Jawatan Kosong Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29 Di Civil Aviation Authority Of Malaysia (CAAM)

Berikut merupakan maklumat iklan jawatan kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Maklumat kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Portal Jobs Malaysia  hanya menyiarkan untuk memudahkan permohonan anda. Diharap maklum.

Maklumat Jawatan Kosong

KUMPULAN: PELAKSANA
KEM/JAB: PIHAK BERKUASA PENERBANGAN AWAM MALAYSIA
JULAT GAJI: RM1,794.00 – RM5,707.00

SYARAT LANTIKAN:

  1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    (a) warganegara Malaysia;
    (b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    (c) (i) diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    dan
    (d) (i) Kepujian dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek Sains serta Kepujian dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
    (ii) lulus Ujian Kecenderungan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik;
    (iii) lulus pemeriksaan doktor untuk memastikan bahawa calon mempunyai tubuh badan yang sihat, pendengaran yang baik, penglihatan yang terang dan boleh mengenal dan membezakan warna seperti yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan; dan
    (iv) tamat dengan jayanya kursus praperkhidmatan di Akademi Penerbangan Awam, Malaysia dalam bidang Aerodrome Control dan mendapat Aerodrome Control Rating serta bidang Approach Control dan mendapat Approach Control Rating.

DESKRIPSI TUGAS:
Bertanggungjawab kepada Pegawai Kawalan Trafik Udara dalam melaksanakan tugas-tugas memberikan perkhidmatan trafik udara kepada pengguna-pengguna ruang udara Malaysia (FIR Kuala Lumpur dan FIR Kota Kinabalu) mengikut kaedahkaedah yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan mengikut kuasa yang diberikan dalam Akta Penerbangan Awam Malaysia (MCAA 1969) dan Peraturan Penerbangan Awam Malaysia (MCAR 1996).

Bagaimana Memohon

Permohonan jawatan kosong baru di atas boleh dilakukan secara online. Sila ikut arahan seperti di bawah.

Klik pautan “IKLAN PENUH JAWATAN” di bawah dan rujuk maklumat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan kerja tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *