Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang ASB Loan CIMB Bank

Adakah anda berminat untuk membuat simpanan wang dengan ASB? Jika berminat, anda berada di tempat yang betul. Artikel ini akan menerangkan tentang Pembiayaan Bertempoh Dijamin Oleh Sijil ASB yang memberikan anda peluang untuk membuat simpanan dengan ASB.

Buat permohonan ASB loan secara ONLINE. Klik di sini sekarang!

ASB Loan CIMB

Pembiayaan Bertempoh-i Dijamin Oleh Sijil ASB atau ASB Financing CIMB adalah pinjaman fleksibel yang menawarkan peluang kepada pelanggan mereka untuk meminjam dana untuk tujuan pelaburan ASB dengan kadar faedah yang berpatutan.

ASB Financing ini merupakan kemudahan pembiayaan bertempoh patuh Shariah (Komoditi Murabahah) yang dijamin oleh Unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

Apakah yang akan anda perolehi dari kemudahan ini?

  • Jumlah penuh yang dibiayai : RM200,000.00
  • Jumlah Unit ASB dan bilangan Sijil : 200000 unit Amanah Saham Bumiputera / Amanah Saham Bumiputera 2
  • Margin Pembiayaan : 100%/105%
  • Tempoh (tahun) : 40 tahun
  • Kadar Keuntungan Efektif : KAS + 2.20% = 4.95% setahun
  • Kadar Keuntungan Siling : 10.75% setahun
  • Harga Jualan Bank : RM872,059.20

Jumlah Pinjaman ASB Yang Dibenarkan

CIMB menawarkan jumlah pembiayaan bermula daripada RM30,000 sehingga RM200,000. Tempoh pembiayaan yang dibenarkan pula ialah antara 21 tahun hingga 40 tahun dengan Kadar Asas Standard + 1.50% setahun sepanjang tempoh pembiayaan.

Kadar Bayaran Bulanan

Jumlah bayaran bulanan pinjaman ASB anda adalah bergantung dengan jumlah pinjaman dan tempoh bayaran pinjaman anda.

Katakan anda memutuskan untuk membuat pinjaman ASB sebanyak RM30,000 dengan tempoh pembiayaan selama 40 tahun maka bayaran bulanan pinjaman ASB anda adalah serendah RM130.

Anda juga boleh memilih tempoh pembiayaan yang lebih singkat iaitu 20 tahun dengan bayaran setiap bulan sebanyak RM180 setiap bulan.

Margin Pembiayaan

Margin pembiayaan terbagi kepada dua:

  1. 100%
  2. 105% – Margin pembiayaan ini adalah termasuk 5% daripada
  3. Perlindungan Peribadi Takaful.

Siapakah Yang Layak Memohon Loan ASB CIMB Bank?

Loan ASB CIMB adalah terbuka kepada semua penduduk Bumiputera Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas dengan yang mempunyai pekerjaan dan pendapatan yang kukuh.

Syarat Permohonan dan Dokumen Yang Perlu Disediakan

Sekiranya anda sudah memenuhi syarat kelayakan di atas, maka anda sudah boleh membuat permohonan pinjaman loan ASB CIMB bank.

Sebelum membuat permohonan, ada beberapa dokumen yang anda perlu sediakan seperti di bawah ini:

  1. Salinan Kad Pengenalan
  2. Bukti pendapatan

Bukti pendapatan ini adalah merangkumi:

Sekiranya anda bekerja di bawah majikan, anda perlu menyediakan dokumen seperti berikut:

  1. Slip gaji 1 bulan terkini atau slip gaji 3 bulan terkini
  2. Baucar pembayaran 3 bulan terkini disertakan dengan penyata akaun semasa atau simpanan yang menunjukkan gaji dikreditkan
  3. Penyata bank 3 bulan terkini
  4. Penyata KWSP terkini

Sekiranya ada bekerja sendiri atau pemilik perniagaan anda perlu menyediakan dokumen seperti di bawah:

  1. Penyata akaun semasa perniagaan 6 bulan terkini
  2. Penyata keuntungan yang diperoleh dan diterima daripada Deposit Term yang diletakkan selama lebih daripada 12 bulan
  3. Penyata dividen ASNB
  4. Penyata akaun Tabung Haji 6 bulan terkini

Bagaimana Cara Memohon Pinjaman ASB CIMB?

Anda boleh membuat permohonan pinjaman ASB ini di pejabat CIMB yang berdekatan dengan anda. Sila pastikan anda membawa semua dokumen yang diperlukan semasa membuat permohonan pinjaman ASB CIMB untuk memudahkan urusan anda.

Anda juga boleh membuat permohonan pinjaman ASB secara atas talian melalui laman web rasmi CIMB. Di mana, anda hanya perlu mengisi nama, email, nombor telefon, negeri dan juga cawangan CIMB yang berdekatan dengan anda. Kemudian, anda akan dihubungi oleh pihak CIMB untuk urusan seterusnya.

Bagaimana Cara Kira Dividen ASB Loan CIMB?

Dividen ASB loan akan dikira bermula Januari sehingga Disember setiap tahun. Yang mana dividen akan diisytiharkan keluar pada bulan Januari.

Contoh kiraan dividen anda adalah seperti berikut:

Jumlah ASB loan dengan Bank: RM30,000.

RM30,000 X 5%; RM1,500.

Oleh itu, dividen anda adalah sebanyak RM1,500.

ASB Loan CIMB Vs. Maybank

Apabila membandingkan ASB Loan CIMB dan Maybank, adalah penting untuk mengambil kira setiap ciri-ciri pinjaman yang ditawarkan, seperti kadar faedah, kriteria kelayakan, syarat pembayaran balik dan perkhidmatan pelanggan.

Pinjaman ASB CIMB dan Maybank menawarkan perkhidmatan yang serupa iaitu memberi kemudahan pinjaman untuk membiayai pembelian unit ASB (Amanah Saham Bumiputera). Mereka juga tidak mempunyai berbezaan yang terlalu ketara kerana kedua-duanya merupankan agent ASNB.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan yang ketara iaitu, tempoh pembiayaan dimana tempoh pembiayaan bagi pinjaman ASB Maybank adalah sehingga 30 tahun atau menjangkau umur 70 tahun. Manakala, tempoh pembiayaan ASB loan CIMB pula adalah sehingga 40 tahun.

Selain itu, minimum pinjaman ASB yang ditawarkan oleh CIMB bank adalah serendah RM30,000, manakala Maybank pula menawarkan pinjaman ASB serendah RM10,000. Oleh itu, jika anda ingin membuat pinjaman dengan jumlah yang lebih rendah, Maybank adalah pilihan yang tepat bagi anda.

P.S: Btw, anda sebenarnya boleh memohon pinjaman ASB Maybank secara online tanpa perlu berhubung dengan ejen-ejen ASB atau melawat pejabat Maybank yang berdekatan. Untuk memohon pinjaman ASB secara online, sila klik di si sekarang.

Kesimpulan

Seperti yang anda sudah ketahui, ASB loan merupakan satu alternatif yang memberikan anda peluang untuk menyimpan dan melabur dana dalam ASB. Ia juga merupakan salah satu pilihan yang baik untuk pelaburan anda pada masa akan datang.

Namun, sebelum anda memutuskan untuk buat pinjaman ASB, adalah lebih baik untuk menyemak terlebih dahulu komitmen keuangan anda yang sedia agar anda tidak terbeban untuk membayar semula pinjaman ini.