Ambank merupakan salah satu bank tempatan di Malaysia yang menawarkan kemudahan pinjaman peribadi kepada pelanggan mereka yang layak memohon.
Pinjaman Peribadi AmBank adalah satu pilihan yang tepat untuk individu yang mencari pembiayaan yang boleh dipercayai dan sesuai dengan prinsip-prinsip perbankan Islam.
Artikel ini akan menerangkan tentang kemudahan pinjaman peribadi Ambank secara terperinci. Sila baca artike ini sehingga selesai sekiranya anda berminat untuk memohon pinjaman peribadi Ambank.
Personal Financing-i
Personal Financing-i atau Pembiayaan Peribadi-i adalah satu jenis pembiayaan yang ditawarkan oleh AmBank yang mematuhi prinsip-prinsip perbankan Islam.
Ia direka khas untuk membantu individu mencapai matlamat kewangan peribadi mereka tanpa melibatkan unsur-unsur riba atau haram.
Pembiayaan ini membolehkan pelanggan untuk memohon dana tunai untuk pelbagai tujuan peribadi seperti pembelian aset, pendidikan, perkahwinan, perubatan, atau melunaskan hutang.
AmBank menawarkan kadar faedah tetap sepanjang tempoh pembiayaan dan tempoh pembayaran yang fleksibel iaitu dalam tempoh 24 hingga 120 Bulan.
Ciri-Ciri Personal Financing-I
- Bayaran tinggi sehingga 99.5% dengan harga yang kompetitif
- Tiada ansuran pendahuluan diperlukan
- Tempoh penangguhan sehingga 3 bulan
- Tiada penjamin & cagaran diperlukan
- Tiada yuran keahlian bulanan
- Rebat jika anda membuat penyelesaian awal
- Perlindungan takaful (pilihan)
- Himpunan produk tanpa paksa (hibah/wasiat)
- Akaun pengkreditan gaji kekal
- Dikecualikan dari Wakil dan yuran Perdagangan
Kelebihan Ambank Islamic Personal Financing-i
Kemudahan pinjaman peribadi Ambank memawarkan beberapa kelebihan kepada pelanggan mereka. Iaitu:
Pinjaman peribadi Ambank Islamic adalah pinjaman patuh Syariah
Ambank Islamic Personal Financing-i merupakan pinjaman peribadi Islamik yang mematuhi sepenuhnya hukum Syariah berdasarkan konsep Murabahah Tawarruq (MTQ).
Pinjaman peribadi tidak bercagar
Personal Financing-i tidak memerlukan sebarang cagaran atau jaminan untuk memohon pembiayaan ini. Ini memudahkan pelanggan yang tidak memiliki aset untuk digunakan sebagai jaminan.
Kadar faedah kompetitif/kadar keuntungan tetap
AmBank menawarkan kadar faedah yang kompetitif untuk Personal Financing-i iaitu serendah 4.35% p.a.
Terbuka Untuk Semua Pelanggan Yang Layak
Pinjaman peribadi Ambank ini terbuka untuk kakitangan kerajaan dan kakitangan GLC/swasta yang terpilih.
Jumlah pinjaman peribadi yang fleksibel
Ambank membolehkan anda untuk memohon pembiayaan peribadi bermula daripada RM5000 hingga RM200,000. Namun, jumlah pinjaman adakalanya bergantung kepada kelulusan bank.
Tempoh pembiayaan pinjaman peribadi fleksibel
Pelanggan boleh memilih tempoh pembiayaan yang sesuai dengan keperluan mereka. Tempoh pembiayaan pinjaman peribadi yang disediakan oleh Ambank Islamic adalah dari 2 tahun sehingga 10 tahun.
Permohonan Pinjaman Peribadi Yang Mudah
Prosedur permohonan pinjaman peribadi ambank adalah mudah dan cepat. Pelanggan hanya perlu melengkapkan borang permohonan dan menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan, penyata gaji, dan lain-lain.
Tiada caj ke atas penyelesaian awal pembiayaan peribadi-i
Ambank Islamic Personal Financing-i menawarkan membolehkan pelanggan mereka untuk membuat pembayaran awal jika pelanggan mempunyai wang tunai tanpa mengenakan sebarang caj penamatan awal.
Sebaliknya, Ambank akan memberikan rebat jika anda membuat penyelesaian awal pembiayaan peribadi-i dari tarikh kontrak sebenar tamat. Ini membolehkan pelanggan mengurangkan jumlah pinjaman mereka.
Kemudahan pembayaran pinjaman peribadi dari potongan gaji
Anda boleh membuat pembayaran balik pinjaman melalui Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA) iaitu dengan potongan gaji melalui unit gaji BPA.
Kaedah Bayaran Balik Pinjaman Peribadi Ini
Ambank menawarkan beberapa kaedah pembayaran balik pinjaman peribadi ini. Kaedah pembayaran balik yang ditawarkan adalah seperti berikut:
- Potongan gaji melalui Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA).
- Auto Debit / Arahan Tetap melalui akaun Semasa / Simpanan AmBank Islamic
- Auto bayar melalui penyelesaian gaji AmBank/Work
- Melalui Potongan Gaji Langsung HR
Kadar Keuntungan (Kadar Faedah)
Potongan gaji melalui Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA)
Kadar keuntungan serendah 3.35% kadar tetap setahun (kadar keuntungan berkesan serendah 6.05%) berkuat kuasa 14 April 2023.
Personal Financing-i untuk pekerja swasta dan Government Link Companies (GLC) yang terpilih
Kadar keuntungan serendah 8.50% kadar tetap setahun (kadar keuntungan berkesan serendah 13.82%) berkuat kuasa mulai 01 Julai 2022.
Syarat Kelayakan Untuk Memohon Pinjaman Peribadi Ambank Islamic
Syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak Ambank Islamic lebih mudah berbanding dengan bank yang lain. Jika anda memenuhi syarat kelayakan pinjaman ini, anda boleh memohon pinjaman peribadi ini.
- Warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 60 tahun (bergantung kepada umur bersara semasa pembiayaan matang, yang mana berkenaan).
- Berjawatan tetap tidak kurang dari tiga (3) bulan.
- Pendapatan bulanan minimum RM1,500 (tidak kurang).
- Status kewangan baik.
Dokumen Yang Diperlukan Untuk Memohon Pinjaman Peribadi
Untuk memohon pinjaman pembiayaan peribadi-i, anda perlu menyediakan beberapa dokumen sokongan seperti berikut:
- Salinan kad pengenalan depan dan belakang
- Salinan penyata atau slip gaji sekurang-kurangnya 1 bulan yang disahkan oleh ketua jabatan
- Salinan penyata bank
- Salinan penyata bank atau buku bank dimana pinjaman anda akan dimasukkan
Cara Mohon Pinjaman Peribadi Ambank
Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan untuk mohon pinjaman ini, maka anda boleh memohon pinjaman peribadi ini dengan mengunjungi cawangan Ambank yang berdekatan dengan anda.
Sila bawa dokumen sokongan yang diperlukan untuk memudahkan urusan permohonan.
Anda juga boleh menghubungi sokongan perkhidmatan pelanggan Ambank untuk maklumat lebih lanjut tentang permohonan pembiayaan peribadi ini.
Kelebihan dan Kelemahan Pembiayaan Peribadi Ambank Islamic
Kelebihan
- Jumlah pinjaman fleksibel. Jumlah pinjaman bermula daripada RM5000 hingga RM200,000
- Pinjaman yang tidak perlu penjamin atau cagaran
- Syarat kelayakan lebih mudah seperti pendapatan bulanan minimum RM1500, kelayakan umur dari 18 tahun hingga 60 tahun dan sebagainya
- Kadar keuntungan tetap rendah
- Tempoh pinjaman (pembayaran balik) sehingga 10 tahun
Kelemahan
- Hanya ditawarkan kepada kakitangan kerajaan
- Hanya pemohon yang terpilih sahaja boleh memohon jika dari kakitangan GLC dan kakitangan swasta
- Kadar keuntungan yang lebih tinggi untuk kakitangan GLC dan kakitangan swasta
Kesimpulan
Pinjaman peribadi merupakan pilihan yang tepat di Malaysia jika anda memerlukan wang tambahan dengan segerah.
Jika anda berminat untuk membuat permohonan pinjaman ini, anda bolehlah membuat permohonan di cawangan Ambank yang berdekatan.