Jawatan Kosong Pembantu Veterinar Gred 19 Di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor

Berikut merupakan maklumat iklan jawatan kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Maklumat kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Portal Jobs Malaysia  hanya menyiarkan untuk memudahkan permohonan anda. Diharap maklum.

Maklumat Jawatan Kosong

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PERKHIDMATAN PERTANIAN

KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA (SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU )

GRED JAWATAN/GAJI : G19

JULAT GAJI: RM1,357.00-RM4,008.00

SYARAT LANTIKAN :
i. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,357.00).
ii. Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,357.00).
iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil
Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,413.40).
iv. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil
Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,469.80).
ii. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa
Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan.

DESKRIPSI TUGAS :

Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan haiwan, kesihatan haiwan, kesuburan haiwan dan penguatkuasaan undang-undang veterinar di peringkat Kumpulan Sokongan, melaksanakan kerja-kerja di Pusat. Perkhidmatan Industri Tenusu (PPIT), pemeriksaan di pusat kuarantin haiwan, ante-mortem dan post-mortem di abattoir dan loji pemprosesan, memberi khidmat nasihat ternakan, pengumpulan data haiwan dan penyediaan laporan serta lain-lain tugas yang berkaitan yang ditentukan dari semasa ke semasa

Bagaimana Memohon

Permohonan jawatan kosong baru di atas boleh dilakukan secara online. Sila ikut arahan seperti di bawah.

Klik pautan “IKLAN PENUH JAWATAN” di bawah dan rujuk maklumat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan kerja tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *