Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024

Anda mencari maklumat tentang Sumbangan Tunai Rahmah (STR)? Artikel ini menyediakan maklumat terperinci mengenai Sumbangan Tunai Rahmah untuk tahun 2024, termasuk cara kemas kini, jadual pembayaran, dan lain-lain.

Apa Itu Sumbangan Tunai Rahmah (STR)?

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mengumumkan dalam rancangan belanjawan 2024 tentang Sumbangan Tunai Rahmah. Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah ini memberi manfaat kepada 9 juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa Malaysia.

STR tahun 2024 akan mengambil pendekatan berbeza daripada tahun sebelum ini, dimana permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.

Sumber: Malaysia Bangkit

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana di Malaysia yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.

Hikmah penyasaran semula subsidi membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.

Apa Yang Baru Tentang STR 2024?

Terdapat beberapa perubahan dan penambahan baru tentang STR untuk tahun 2024. Antaranya adalah:

  1. Permohonan dibuka sepanjang tahun.
  2. Peruntukan dinaikkan daripada 8 billion ringgit kepada 10 billion ringgit.
  3. Kadar maksimum STR juga meningkat daripada 3,100 ringgit kepada 3,700 ringgit.
  4. STR golongan belia juga meningkat daripada RM350 kepada RM500.

Tarikh Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah 2024

Tarikh permohonan Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah 2024 dibuka sepanjang tahun berbanding berbanding setahun sekali sebelum. Permohonan STR 2024 dibuka bermula 1 November 2023.

Jika anda belum buat permohonan STR 2023, anda bolehlah membuat permohonan sekarang.

Jumlah Bayaran STR 2024

Jadual di bawah ini merupakan jumlah bayaran STR untuk tahun 2024.

Cara Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2024)

Terdapat dua cara untuk mohon Sumbangan Tunai Rahmah 2024 iaitu secara dalam talian dan permohonan secara manual.

Bagi permohonan dalam talian, ia boleh dibuat melalui laman web rasmi HASiL iaitu portal rasmi STR. Untuk membuat permohonan baharu secara manual pula, anda boleh mengemukakan borang permohonan ke pejabat HASiL berdekatan.

Tarikh Bayaran Pertama STR 2024

Tarikh bayaran pertama STR 2024 dijangka pada bulan Februari 2024.

Jadual Pembayaran Mengikut Fasa

Di bawah ini merupakan jadual pembayaran STR 2024 mengikut fasa.

Mengikut jadual yang dikeluarkan oleh HASiL, bayaran STR 2024 akan dibayar melalui empat fasa bermuma Februari 2024, April 2024, Ogos 2024 dan November 2024.

Nota: Tarikh akhir bayaran STR untuk tahun 2023 jangka akan disalurkan sebelum bulan Desember iaitu November 2023.

Cara Kemas Kini

Jika anda adalah pemohon lama Bantuan Sumbangan Tunai Rahma, anda tidak perlu membuat permohonan baharu. Anda hanya perlu mengemaskini permohonan anda melalui laman web HASiL. Klik di sini untuk mengemaskini permohonan STR anda.

Permohonan Baharu

Bagi permohonan baru bantuan tunai rahmah pula, anda boleh mohon bantuan tunai bagi tahun hadapan melalui portal rasmi STR atau secara manual di pejabat HASiL yang berdekatan.

Semakan Status STR

Semakan status STR bagi tahun 2024 boleh dibuat melalui portal rasmi STR juga. Klik di sini untuk membuat semakkan penerima STR untuk tahun ini dan tahun hadapan.

Kaedah Pembayaran STR

STR akan dibayar kepada penerima STR melalui dua cara iaitu:

  1. Kredit ke Akaun Bank – Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
  2. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)- Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya tiada maklumat akaun bank atau status pengkreditan gagal kredit.

Kesimpulan

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah ini merupakan salah satu inisiatif baik kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah untuk menghadapi cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat.

Jika anda belum belum mohon STR untuk tahun 2024, anda boleh mohon sekarang di laman web rasmi HASiL atau di pejabat HASiL yang berdekatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *