Pinjaman Online Segera Terbaik Di Malaysia (2023)

“Pinjaman online segera atau pinjaman atas talian segera sering menjadi pilihan utama bagi mereka yang memerlukan bantuan kewangan dengan segera. Walau bagaimanapun, tidak banyak yang mengetahui cara untuk memohon pinjaman online, termasuk tempat untuk mengemukakan permohonan dan kriteria kelayakan yang diperlukan.

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan beberapa institusi kewangan di Malaysia yang menawarkan pinjaman atas talian segera seperti pinjaman peribadi, syarat kelayakan dan sebagainya. Oleh itu, jika anda ingin membuat pinjaman peribadi online dengan segera, sila baca artikel ini sehingga selesai.

Apa Itu Pinjaman Atas Talian Segera?

Mungkin ramai yang tak tahu apa sebenarnya pinjaman atas talian segera ini. Pinjaman atas talian segera adalah proses mendapatkan pinjaman kewangan secara dalam talian dengan kelulusan yang cepat.

Ini biasanya melibatkan permohonan pinjaman dalam talian yang mudah dan pantas dengan proses kelulusan yang dilakukan dalam tempoh yang singkat.

Pinjaman atas talian segera biasanya disasarkan kepada individu yang memerlukan dana segera untuk kecemasan atau keperluan mendesak. Pinjaman ini disebut sebagai pinjaman peribadi.

Kelebihan Pinjaman Atas Talian Segera

Kelebihan pinjaman dalam talian segera ini mempunyai beberapa kelebihan yang menarik bagi mereka yang memerlukan wang dengan cepat dan tanpa melalui kerumitan prosedur permohonan tradisional. Kelebihan pinjaman jenis ini adalah seperti berikut:

Proses Cepat

Pengesahan dan kelulusan pinjaman dalam talian segera biasanya dilakukan dalam masa yang sangat singkat. Pada masa yang sama, keperluan dokumen yang tidak rumit menjadikan proses ini lebih cepat berbanding pinjaman konvensional.

Kelulusan Mudah

Kebanyakan institusi kewangan yang menyediakan kemudahan pinjaman kewangan atas talian tidak menetapkan syarat yang terlalu ketat. Oleh itu, peluang untuk mendapatkan kelulusan adalah lebih tinggi, terutamanya jika anda memenuhi kriteria asas seperti memiliki pendapatan tetap.

Biasanya, pihak bank aka menghubungi anda dalam tempoh 24 jam untuk memaklumkan keputusan permohonan pinjaman anda.

Jimat Masa Dan Tenaga

Pasti ramai di antara kita yang tidak suka beratur dan menunggu lama untuk membuat urusan wang pinjaman. Namun, dengan kemudahan pinjaman peribadi atas talian ini, anda tidak perlu lagi bersusah payah beratur dan menghabiskan masa berjam-jam semata-mata untuk membuat permohonan pinjaman.

Proses permohonan pinjaman peribadi atas talian ini dijalankan sepenuhnya melalui talian. Anda hanya perlu menyediakan dokumen yang diperlukan dan mengisi borang permohonan secara dalam talian.

Kemudahan Pembayaran

Proses pembayaran juga biasanya mudah dengan pilihan untuk membayar dalam talian atau melalui kaedah pembayaran lain yang sesuai dengan anda.

Institusi Yang Menawarkan Permohonan Pinjaman Peribadi Atas Talian di Malaysia

1. Maybank

Maybank atau Malayan Banking Berhad menawarkan pinjaman peribadi atas talian kepada rakyat Malaysia. Permohonan pinjaman ini boleh dibuat terus melalui aplikasi MAE atau melalui website Maybank2u.

Jumlah Pinjaman

Jumlah pinjaman yang ditawarkan oleh Maybank adalah minimum RM5,000 dengan minimum tempoh pembayaran balik pinjaman selama 2 tahun dan maksimum RM100,000 dengan maksimum pembayaran balik pinjaman peribadi selama 6 tahun.

Anda bebas memilih jumlah pinjaman wang yang anda nak mohon di antara RM5,000 sehingga RM100,000.

Kadar Faedah

Gambar di bawah merupakan kadar faedah yang akan dikenakan kepada anda.

Syarat Kelayakan

  • Rakyat Malaysia
  • Berumur antara 21-60 tahun
  • Berpendapatan bulanan kasar sebanyak RM3,500 ke atas.

Dokumen Yang Diperlukan

  • Salinan Kad Pengenalan.
  • Slip gaji terkini.
  • Borang EA terkini.
  • Borang BE terkini dan resit cukar.
  • Salinan akaun simpanan 3 bulan terkini.

2. CIMB Bank

CIMB Bank menawarkan pinjaman peribadi Cash yang anda boleh mohon secara atas talian. Kelebihan pinjaman peribadi ini adalah, ia tidak bercagar, tidak memerlukan penjamin dan tempoh pembayaran balik yang mudah sehingga 5 tahun dan jumlah pinjaman sehingga RM100,000.

Jumlah Pinjaman

Jumlah pinjaman yang ditawarkan oleh bank CIMB adalah dari minimum RM2,000 hingga maksimum RM100,000. Untuk jumlah pinjaman pula, anda bebas memilih dari RM2,000 sehingga RM100,000 mengikut keperluan kewangan anda.

Tempoh pinjaman dibayar semula adalah bermula daripada 2 tahun sehingga 5 tahun.

Kadar Faedah

Gambar di bawah ini merupakan kadar faedah pinjaman peribadi CIMB bank. Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan dengan kadar faedah, anda boleh menghubungi pihak CIMB.

Syarat Kelayakan

  • Individu berumur 21 hingga 58 tahun.
  • Warganegara Malaysia.
  • Pendapatan kasar bulanan minimum RM2,000.
  • Bekerja selama lebih dari 6 bulan berurutan.
  • Bagi yang bekerja sendiri, perniagaan haruslah aktif untuk lebih dari 24 bulan.

Dokumen Yang Diperlukan

  • Salinan Kad Pengenalan.
  • Slip gaji 3 bulan terkini.
  • Penyata bank kemasukan gaji 3 bulan terkini.
  • Salinan caruman KWSP 6 bulan terkini.

3. Hong Leong

Hong Leong Bank juga merupakan salah satu bank yang menawarkan pinjaman peribadi yang anda boleh mohon secara atas talian dengan segera. Untuk anda yang ingin memohon pinjaman ini, anda boleh mohon melalui Hong Leong Connect account atau di https://www.hlb.com.my. Sila ambil perhatian bahawa anda akan dikenakan bayaran duti setem untuk pinjaman ini.

Jumlah Pinjaman

Hong Leong Bank menawarkan jumlah pinjaman peribadi minimum RM5,000, manakala jumlah pinjaman maksimum adalah RM250,000. Namub, jumlah pinjaman peribadi yang boleh anda mohon adalah bergantung dengan penilaian kredit.

Tempoh pinjaman ini untuk dibayar semula adalah minimum 2 tahun (24 bulan) dan maksimum 5 tahun (60 bulan).

Kadar Faedah

Kadar faedah yang dikenakan untuk pinjaman anda adalah 9.00% p.a. hingga 12.50% setahun, bergantung pada jumlah kelulusan pinjaman anda, pendapatan bulanan yang disahkan, tempoh kemudahan dan saluran permohonan.

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Individu berumur 21 hingga 60 tahun.
  • Individu bekerja atay bekerja sendiri.
  • Memperoleh pendapatan minimum RM24,000 setahun.

Dokumen Yang Diperlukan

  • Salinan Kad Pengenalan depan dan belakang.
  • Slip gaji 3 bulan terkini.
  • Penyata bank 3 bulan terkini.
  • Penyata KWSP 3 bulan terkini.
  • Borang BE 2 tahun terkini dengan resit pembayaran yang sepadan.

4. Alliance Bank

Alliance bank juga merupakan salah satu bank yang menawarkan pinjaman peribadi di mana permohonan pinjaman boleh dilakukan secara atas talian.

Pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh bank ini tidak memerlukan yuran pemprosesan, cagaran atau penjamin. Selain tu anda juga akan menerima wang pinjaman anda dalam tempoh 24 jam selepas permohonan diluluskan.

Yang menariknya adalah, permohonan anda akan diluluskan seawal 10 minit. Jika anda berminat nak buat pinjaman wang dengan bank ini, anda bolehlah membuat permohonan atas talian melalui website rasmi mereka atau melalui aplikasi mudah alih Alliance bank.

Jumlah Pinjaman

Alliance bank menawarkan jumlah pinjaman RM5,000 sehingga RM150,000. Jumlah kelulusan pinjaman pula adalah bergantung dengan penilaian prestasi kewangan anda.

Kadar Faedah

Gambar di bawah merupakan kadar faedah bagi pinjaman peribadi Alliance bank.

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad (dua gambar muka) terkini.
  • Rakyat Malaysia yang bekerja dan menetap di Malaysia.
  • Berusia 21 hingga 60 tahun.
  • Mempunyai pendapatan kasar bulanan minimum RM3,000 atau RM36,000 setahun.

Dokumen Yang Diperlukan

  • Salinan Kad Pengenalan depan dan belakang.
  • Slip gaji tiga bulan terkini.
  • Penyata bank kemasukan gaji tiga bulan terkini.
  • Penyata KWSP.

5. Bank Rakyat

Bank terakhir yang menawarkan pinjaman peribadi atas talian adalah Bank Rakyat. Pinjaman peribadi ini boleh dimohon melalui laman web rasmi Bank Rakyat.

Jumlah Pinjaman

Bank Rakyat menyediakan pinjaman sehingga RM400,000.

Kadar Keuntungan

Di bawah ini merupakan kadar keuntungan pinjaman peribadi Bank Rakyat.

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur minimum 18 tahun dan maksimum 60 tahun.
  • Gaji kasar minimum termasuk elaun tetap adalah seperti berikut :
    • Berjawatan tetap RM2,000 dan ke atas.
    • Berjawatan kontrak RM8,000 dan ke atas.
    • Kakitangan kerajaan RM1,600 termasuk elaun tetap.

Dokumen Yang Diperlukan

  • Salinan Kad Pengenalan.
  • Slip gaji tiga bulan terkini.
  • Penyata bank kemasukan gaji tiga bulan terkini.
  • Penyata KWSP
  • Dan sekurang-kurangnya satu daripada berikut:
    • Surat Pengesahan Majikan
    • Borang EA
    • Slip Pengesahan Penerimaan e-B oleh LHDN

Kesimpulan

Inilah bank-bank yang menawarkan pinjaman peribadi atas talian dengan segera. Jika anda memerlukan dan ingin membuat permohonan pinjaman, anda boleh cuba memohon dari salah satu bank di atas. Sila sediakan dokumen yang diperlukan sebelum membuat permohonan agar permohonan anda diproses dengan cepat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *