Berikut merupakan maklumat iklan jawatan kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Maklumat kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Portal Jobs Malaysia hanya menyiarkan untuk memudahkan permohonan anda. Diharap maklum.
Maklumat Jawatan Kosong
MAJIKAN: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)
GRED: H19
TARAF JAWATAN : SEMENTARA/ TETAP
BIDANG : PERTUKANGAN
JULAT GAJI: RM 1,377.00 – RM 4,052.00
SYARAT LANTIKAN :
Kelayakan Masuk : Sijil Vokasional Malaysia
Bidang/Kelayakan Khusus : Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
ATAU
Kelayakan Masuk : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Bidang/Kelayakan Khusus : Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
ATAU
Kelayakan Masuk : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kompetensi
Bidang/Kelayakan Khusus : Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
ATAU
Kelayakan Masuk : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Bidang/Kelayakan Khusus : Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
ATAU
Kelayakan Masuk : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kompetensi
Bidang/Kelayakan Khusus : Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
DAN
Syarat Sijil Pelajaran Malaysia :
(a) lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua (2) daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
(b) lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua (2) mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
(c) memenuhi syarat Bahasa Melayu sama ada Kepujian atau Lulus (mana yang berkenaan) dan mata pelajaran tertentu seperti mana disyaratkan dalam skim pekhidmatan.
Syarat Bahasa Melayu : Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
DISKRUPSI TUGAS :
Bertanggungjawab dalam tugas-tugas sokongan teknikal di bangunan kerajaan iaitu memasang, membaik pulih, menyenggara, mengawasi serta menguji kenderaan/jentera/peralatan awam dan mekanikal, pepasangan elektrik, sistem elektrik, sistem perpaipan dan kumbahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan selamat.
Bagaimana Memohon
Permohonan jawatan kosong baru di atas boleh dilakukan secara online. Sila ikut arahan seperti di bawah.
Klik pautan “IKLAN PENUH JAWATAN” di bawah dan rujuk maklumat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan kerja tersebut.