Panduan Lengkap Cara Buat Personal Loan Maybank

Pinjaman peribadi atau personal loan merupakan pilihan yang popular di Malaysia bagi individu yang memerlukan wang tunai untuk memenuhi keperluan peribadi mereka. Salah satu bank tempatan di Malaysia yang menawarkan kemudahan pinjaman peribadi adalah Maybank.

Bagi mereka yang ingin memohon pinjaman peribadi Maybank, artikel ini akan memberikan panduan lengkap mengenai cara untuk membuat permohonan tersebut. Dalam panduan ini, kita akan membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi membuat permohonan pinjaman peribadi Maybank serta dokumen-dokumen yang diperlukan untuk proses permohonan.

Semoga panduan ini dapat membantu anda dalam membuat keputusan yang tepat dalam memilih produk pinjaman peribadi yang sesuai dengan keperluan kewangan anda.

Pinjaman Peribadi Maybank

Pinjaman peribadi Maybank atau Maybank personal loan adalah kemudahan pinjaman tunai yang diberikan oleh pihak Maybank kepada pelanggan mereka untuk keperluan peribadi seperti membayar yuran pendidikan, membaiki rumah, membeli barang, atau membayar hutang.

Kemudahan pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh pihak Maybank mempunyai kadar faedah yang kompetitif. Peminjam pula boleh memilih tempoh pembayaran balik yang sesuai dengan kemampuan kewangan mereka atau bergantung dengan kelulusan pihak bank.

Terma dan syarat pinjaman peribadi Maybank mungkin berbeza bergantung pada keperluan kewangan dan status kredit peminjam.

Jumlah pinjaman yang ditawarkan oleh Maybank kepada pelanggan mereka adalah bermula daripada RM5,000 hingga RM100,000 dengan tempoh pembayaran semula dari 2 tahun sehingga 6 tahun. Anda boleh pilih jumlah pinjaman yang anda perlukan.

Apakah Jenis Pinjaman Peribadi Yang Ditawarkan Oleh Maybank?

Maybank Menawarkan dua jenis pinjaman peribadi kepada pelanggan mereka iaitu Maybank Islamic Personal Financing-i dan Maybank Personal Loan. Pembiayaan Peribadi Maybank Islamic-i adalah pembiayaan berdasarkan prinsip syariah yang mematuhi undang-undang Islam.

Oleh itu, pinjaman ini tidak melibatkan faedah atau yuran yang dikenakan ke atas jumlah pembiayaan. Sebaliknya, peminjaman hanya perlu membayar kadar keuntungan kepada bank.

Manakala Personal Loan Maybank adalah pembiayaan konvensional yang melibatkan faedah dan yuran pemprosesan. Pinjaman ini biasanya disediakan dengan syarat tertentu seperti had kelayakan kredit dan tempoh bayaran balik yang ditetapkan.

Oleh itu, jika anda ingin memohon pembiayaan yang mematuhi prinsip syariah, Pembiayaan Peribadi Maybank Islamic-i adalah pilihan yang tepat. Walau bagaimanapun, jika anda tidak mempunyai keperluan khusus untuk mematuhi prinsip syariah, Maybank personal mungkin merupakan pilihan yang baik.

Kelebihan Maybank Islamic Personal Financing-i

  • Bayaran ansuran bulanan serendah RM102.78* sebulan (pembayaran bulanan)
  • Tiada cop dokumen
  • Tiada yuran pemprosesan
  • Kelulusan Pantas

Kelebihan Maybank Personal Loan

  • Bayaran balik bulanan serendah RM102.78* sebulan (pembayaran bulanan)
  • Tiada cop dokumen
  • Tiada bayaran pemprosesan
  • Tiada penjamin diperlukan

Syarat Kelayakan Untuk Memohon Pinjaman Peribadi Maybank

Kemudahan pinjaman Maybank ini ditawarkan kepada semua pelanggan mereka yang layak memenuhi syarat yang telah ditetapkan.

Syarat kelayakan untuk membuat permohonan pinjaman peribadi Maybank bergantung kepada beberapa faktor, termasuk pendapatan bulanan, rekod kredit dan jenis pekerjaan.

Berikut adalah beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk membuat permohonan pinjaman peribadi Maybank:

Pendapatan Bulanan

Pemohon mesti mempunyai pendapatan bulanan yang memenuhi ketetapan yang ditetapkan oleh Maybank. Pendapatan minimum yang diperlukan adalah RM42,000 setahun atau RM3500 sebulan.

Umur

Pemohon mestilah berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan tidak melebihi 60 tahun pada akhir tempoh pembiayaan.

Warganegara Malaysia

Pemohon mestilah warganegara Malaysia atau pemegang kad pengenalan yang sah.

Rekod Kredit Baik

Pemohon perlu mempunyai rekod kredit yang baik. Ini bermakna pemohon tidak mempunyai sebarang rekod kemungkiran ke atas pinjaman atau kad kredit terdahulu. Sila ambil perhatian bahawa ini adalah faktor penting yang menentukan kelayakan untuk memohon pinjaman ini.

Mempunyai pekerjaan yang baik

Kemudahan ini disediakan kepada warganegara Malaysia yang mempunyai pekerjaan tetap dalam pelbagai sektor pekerjaan, tak kira bekerja sendiri atau bekerja di bawah majikan.

Caj Lewat Bayar

Maybank akan mengenakan sebanyak 1% p.a pada jumlah tertunggak sekiranya anda terlepas tarikh akhir pembayaran. Ia dikira dari tarikh tertunggak sehingga tarikh pembayaran bulanan penuh akan dikenakan.

Bayaran Penyelesaian Awal

Anda juga boleh membuat bayaran penyelesaian awal untuk pinjaman peribadi Maybank ini. Tetapi, anda akan dikenakan caj penyelesaian awal sebanyak RM200 atau 3% daripada jumlah baki pinjaman (yang mana lebih tinggi) jika penyelesaian awal dilakukan pada separuh tempoh pertama pinjaman.

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Permohonan Maybank Personal Loan

Untuk memohon pinjaman pinjaman personal loan Maybank, anda perlu mengemukakan dokumen seperti berikut kepada pihak Maybank:

Dokumen yang perlu disediakan untuk bekerja sendiri:

  1. Salinan kad pengenalan
  2. Borang BE dengan Resit Cukai rasmi DAN
  3. Penyata bank 6 bulan terkini
  4. Salinan pendaftaran perniagaan atau trading license
  5. Slip gaji terkini atau borang EA atau penyata KWSP

Dokumen yang diperlukan untuk pekerja:

  1. Salinan kad pengenalan
  2. Penyata bank 6 bulan
  3. Slip gaji terkini
  4. Penyata KWSP

Cara Mohon Maybank Personal Loan

Seperti yang saya katakan di atas, kemudahan pinjaman Maybank ini ditawarkan kepada semua warganegara Malaysia yang layak membuat permohonan.

Terdapat dua cara untuk membuat permohonan pinjaman yang ditawarkan oleh Maybank. Yang pertama adalah, anda boleh membuat permohonan melalui cawangan Maybank yang berdekatan dengan anda. Selepas selesai membuat permohonan, pihak Maybank akan memproses permohonan anda.

Anda seterusnya akan mendapat jawapan permohonan anda dalam tempoh 48 jam. Jika lulus, duit akan dikreditkan kepada akaun Maybank anda.

Sebelum membuat permohonan, sila pastikan anda sudah melengkapkan semua dokumen yang dikehendaki serta mengisi borang permohonan Maybank personal loan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Sekiranya anda terlalu sibuk dan tidak mempunyai masa untuk ke cawangan Maybank yang berdekatan, anda boleh membuat permohonan secara atas talian melalui Maybank2u. Sila klik butang “Mohon Pinjaman Peribadi Maybank” di bawah untuk mohon pinjaman peribadi ini.

Kemudian sila ikut panduan yang disediakan di laman tersebut untuk melengkapkan permohonan.

Kesimpulan

Kesimpulannya, kemudahan pinjaman peribadi Maybank adalah pilihan yang baik bagi mereka yang memerlukan wang dengan cepat dan mudah. Dengan syarat kelayakan yang fleksibel dan kadar faedah yang kompetitif, Maybank memberikan peluang kepada individu untuk mencapai impian kewangan mereka dengan lebih mudah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *