Kerjaya Sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik M41 (2023)

Pengenalan

Sektor kerja merupakan sektor yang banyak memberikan peluang pekerjaan kepada orang ramai. Antara kerjaya di sektor perkhidmatan awam yang paling diminati oleh para lulusan universiti, mereka yang telah pun mempunyai pekerjaan di sektor swasta atau mereka yang sedang kerja part time di rumah adalah jawatan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik atau PTD.

Artikel ini dibawakan khas oleh Clarini Online Marketing, sebuah syarikat pemasaran digital di Malaysia yang menawarkan 100% servis SEO.

Apakah itu Pegawai Tadbir Diplomatik?

Pegawai Tadbir Diplomatik atau PTD merupakan salah satu kerja yang penting. Secara amnya, Pegawai Tadbir diplomatik merupakan perkhidmatan utama yang membantu kerajaan dalam merencana dan melaksanankan dasar-dasar negara. Peranan PTD sangat penting kerana pentadbiran dan pembangunan negara kerana mereka terlibat dalam merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah, daerah, tempatan, tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri, (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan atau ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Kerjaya sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik boleh menjadi Penolong Pengarah sesuatu jabatan atau kementerian, Pegawai Daerah malah boleh menjadi Duta atau Ketua Setiausaha Negara. Maka tidak heranlah kenapa PTD menjadi kerjaya idaman para lulusan universiti dan mereka yang berkelayakan.

Sebab Kenapa Anda Perlu Memohon Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik

Seperti yang saya katakan di atas pada awal perenggan, kerjaya sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik  antara kerjaya yang paling diminati. Apakah kelebihan sebenarnya yang anda dapat jika menjawat jawatan PTD ini?

Kelebihan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41

  • Elaun Sara Hidup (COLA)
  • Caruman KWSP atau Pencen
  • Mendapat kemudahan pinjaman perumahan, kenderaan dan komputer
  • Kenaikan gaji setiap tahun
  • Imbuhan tetap khidmat awam
  • Mendapat cuti tahunan mengikut kelayakan
  • Cuti bersalin
  • Elaun Perumahan
  • Peluang kenaikan pangkat dengan cepat
  • Peluang melanjutkan pelajaran secara percuma

Inilah kelebihan yang anda akan dapat jika anda berkerja di sektor Kerajaan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik. Menarik bukan?

Siapa Yang Layak Memohon Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik?

Siapakah yang layak memohon jawatan ini? Syarat utama sudah semestinya anda mempunyai sekurang-kurangnya sijil ijazah untuk memohon jawatan PTD. Tetapi, walaupun anda mempunyai kelayakan sijil untuk memohon jawatan PTD tetapi anda tidak digalakkan untuk memohon jika anda seorang:

  • Suka kerja yang lebih santai. Tidak dinafikan bahawa ada sesetengah orang tidak gemar dengan perksekitaran kerja yang sibuk dan banyak tekanan. Jika anda orang ini, saya sarankan anda untuk tidak memohon jawatan PTD. Ini kerana, tugas atau tanggungjawab yang dipikul oleh PTD adalah berat.
  • Tidak suka kerja secara berpasukan. Kerjaya PTD memerlukan anda untuk berkerja dalam pasukan.
  • Tidak berminat dalam bidang pentadbiran dan pengurusan.

Ciri-ciri khas yang perlu ada dalam diri untuk memohon jawatan ini:

  • Bercita-cita tinggi dan berdedikasi
  • Seorang yang dinamik
  • Berminat dengan bidang pentadbiran dan pengurusan
  • Sanggup bekerja lebih masa dan di luar negara (outstation)

Syarat Lantikan Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik Dan Gaji Permulaan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan : RM2,253.00 ] atau
  • Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan : RM2,564.14 ] atau
  • Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan : RM2,875.48 ] dan
  • lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan;
  • hadir dan lulus kursus Diploma Pengurusan Awam anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); dan
  • memiliki Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Awam daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Cara Memohon Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik

Permohonan

Permohonan untuk jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik dibuka sepanjang tahun. Semua permohonan jawatan hendaklah dibuat secara atas talian melalui portal rasmi SPA. Anda perlu mendaftar terlebih dahulu dan membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem SPA jika anda merupakan pemohon baru. Anda tidak perlu menghantar resume atau surat permohonan untuk memohon jawatan PTD. Sila ambil perhatian bahawa permohonan anda akan sah dalam tempoh satu tahu sahaja. Anda boleh mengemas kini permohonan anda selepas satu tahun.

Peperiksaan Atas Talian PTD

Selepas anda membuat permohonan melalui protal rasmi SPA dan memenuhi kelayakan yang ditetapkan, pihak SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) akan menjemput anda untuk menduduki peperiksaan atas talian. Biasanya, jemputan tersebut akan dihantar melalui email anda. Oleh itu, sila pastikan anda memasukkan email yang betul.

Dalam email tersebut akan disediakan pautan khas untuk anda menduduki peperiksaan atas talian dan anda tidak boleh berkongsi pautan tersebut bersama dengan orang lain.

Struktur peperiksaan PTD terbahagi kepada dua seksyen sahaja iaitu Seksyen A (Pengetahuan Am) dan Seksyen B (Daya Penyelesaian Masalah). 

Seksyen A – Pengetahuan Am

Seksyen A memberikan anda masa 40 minit untuk menjawab soalan yang diberikan. Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji tahap pengetahuan am calon terhadap negara Malaysia dan juga seluruh dunia.

Anda juga perlu mengetahui topik berkenaan dengan pengurusan sumber manusia dan infrastruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah, tanah, daerah, tempatan, pengurusan sumber ekonomi dan kewangan, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lain-lain perkembangan kerana bidang tugas PTD nanti akan berkait rapat dengan bidang-bidang tersebut.

Contoh soalan Seksyen A (Pengetahuan Am)

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah.

Masa yang diperentukan untuk Seksyen B adalah 45 minit. Soalan seksyen B terbahagi kepada tiga jenis soalan iaitu kemahiran menggunakan logik, kemahiran mentafsir data, dan kemahiran matematik.

Contoh soalan matematik PTD

Ujian Psikometrik/ Ujian PAC

Selepas anda menjalankan peperiksaan atas talian ini, anda akan menunggu keputusan yang akan dimaklumkan melalui portal SPA dan email. Bagi anda yang gagal semasa peperiksaan atas talian, anda boleh cuba memohon semula untuk tahun hadapan. Bagi anda yang lulus pula, anda akan dipanggil untuk menjalani ujian PAC iaitu PTD Assessment Centre (PAC) di mana-mana Pusat Tadbiran Awam Negara (INTAN) sebelum anda dipanggil untuk temuduga.

Peringkat ini dianggap merupakan salah satu ujian yang paling sukar. Ramai calon yang kecundang semasa ujian PAC. Oleh itu, sebelum anda menjalani ujian PAC, pastikan anda sudah bersedia secara mental. Datanglah dalam keadaan yang bersedia.

Penilaian PAC dilaksanakan dalam tempoh tiga hari. Aspek-aspek kemampuan yang akan diuji adalah seperti berikut:

1. Kualiti Personal

Tatakelakuan – Mempunyai perilaku dan nilai murni selaras dengan nilai keislaman dan budaya ketimuran.

Penampilan – Mempunyai imej dan penampilan diri yang membolehkan kehadirannya dirasai dan disenangi dalam sebarang suasana.

Kelayakan diri – Keupayaan untuk mengurus dan bekerjasama sebagai satu pasukan.

Potensi kepemimpinan – Mempunyai potensi sebagai seorang pemimpin yang baik.

2. Pengetahuan

Kematangan idea- Berupaya mencetuskan idea yang matang, substantif, relevan dan berkesan.

3. Kemahiran

Kemahiran berkomunikasi – Berkobolehan berkomunikasi di kalangan rakan dengan yakin dan berkesan.

Pengucapan awam/Public speaking – Kebolehan untuk menyampaikan idea, maklumat dan maksud dengan yakin dan berkesan.

Debat ala parlimen – Kebolehan menyampaikan idea, maklumat dengan yakin dan berhemah.

Temuduga PTD

Selepas lulus ujian PAC, barulah anda akan dipanggil untuk temuduga. Soalan yang ditanya bergantung dengan panel penemuduga. Walau bagaimanapun, kebiasaannya soalan yang ditanya merupakan ujian pengetahuan am calon mengenai dasar-dasar negara, isu semasa dalam negara atau luar negara. Anda mungkin akan ditanya soalan-soalan seperti berikut:

  • Sila perkenalkan diri anda
  • Kenapa nak jadi PTD?
  • Apa beza PTD dengan PTN (Peg.Tadbir Negeri)?
  • Apa beza Ambassador dengan High Commissioner
  • Apa beza HRM (Management) dengan HRD (Department)
  • Apa beza Management dengan Administration
  • Kalau dapat PTD, kamu nak kerja KEMENTERIAN mana?. Kenapa? Apa tugas utama kementerian terbabit?. Siapa nama KSU Kementerian terbabit, Berikan nama satu agensi di bawah kementerian tersebut?
  • Apa 8 Bidang Tugas PTD?
  • Siapa KSN dan KPPA?
  • Nama-nama Menteri
  • Apa beza ISA dan OSA?
  • Dasar kerajaan seperti MISI NASIONAL, DEB, TN50
  • Pertubuhan antarabangsa yang disertai oleh Malaysia NAM,WHO, OIC, UNESCO, ZOFPAN, ASEAN dan sebagainya
  • Rancangan Malaysia yang terkini (TN50)
  • Soalan berkaitan INTEGRITI, PIN, RASUAH dan sebagainya
  • RUKUN NEGARA
  • Sejarah asal usul PTD
  • Apa beza DUN dan PARLIMEN dan oleh disusuli dengan soalan berkaitan ADUN, Tugas Ahli Parlimen, Kabinet, Dewan Rakyat, Dewan Negara, Senator, Speaker,
  • Sistem Penyampaian
  • Perlembagaan Persekutuan

Sila jawab soalan-soalan dari panel penemuduga dengan jawapan yang munasabah dan matang.

Sekiranya anda berjaya dalam temuduga berkenaan. Anda akan menerima surat tawaran pelantikan sebagai pegawai Perkhidmatan Tadbir Diplomatik. Proses ini tidak berhenti di sini sahaja, calon yang berjaya ditawarkan ke jawatan PTD wajib melalui empat tahap latihan sebelum disahkan dalam jawatan.

Penempatan

Pada peringkat ini, anda akan  ditempatkan di mana-mana bahagian atau cawangan di kementerian atau jabatan sama ada peringkat persekutuan atau negeri. Semasa penempatan ini, anda juga akan dilatih untuk membolehkan anda memahami dan menguasai tugas sebagai penjawat awam.

Syarat Kenaikan Pangkat Pegawai Tadbir Diplomatik

Keperluan kompetensi dan potensi

Pegawai hendaklah memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan untuk kenaikan pangkat.

Kenaikan pangkat ke gred M44

Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M44 yang kosong apabila telah:

(a) disahkan dalam perkhidmatan;

(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;

(c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan

(d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

Kenaikan pangkat ke gred M48

Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M44 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M48 yang kosong apabila telah:

(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;

(b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan

(c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

Kenaikan pangkat ke gred M52

Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M48 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M52 yang kosong apabila telah:

(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;

(b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan

(c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan

Kenaikan pangkat ke gred M54

Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M52 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M54 yang kosong apabila telah:

(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;

(b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan

(c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan

Kenaikan pangkat ke kumpulan pengurusan tertinggi

Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M54 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

Kesimpulan

Secara keseluruahnya, kerjaya sebagai PTD mempunyai peranan dan tanggugjawab yang sangat berat. Bidang tugas seorang pegawai PTD ini berkait rapat dengan proses perancangan, penggubalan dan pengurusan dasar-dasar negara. Namun, di sebalik peranan dan tanggungjawab yang besar, kerjaya PTD memberikan anda banyak kelebihan dan keuntungan. Oleh sebab itulah kenapa jawatan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik merupakan jawatan yang menjadi rebutan para graduan lulusan Universiti mahupun mereka yang sudah mempunyai kerja di sektor swasta. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *