BTR: Bantuan Tunai Rakyat 2023

Bantuan Tunai Rakyat (BTR), atau sebelum ini dikenali sebagai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan kini dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan dari segi kewangan pada tahun 2023.

Nota: Bantuan ini sebelumnya dikenali sebagai Bantuan sara hidup (BSH), Bantuan prihatin nasional (BPN), Bantuan prihatin rakyat (BPR) dan Bantuan keluarga malaysia (BKM). Kini bantuan ini dijenamakan semula sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Perdana menteri Malaysia iaitu, Yang Amat Berhormat Dato Seri Anwar Ibrahim merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 telah mengumumkan bahawa kerajaan akan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (atau BKM) dengan beberapa pembaharuan supaya kumpulan yang benar-benar terkesan diberi lebih tumpuan.

Artikel ini akan menerangkan maklumat yang lebih terperinci tentang Bantuan Tunai Rakyat seperti cara untuk mohon, jadual bayaran dan sebagainya.

Apa Itu Bantuan Tunai Rakyat (BTR)

Bantuan Tunai Rakyat (BTR) adalah inisiatif kerajaan Malaysia yang bertujuan untuk memberikan bantuan tunai kepada keluarga-keluarga dan individu-individu dengan pendapatan rendah untuk membantu meringankan beban kos sara hidup yang semakin meningkat.

Bantuan Tunai Rakyat ini merupakan bantuan berbentuk wang ringgit yang dibayar secara berperingkat oleh kerajaan Malaysia melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Tunai Rakyat 2023

Bantuan Tunai Rakyat ini mempunyai tiga kategori iaitu, isi rumah atau berkeluarga, warga emas tiada pasangan, dan bujang tiada pasangan.

Syarat permohonan BTR adalah seperti berikut:

Syarat Kelayakan Permohonan Bagi Isi Rumah

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia.
  2. Pemohon mestilah lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga.
  3. Bekerja di Malaysia dan mempunyai jumlah pendapatan kasar bulanan RM5,000 kebawah.
  4. Pasangan pemohon mestilah warganegara Malaysia dan mempunyai kad pengenalan Malaysia.
  5. Anak pemohon mestilah anak kandung atau anak angkat yang didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN).
  6. Anak di bawah tanggungan pemohon mestilah tidak bekerja atau sedang menuntut pelajaran.

Syarat Kelayakan Permohonan Bagi Warga Emas Bujang

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang tinggal di Malaysia.
  2. Pemohon mestilah mempunyai pendapatan RM5000 dan ke bawah.

Syarat Kelayakan Permohonan Bagi Bujang

  1. Pemohon mestilah bujang dan belum berkahwin.
  2. Pemohon mestilah individu yang bekerja di Malaysia dan mempunyai jumlah pendapatan kasar bulanan sebanyak RM2500 ke bawah dan berumur 21 tahun sehingga 59 tahun.
  3. Bagi individu OKU, umur pemohon hendaklah antara 19 tahun sehingga 59 tahun.

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon perlu menyertakan dokumen sokongan bersamaan dengan permohonan, seperti yang tertera di bawah:

  1. Salinan surat beranak (Pemohon dan ibu bapa/penjaga)
  2. Salinan kad pengenalan (Pemohon dan ibu bapa/penjaga)
  3. Salinan slip gaji ibu bapa/penjaga (jika bekerja) atau surat pengesahan pendapatan daripada Pegawai Daerah/Ketua Kampung
  4. Salinan surat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berkaitan.
  5. Salinan muka penyata akaun pemohon.
  6. Salinan kad OKU yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Jadual Bayaran

Jumlah Bayaran Bantuan Tunai Rakyat ini berbeza mengikut kategori. Di bawah ini merupakan jumlah bantuan atau bayaran yang diberikan kepada pemohon yang telah berjaya membuat permohonan.

Sumber: triviamy.com

Tarikh Permohonan Baharu dan Kemas Kini

Tarikh permohonan baharu BTR dibuka pada:

  1. Permohonan baharu dan kemas kini secara dalam talian – 1 Mac 2023 – 31 Mac 2023.
  2. Permohonan atau kemas kini menggunakan borang permohonan – 08 Mac 2023 – 31 Mac 2023.

Ia berbeza dengan STR 2024 yang mana kerajaan akan membuka permohonan baru pada bulan November 2023 dan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.

Tempoh permohonan untuk Bantuan Tunai Rakyat (BTR) telah berakhir, tetapi jangan bimbang, anda masih boleh memohon untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2024 yang kini dibuka. Jika anda masih belum membuat permohonan, maka anda perlu membuat permohonan sekarang sebelum tarikh permohonan tutup.

Cara Mohon Sumbangan Tunai Rahmah

Bantuan Tunai Rakyat atau Sumbangan Tunai Rahmah merupakan salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Untuk memohon Sumbangan Tunai Rahmah, anda perlu mengisi borang permohonan melalui portal rasmi STR secara atas talian. Anda juga boleh membuat permohonan secara manual ke pejabat LHDN berdekatan dengan anda.

Cara Kemas Kini

Untuk mengemas kini permohonan atau ingin membuat permohonan baharu, ia boleh dibuat secara dalam talian di portal rasmi STR 2023.

Caranya sangat mudah, jika anda penerima bantuan sebelum ini, anda boleh log masuk dengan menggunakan kata laluan yang sama seperti sebelum ini.

Selepas log masuk, klik bahagian “Kemas Kini Permohonan” bagi mengemaskini maklumat permohonan anda.

Tarikh Bayaran BTR 2023 (Jadual Pembayaran Mengikut Fasa)

Tarikh bayaran BTR dilakukan kepada golongan yang layak dibahagikan kepada empat fasa. Jadual pembayaran Bantuan Tunai Rakyat (BTR) adalah seperti berikut:

  1. Fasa 1 – Januari 2023
  2. Fasa 2 – April 2023
  3. Fasa 3 – June 2023
  4. Fasa 4 – November 2023

Rayuan Secara Online (Sumbangan Tunai Rahmah-STR)

Jika permohonan anda ditolak, jangan risau. Anda masih boleh membuat rayuan secara dalam talian. Caranya mudah sahaja.

Sila login ke portal rasmi STR dan klik “Permohonan Rayuan” untuk membuat permohonan rayuan.

Semakan Status Bayaran

Anda boleh menyemak status bayaran sumbangan tunai rahmah STR di dalam portal rasmi STR. Untuk semakan status pembayaran, sila log masuk ke portal rasmi STR, kemudian klik “Semakan Permohonan” untuk melihat status pembayaran STR.

Cara Pembayaran

Cara pembayaran Bantuan Tunai rakyat dilakukan melalui dua kaedah pembayaran iaitu:

  1. Bayaran Bank: Bantuan Tunai Rakyat boleh dimasukkan atau dikreditkan terus ke akaun bank penerima bagi mereka yang mempunyai akaun bank.
  2. Cek: Dalam sesetengah kes, Bantuan Tunai Rakyat mungkin akan dibayar melalui cek yang dihantar terus kepada penerima atau melalui pusat pembayaran seperti bank. Penerima kemudian boleh menukarkan cek tersebut di bank untuk mendapatkan wang tunai.

Sejarah Bantuan Tunai Kepada Rakyat, Daripada BR1M Hinggalah ke STR

Pada awalnya, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diperkenalkan sebagai inisiatif kerajaan Malaysia untuk memberi bantuan tunai kepada golongan yang memerlukan.

BR1M dimulakan pada tahun 2012 sebagai satu langkah untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat yang berpendapatan rendah.

Skema ini memberi bantuan secara berkala dan bertujuan untuk memberi sokongan kepada individu dan keluarga yang kurang berkemampuan dalam bentuk kewangan.

Seiring dengan perubahan politik dan pendekatan kerajaan terhadap bantuan tunai, BR1M kemudiannya berubah namanya menjadi Bantuan Sara Hidup (BSH).

BSH mempunyai struktur yang serupa dengan BR1M, tetapi terdapat beberapa perubahan dalam pengurangan atau penambahan kriteria kelayakan dan kadar bantuan yang diberikan.

Tujuannya masih sama, iaitu untuk membantu golongan yang memerlukan agar dapat mengatasi cabaran ekonomi.

Selanjutnya, pada masa kini, ia dijenamakan semula sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Ini adalah satu inisiatif dan usaha lanjut untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan.

Perubahan nama dan struktur program bantuan tunai ini mungkin mencerminkan usaha kerajaan untuk menyesuaikan dengan keperluan semasa dan merapatkan program bantuan dengan matlamat pembangunan ekonomi dan sosial negara.

Soalan Lazim

Adakah saya perlu mengemukakan permohonan baru jika saya telah menerima Sumbangan Tunai Rahmah sebelum ini?

Tidak perlu. Bagi penerima STR lama, anda tidak perlu membuat permohonan baru. Anda hanya perlu mengemaskini maklumat permohonan anda. Anda boleh melayari laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk maklumat lanjut.

Adakah Bantuan Tunai Rakyat dan Sumbangan Tunai Rahmah adalah sama?

Ya. Bantuan Tunai Rakyat merupakan kesinambungan daripada Bantuan Tunai Rakyat.

Bilakah Tarikh Bayaran STR 2024?

Tarikh bayaran STR 2024 akan dimaklumkan kemudian. Anda boleh dapatkan maklumat terkini STR 2024 di laman web rasmi LHDN.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *