosong sebagai voice over melalui website pencarian kerja seperti jobstreet, grabjobs.co dan Linkedin. Pada masa yang sama, anda juga boleh mendaftar di website seperti Fiverr, voices.com, Voiceguide dan upwork untuk menawarkan kerja dan perkhidmatan yang anda sediakan.

9# Menaip Info Ke Template Resume (Buat Resume)

Menaip info ke template resume atau servis buat resume mungkin kedengaran seperti satu kerja yang tidak penting. Tetapi pekerjaan ini merupakan salah satu kerja yang anda boleh lakukan untuk buat duit sampingan secara santai dari rumah.

Permintaan buat resume ini biasanya daripada kalangan penduduk Malaysia yang ingin mencari kerja tetapi tidak tahu cara buat resume atau malas menaip. Jadi disinilah perkhidmatan anda diperlukan.

Anda boleh menawarkan perkhidmatan buat resume ini melalui Facebook, Instagram, blog dan aplikasi online shopping seperti Shopee.

Berdasarkan tinjauan yang saya lakukan, harga bagi perkhidmatan buat resume dan cover letter di Shopee mampu mencecah sehingga RM800. Tetapi ada juga dikalangan seller yang mengenakan bayaran di bawah RM10.

10# Menjawab Pertanyaan Prospek Melalui Whatsapp Atau Online Shopping Store

Kebanyakan kerja sebagai sokongan perkhidmatan pelanggan boleh dilakukan dari rumah sahaja dengan menggunakan internet untuk menyambung ke alat komunikasi seperti telefon pintar atau laptop. Perkhidmatan pelanggan berfungsi sebagai titik hubungan pertama untuk pelanggan. Mereka memberikan maklumat atau menjawab soalan tentang produk atau perkhidmatan dan mengendalikan serta menyelesaikan aduan untuk memberikan pengalaman perkhidmatan pelanggan yang positif.

Hari ini, ejen perkhidmatan pelanggan dalam talian mendapat permintaan yang tinggi daripada pemilik perniagaan luar yang berasal dari luar negara dan mempunyai cabang di Malaysia. Mereka biasanya akan mengupah ejen perkhidmatan pelanggan yang boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Cina.

Ejen perkhidmatan pelanggan ini biasanya bekerja melalui whatsapp, syarikat App seperti syarikat ini dan Shopee, live chat website, email dan sebagainya.

Di Malaysia gaji sebagai ejen perkhidmatan pelanggan atas talian secara sambilan adalah bermula daripada RM20 sejam. Namun, ada juga beberapa pemilik perniagaan yang sanggup membayar upah yang lebih tinggi.

11# Penyenaraian Produk

Penyenarai produk atau product listing biasanya bekerja untuk syarikat e-dagang untuk membuat penyenaraian untuk produk yang dijual secara atas talian. Sebagai penyenarai produk, tugas anda mungkin melibatkan menulis penerangan produk, mengedit gambar dan memuat naik produk tersebut ke dalam platform e-dagang seperti Shopee dan Lazada.

Anda boleh mendapatkan kerja sebagai penyenarai produk sambilan melalui platform pencarian kerja kosong seperti Jobstreet, Linkedin dan maukerja.my. Selain itu, anda boleh mendapatkan kerja kosong seperti ini melalui media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter.

Pada masa yang sama, boleh mengiklankan perkhidmatan anda sebagai penyenarai produk di laman web seperti Fiverr dan upwork.

Sebagai seorang penyenarai produk sambilan, anda boleh menjana pendapatan sehingga RM600 untuk setiap projek bergantung kepada jumlah produk dan jam kerja anda.

12# Menulis Cover letter Untuk Resume

Resume dan cover letter merupakan dua benda yang berbeza. Resume merupakan ringkasan daripada latar belakang pendidikan, pengalaman pekerjaan, dan kemahiran anda. Manakala, cover letter atau surat permohonan kerja pula merupakan surat untuk anda mempromosikan diri anda kepada syarikat. Kandungan cover letter ini biasanya penjelasan tentang kualiti dan kelayakan anda sebagai pemohon untuk jawatan yang anda inginkan.

Di negara kita sendiri, servis seperti ini mempunyai permintaan yang sangat tinggi. Jika anda mempunyai kemahiran menulis dengan baik, anda mungkin boleh menawarkan servis buat cover letter kepada orang ramai.

Anda boleh menggunakan social media atau platform e-dagang seperti Shopee untuk menjual servis anda. Mengikut penyelidikan saya, bayaran perkhidmatan untuk buat cover letter adalah bermula daripada RM7 dan ke atas.

13# Bisnes Bakeri (Bisnes Makanan)

Sejak pandemik Covid 19 melanda negara kita, ramai yang mula berniaga makanan atas talian.

Bisnes jual makanan atas talian ini tidak memerlukan modal yang banyak. Anda tidak membayar sewa kedai beribu-ribu ringgit setiap bulan. Anda hanya perlu membeli bahan-bahan masakan.

Anda boleh menjual pelbagai jenis makanan. Di Malaysia, salah satu bisnes makanan yang popular dan mendapat sambutan adalah bisnes bakeri, iaitu menjaul makanan seperti kek dan roti.

Bisnes bakeri ini boleh dilakukan secara sambilan. Contohnya, ketika anda mempunyai masa lapang pada hujung minggu, anda boleh memasak makanan seperti kek, roti dan sebagainya.

Anda kemudiannya boleh menjual makanan ini secara atas talian melalui platform media sosial. Anda juga boleh menjual makanan anda melalui Grab dan FoodPanda.

Salah satu contoh wanita yang berjaya dalam bisnes makanan adalah Ernie Uzliana Mohamed Yatim, pengasas Erni House Sdn Bhd yang mendapat keuntungan sehingga RM5.23 juta ketika Perinta Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di Negara ini.

14# Dropship

Bisnes sebagai dropship merupakan sebuah bisnes yang paling popular di kalangan rakyat Malaysia. Ini kerana, bisnes ini tidak memerlukan anda mengeluarkan modal yang banyak. Ia juga boleh dilakukan dari rumah atau dimana-mana sahaja secara atas talian.

Dropship bermaksud anda menjual barang tanpa menyimpan stok barang yang anda jual. Di mana, pembekal biasanya akan memberikan anda gambar dan penerangan tentang produk yang mereka jual. Apa yang anda perlu lakukan adalah, anda hanya perlu memasarkan produk tersebut kepada orang ramai melalui media sosial, blog, website serta mengambil pesanan daripada pembeli.

Apabila anda mendapat pesanan daripada pembeli, anda perlu memberikan maklumat pembeli tersebut kepada pembekal untuk proses penghantaran produk tersebut kepada pembeli.

Bisnes seperti ini lebih santai tak perlu mengeluarkan modal yang baik.

Sumber: www.azhan.co/apakah-maksud-dropship/

15# Menjadi “Virtual Assistant” / Pembantu Peribadi Maya

Virtual assistant atau pembantu maya biasanya memberikan sokongan kepada syarikat, agensi atau individu untuk mengendalikan perkhidmatan pelanggan, perakaunan, penjadualan, pentadbiran dan sebagainya secara atas talian.

Pembantu maya ini tidak perlu bekerja di pejabat dan boleh melaksanakan tugas mereka dari rumah atau di mana-mana sahaja mengikut keselesaan mereka.

Jika anda jenis orang yang teratur dan mempunyai kemahiran dalam bidang ini, anda mungkin boleh melakukan kerja ini secara part time.

Menurut malaysia.indeed.com, gaji sebagai Virtual Assistant di Malaysia adalah RM12.73 hingga RM21.50 per jam.

Kesimpulan

Dengan kemudahan teknologi yang ada pada masa ini, peluang untuk menjana pendapatan sampingan lebih luas. Kita juga dapat melakukan pelbagai jenis kerja secara atas talian dengan santai. Jika anda ingin mencari pendapatan sampingan, anda mungkin boleh cuba salah satu kerja sambilan di atas yang sesuai dan terbaik untuk anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *