Jawatan Kosong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41 Di Civil Aviation Authority Of Malaysia (CAAM)

Berikut merupakan maklumat iklan jawatan kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Maklumat kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Portal Jobs Malaysia  hanya menyiarkan untuk memudahkan permohonan anda. Diharap maklum.

Maklumat Jawatan Kosong

KUMPULAN: PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
KEM/JAB: PIHAK BERKUASA PENERBANGAN AWAM MALAYSIA
JULAT GAJI: RM2,325.00-RM9,637.00

SYARAT LANTIKAN:
Kelayakan Masuk : Ijazah Sarjana Muda dan memenuhi syarat tambahan
Bidang/Kelayakan Khusus : ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
ATAU
Kelayakan Masuk : Ijazah Sarjana Muda Kepujian dan memenuhi syarattambahan
Bidang/Kelayakan Khusus: ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
DAN

Syarat Lantikan Tambahan:

  1. Kepujian dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek Sains serta Kepujian Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  2. lulus Ujian Kecenderungan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik;
  3. lulus pemeriksaan doktor untuk memastikan bahawa calon mempunyai tubuh badan yang sihat, pendengaran yang baik, penglihatan yang terang dan boleh mengenal dan membezakan warna seperti yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan; dan
  4. tamat dengan jayanya kursus praperkhidmatan di Kolej Penerbangan Awam, Malaysia dalam bidang Area Control dan mendapat Area Control Rating

    Syarat Bahasa Melayu : Kepujian di peringkat SPM/SVM

DESKRIPSI TUGAS:
Bertanggungjawab merangka dan melaksanakan tugas-tugas memberikan perkhidmatan trafik udara kepada pengguna-pengguna ruang udara Malaysia (FIR Kuala Lumpur dan FIR Kota Kinabalu) mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan mengikut kuasa yang diberikan dalam Akta Penerbangan Awam Malaysia (MCAA 1969) dan Peraturan Penerbangan Awam Malaysia (MCAR 1996) agar sentiasa berada di dalam keadaan selamat dan lancar.

Bagaimana Memohon

Permohonan jawatan kosong baru di atas boleh dilakukan secara online. Sila ikut arahan seperti di bawah.

Klik pautan “IKLAN PENUH JAWATAN” di bawah dan rujuk maklumat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan kerja tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *