Bank-Bank Yang Menawarkan Pinjaman Peribadi Di Malaysia (2023)

Pinjaman peribadi (personal loan) atau juga disebut sebagai pembiayaan peribadi, merupakan salah satu cara yang popular untuk memperoleh wang tambahan bagi mereka yang memerlukan wang dalam jangka masa yang pendek.

Bank merupakan institusi kewangan yang menyediakan perkhidmatan untuk membantu individu dan syarikat dalam menguruskan kewangan mereka. Antara perkhidmatan yang disediakan oleh bank adalah pinjaman peribadi. Personal loan merupakan pinjaman yang diberikan kepada individu untuk tujuan peribadi seperti pembelian kereta, pembelian rumah, atau pembayaran hutang kad kredit.

Di Malaysia, terdapat banyak bank yang menawarkan pinjaman peribadi kepada pelanggan mereka. Walau bagaimanapun, dengan banyaknya pilihan yang ada, ia mungkin menjadi sukar untuk memilih bank yang terbaik untuk keperluan peribadi anda.

Dalam artikel ini, saya akan senaraikan beberapa bank tempatan Malaysia yang menawarkan perkhidmatan pinjaman peribadi atau pembiayaan peribadi kepada pelanggan mereka. Saya juga akan terangkan faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat pinjaman pembiayaan peribadi, kelebihan dan kelemahan pembiayaan peribadi dan sebagainya.

Dengan adanya maklumat ini, ia akan dapat membantu anda untuk membuat keputusan yang lebih baik untuk mencari pinjaman peribadi yang sesuai dengan keperluan anda.

Apa Itu Pinjaman Peribadi

Pinjaman peribadi merujuk kepada jumlah wang yang dipinjam daripada bank atau pemberi pinjaman lain untuk tujuan peribadi. Pinjaman kemudian perlu membuat bayaran balik dalam bentuk ansuran bulanan dalam tempoh tertentu ditambah dengan kadar faedah ke atas jumlah pinjaman yang dikenakan oleh pemberi pinjaman.

Terma dan syarat pinjaman peribadi pula bergantung kepada ketetapan yang ditetapkan oleh pemberi pinjaman dan kelayakan kredit pemohon. Pinjaman peribadi boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti membiayai kos perubatan, percutian, perbelanjaan perkahwinan, pembelian kereta, atau pembayaran hutang.

Pinjaman peribadi biasanya memerlukan kelayakan kredit yang baik, dan pemberi pinjaman akan menilai kelayakan dan kewangan pemohon sebelum memperuntukkan pinjaman.

Bank-Bank Yang Menawarkan Pinjaman Peribadi Di Malaysia

Terdapat beberapa bank yang menawarkan kemudahan pinjaman peribadi kepada rakyat Malaysia. Saya akan senaraikan bank yang menawarkan kemudahan pinjaman peribadi kepada rakyat Malaysia di bawah.

Maybank

Maybank merupakan salah satu bank tempatan yang sangat popular di Malaysia yang menawarkan kemudahan pinjaman peribadi kepada rakyat Malaysia. Maybank menawarkan jumlah pembiayaan peribadi bermula daripada RM5000 dengan tempoh pembayaran (tempoh pembiayaan) semula selama 2 tahun. Kadar faedah pula mungkin berbeza dari 11.53% hingga 14.68% setahun bergantung pada jumlah pinjaman dan tempoh pembayaran semula.

Anda boleh membuat permohonan pinjaman ini melalui secara atas talian melalui aplikasi Maybank2u sahaja. Anda juga boleh membuat permohonan secara manual di cawangan Maybank yang berdekatan. Mudah kan?

Sumber: Maybank2u.com.my

Maybank menawarkan dua jenis kemudahan pinjaman peribadi kepada pelanggan mereka iaitu:

  1. Maybank Islamic Personal Financing-i/Pembiayaan Peribadi-i Maybank Islamic
  2. Maybank Personal Loan

Kelebihan Pembiayaan Peribadi-i Maybank Islamic

  • Bayaran ansuran bulanan serendah RM102.78 sebulan
  • Tiada cop dokumen
  • Tiada yuran pemprosesan
  • Cepat lulus
  • Penyelesaian awal dibenarkan

Kelebihan Maybank Personal Loan

  • Bayaran balik bulanan serendah RM102.78 sebulan
  • Tiada cop dokumen
  • Tiada yuran pemprosesan
  • Tiada penjamin diperlukan
  • Penyelesaian awal dibenarkan

Syarat Kelayakan Permohonan

  • Berumur 21060 tahun
  • Warganegara Malaysia
  • Terbuka kepada kakitangan kerajaan, awam dan pemilik perniagaan yang mempunyai bukti pendapatan seperti slip gaji dan potongan KWSP
  • Pendapatan minimum RM 42,000 setahun bersamaan dengan berpendapatan bulanan kasar sebanyak RM3,500 ke atas.

CIMB

CIMB bank juga termasuk salah satu bank yang terkenal di Malaysia yang menawarkan kemudahan pinjaman peribadi untuk pelanggan mereka sama ada dalam sektor awam atau swasta. Pinjaman peribadi yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  1. Pinjaman Peribadi Cash Plus
  2. Pembiayaan Xpress Cash-i

Kelebihan Pinjaman Peribadi Cash Plus

  • Pendapatan kasar minimum RM800 sebulan atau RM9600 boleh mohon
  • Jumlah pinjaman yang ditawarkan adalah minimum RM3,000 dengan jumlah maksimum RM50,000 atau sehingga 8 kali daripada pendapatan kasar bulanan (berdasarkan yang mana terendah)
  • Tiada caj yang dikenakan jika permohonan pinjaman peribadi anda lulus
  • Kadar faedah berpatutan

Kelebihan Xpress Cash-i

  • Pendapatan kasar minimum RM800 sebulan atau RM9600 boleh mohon
  • Keputusan permohonan keluar dalam tempoh 24 jam
  • Jumlah pinjaman yang ditawarkan minimum RM3000, maksimum RM50000.
  • Kadar faedah berpatutan

Syarat Kelayakan Permohonan Pinjaman

  • Berumur 21 hingga 60 tahun
  • Bekerja atau mempunyai perniagaan
  • Mempunyai pendapatan yang kukuh dan bukti pendapatan seperti slip gaji dan potongan KWSP
  • Mempunyai score credit yang baik
  • Warganegara Malaysia

Ambank

Ambank menawarkan kemudahan pinjaman peribadi kepada pelanggan mereka yang bekerja dalam sektor awan, swasta atau pemilik perniagaan. Pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh Ambank dipanggil sebagai Personal Financing-i atau Pembiayaan Peribadi-i. Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh Ambank, anda boleh berhubung dengan pihak Ambank.

Kelebihan Personal Financing-i

  • Bayaran tinggi sehingga 99.5% dengan harga yang kompetitif
  • Tiada ansuran pendahuluan diperlukan
  • Tempoh penangguhan 3 Bulan
  • Tiada penjamin dan cagaran diperlukan
  • Tiada yuran keahlian bulanan
  • Rebat penyelesaian awal
  • Perlindungan takaful (pilihan)
  • Dikecualikan Wakil & Yuran Perdagangan

Syarat Kelayakan Permohonan Pinjaman

  • Warganegara Malaysia berumur antara 18 dan 60 tahun (bergantung kepada umur bersara semasa pembiayaan matang, yang mana berkenaan)
  • Berjawatan tetap tidak kurang dari 3 bulan
  • Pendapatan kasar tidak kurang dari RM1,500

Public Bank

Public Bank juga merupakan salah satu bank tempatan Malaysia yang menawarkan kemudahan pinjaman peribadi kepada pelanggan mereka. Kemudahan pinjaman peribadi yang ditawarkan adalah BAE AG Personal Financing-i dan PLUS BAE Personal Financing-i.

Jumlah pinjaman pula adalah berbeza bermula daripada RM5000 sehingga RM200,000 dengan tempoh pembayaran (tempoh pembiayaan) sehingga 10 tahun bergantung kepada permohonan pinjaman anda. Anda juga boleh memilih untuk membayar lebih awal seperti 5 tahun.

Kelebihan BAE AG Personal Financing-i

  • Wang tunai lebih daripada minimum kuantum RM5,000 kepada maksimum RM200,000 (maksimum)
  • Bayaran mudah melalui potongan gaji melalui Biro Angkasa
  • Tiada penjamin diperlukan

Kelebihan PLUS BAE Personal Financing-i

  • Margin pembiayaan yang menarik
  • Tempoh pembayaran sehingga 10 tahun
  • Tunai pantas dari RM10,000 hingga RM150,000 (maksimum)
  • Perlindungan Takaful Kumpulan (pilihan)

Syarat Kelayakan Permohonan Pinjaman

  • Warganegara Malaysia berumur dari 20 tahun hingga 60 tahun
  • Pekerja tetap sekurang-kurangnya 2 tahun perkhidmatan
  • Gaji kasar minimum RM1,500 sebulan (termasuk elaun tetap)
  • Mempunyai rekod kewangan yang bagus.

RHB Bank

RHB Personal Financing atau pinjaman peribadi RHB merupakan kemudahan pinjaman yang ditawarkan oleh RHB bank kepada pelanggan mereka di Malaysia. Pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh RHB bank adalah pinjaman tidak bercagar, di mana pemohon tidak perlu menyediakan cagaran atau penjamin untuk memohon kemudahan pinjaman ini.

Kelebihan RHB Personal Financing

  • Jumlah pinjaman sehingga RM150,000
  • Pinjaman tidak bercagar
  • Tempoh pembiayaan atau pembayaran semula sehingga 7 tahun.
  • Kadar faedah serendah yang dikenakan adalah 13.00% p.a (bersamaan dengan Kadar Rata 7.05%)
  • Bayaran balik serendah RM46.85 sebulan

Syarat Kelayakan Permohonan Pinjaman

  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan sehingga 60 tahun
  • Gaji kasar RM2000 sebulan atau RM24000 setahun
  • Mempunyai bukti pendapatan seperti slip gaji dan caruman KWSP
  • Mempunyai rekod kewangan yang baik

BSN

BSN MyRinggit (EKSEKUTIF-1) dan BSN MyRinggit (SEKTOR AWAM) adalah produk pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN). BSN MyRinggit (EKSEKUTIF-1) adalah pinjaman peribadi khas yang dikhaskan untuk pekerja sektor swasta dengan gaji bulanan yang tinggi.

Manakala, BSN MyRinggit (SEKTOR AWAM) adalah pinjaman peribadi yang khusus untuk kakitangan awam. Pinjaman ini menawarkan kadar faedah yang kompetitif dan tempoh pembayaran balik yang fleksibel.

Kelebihan BSN MyRinggit (EKSEKUTIF-1)

  • Tidak memerlukan cagaran atau penjamin
  • Jumlah pinjaman lebih tinggi
  • Tempoh bayaran (tempoh pembiayaan) flexible

Kelebihan BSN MyRinggit (PUBLIC SECTOR)

  • Pendapatan kasar RM1500 sebulan
  • Jumlah pinjaman bermula dari RM5000 sehingga RM200,000

Syarat Kelayakan Permohonan Pinjaman

  • Berumur 18 tahun sehingga 60 tahun
  • Mempunyai pendapatan yang tetap
  • Mempunyai rekod kewangan yang baik.

Untuk maklumat lanjut tentang kelayakan permohonan personal loan yang ditawarkan oleh BSN, anda boleh semak di sini.

Apa Yang Harus Dipertimbangkan Sebelum Membuat Permohonan Pinjaman Peribadi

Sebelum memohon pinjaman dengan bank di Malaysia, terdapat beberapa perkara penting yang perlu dipertimbangkan. Pertama sekali, anda perlu memahami dengan jelas faedah atau caj yang akan dikenakan ke atas pinjaman anda. Kedua, pastikan anda memenuhi syarat kelayakan untuk memohon pinjaman. Ini termasuk memiliki pendapatan yang mencukupi untuk membayar hutang secara tepat pada masanya.

Ketiga, pastikan anda mempunyai rancangan pembayaran balik yang teratur dan terperinci. Ini akan membantu anda mengelakkan kelewatan pembayaran dan denda yang dikenakan. Akhir sekali, pastikan anda mempertimbangkan keperluan sebenar anda untuk memohon pinjaman tersebut. Anda perlu memahami dengan jelas mengapa anda memerlukan pinjaman dan berapa banyak yang anda perlukan. Jangan terjebak dalam hutang yang tidak perlu dan pastikan anda mempunyai rancangan pembayaran ansuran bulanan balik yang teratur.