Kami pasti, ramai yang pernah terfikir mengenai pinjaman peribadi ini, sama ada dari bank atau pinjaman koperasi. Ianya merupakan sejenis pinjaman yang amat popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Tanpa sebarang cagaran atau penjamin, sesiapa sahaja boleh memohon untuk pinjaman peribadi dengan jumlah pembiayaan yang agak tinggi, sehingga RM400,000 dan tempoh bayaran balik sehingga 10 tahun!
Dapatkan pinjaman peribadi segera tanpa perlu penjamin dari Maybank personal loan! Klik di sini untuk info lanjut
Sekiranya anda seorang penjawat awam, kemungkinan besar anda selalu menerima emel atau SMS promosi yang menawarkan pinjaman peribadi. Dengan pelbagai tawaran dari institusi kewangan dan koperasi, mungkin ramai yang keliru untuk membuat keputusan mengenai pinjaman peribadi yang paling sesuai dengan keperluan kewangan anda.
Dalam artikel ini, kami senaraikan lapan bank yang menawarkan pinjaman peribadi terbaik untuk kakitangan kerajaan.
1. Maybank
Maybank menawarkan pelbagai jenis pinjaman peribadi kepada penduduk Malaysia terutamanya kepada kakitangan kerajaan untuk membantu mereka memenuhi keperluan kewangan mereka.
Kredit gambar: Maybank2u.com.my
Kemudahan pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh Maybank terdiri daripada dua jenis iaitu, Pinjaman Peribadi Konvensional dan Pinjaman Peribadi Islamik (Pembiayaan Peribadi Maybank/-I).
Pinjaman Peribadi Konvensional adalah pinjaman biasa yang diberikan oleh Maybank yang berdasarkan prinsip-prinsip konvensional manakala Pinjaman Peribadi Islamik adalah pinjaman yang mematuhi prinsip-prinsip Syariah.
Maybank menawarkan jumlah pinjaman peribadi bermula daripada RM5000 dengan tempoh pembayaran semula selama 2 tahun.
Syarat-syarat kelayakan Memohon pinjaman peribadi Maybank:
- Berumur 21-60 tahun
- Warganegara Malaysia
- Pendapatan minimum RM 42,000 setahun bersamaan dengan berpendapatan bulanan kasar sebanyak RM3,500 ke atas.
2. Pinjaman Peribadi i-Sektor Awam Bank Rakyat
Bank Rakyat amat dikenali sebagai institusi kewangan yang menyediakan pinjaman peribadi untuk kakitangan kerajaan melalui pakej Pembiayaan Peribadi i-Sektor Awam.
Kredit gambar: Bank Rakyat
Jumlah pinjaman yang ditawarkan juga teramat tinggi—sehingga RM200,000 dengan tempoh pembiayaan yang panjang, selama 10 tahun.
Selain itu, tiada penjamin yang diperlukan. Malah, pelanggan boleh memilih untuk menambah perlindungan takaful mengikut keperluan masing-masing.
Yang menariknya, individu dengan gaji kasar serendah RM1,000 sebulan pun layak memohon pinjaman ini!
Syarat-syarat kelayakan Pembiayaan Peribadi i-Sektor Awam adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur minimum 18 tahun dan maksimum 60 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan
- Berpendapatan bulanan tetap minimum RM1,000 termasuk elaun tetap
- Berkhidmat dalam sektor awam (dan juga syarikat GLC terpilih)
- Telah berkhidmat minimum tiga bulan
3. BSN MyRinggit-i
Bank Simpanan Nasional (BSN) turut menawarkan pinjaman peribadi kepada kakitangan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), dan agensi berkaitan kerajaan (GLA), yang berjawatan tetap, kontrak atau sementera.
Kredit gambar: Business Today
Pelan pinjaman tersebut dikenali sebagai BSN MyRinggit-i yang menawarkan pinjaman minimum RM5000 sehingga RM200,000.
BSN MyRinggit-i merupakan pelan pembiayaan Islamik yang patuh Syariah dan berkonsepkan Tawarruq. Pelan pinjaman yang ditawarkan BSN ini juga tidak memerlukan sebarang penjamin atau cagaran.
Syarat-syarat kelayakan Pinjaman BSN MyRinggit-i:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun hingga 60 tahun
- Berpendapatan bulanan RM1,500 (gaji kasar)
- Berkhidmat tidak kurang daripada 3 bulan (jawatan tetap) atau 12 bulan (kontrak dan sementara)
- Tidak disenaraihitamkan oleh mana-mana institusi kewangan
- Tiada akaun di bawah Pemerhatian Khas di laporan CCRIS
- Tidak mengikut Program Pengurusan Kredit (PPK) oleh AKPK
Untuk memohon pinjaman peribadi BSN ini, anda boleh kunjungi cawangan terdekat BSN atau muat turun borang permohonan BSN MyRinggit-i melalui laman web rasmi BSN.
4. MBSB Personal Financing Mumtaz-i
Pelan MBSB Personal Financing Mumtaz-i oleh Bank MBSB ini adalah pinjaman peribadi Islamik berasaskan konsep Tawarruq.
Kredit gambar: Business Today
Untuk pinjaman ini, pemohon boleh memohon sehingga RM250,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun.
Selain itu, tiada sebarang cagaran atau penjamin diperlukan. Kelulusan permohonan juga adalah pantas!
Walau bagaimanapun, kelayakan gaji minimum yang ditetapkan oleh MBSB Bank agak tinggi. Individu yang baru berkhidmat mungkin akan sukar untuk mendapat kelulusan permohonan.
Syarat-syarat kelayakan bagi MBSB Personal Financing Mumtaz-i adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia berumur 19 tahun dan tidak melebihi 60 tahun selepas tamat perkhidmatan atau tempoh persaraan (yang mana lebih awal)
- Pekerja tetap kerajaan, GLC, majlis tempatan dan syarikat terpilih yang mempunyai potongan gaji dengan bank dengan sekurang-kurangnya 12 bulan dalam perkhidmatan
- Pendapatan minima bulanan sebanyak RM3,000
- Tidak disenaraihitamkan oleh mana-mana Bank atau AEON
- Tiada Akaun di Bawah Pemerhatian Khas (SAA)
- Bukan di bawah seliaan AKPK
Anda boleh mohon MBSB Personal Financing Mumtaz-i dengan mengunjungi mana-mana cawangan MBSB Bank Berhad berdekatan anda.
Untuk yang memerlukan pembiayaan dengan jumlah yang lebih tinggi, pihak MBSB juga menawarkan pelan MBSB Personal Financing Afdhal-idengan jumlah pinjaman sehingga RM400,000!
5. Cash-i Muamalat
Bank Muamalat Malaysia Berhad turut menawarkan pelan pembiayaan peribadi yang dikenali sebagai Cash-i Muamalat.
Menawarkan pinjaman yang mematuhi syariah, Cash-i Muamalat berlandaskan beberapa konsep Islamik seperti Tawarruq, Wakalah dan Murabahah.
Bank Muamalat Cash-i menawarkan jumlah pembiayaan dari serendah RM10,000 hingga jumlah pembiayaan maksimum RM400,000, dengan tempoh pembayaran sehingga maksimum 10 tahun.
Syarat-syarat kelayakan Pinjaman Peribadi Cash-i Muamalat
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun hingga 60 tahun (atau tarikh pencen)
- Tidak disenaraihitamkan oleh mana-mana institusi kewangan di Malaysia
Kakitangan Kerajaan (Berkhidmat lebih dari 1 tahun)
- Berjawatan tetap
- Pendapatan gaji kasar dan elaun lebih dari RM3,000 sebulan
Kakitangan Awam (Berkhidmat kurang dari 1 tahun)
- Menyandang jawatan kurang dari 1 tahun
- Pendapatan gaji kasar lebih dari RM2,000 sebulan
Kakitangan Kerajaan (Kontrak)
- Berkhidmat tidak kurang daripada 1 tahun
- Jawatan Gred 41 ke atas (atau Gred U29 ke atas untuk jururawat)
- Pendapatan gaji kasar lebih dari RM2,000 sebulan
Kakitangan Syarikat Panel
- Pendapatan lebih dari RM5,000 sebulan
- Berjawatan tetap dan telah berkhidmat lebih dari 3 tahun di syarikat yang sama
6. Pinjaman Peribadi BAE Personal Financing-i Public Bank
Public Islamic Bank merupakan salah satu daripada anak syarikat Public Bank Berhad. Ianya menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan Islam dan patuh syariah.
Dengan pelan pinjaman peribadi BAE Personal Financing-i, kakitangan kerajaan, kakitangan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GCL), dan juga kakitangan badan-badan berkanun layak untuk memohon pinjaman dari RM5,000 hingga RM150,000 dengan tempoh pembayaran yang panjang. Pemohon boleh memilih tempoh pembiayaan dari 2 tahun hingga 10 tahun.
Syarat-syarat kelayakan Pinjaman Peribadi BAE Personal Financing-i Public Bank:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 20 tahun hingga 60 tahun
- Berjawatan tetap yang telah berkhidmat lebih dari 3 tahun
- Berpendapatan bulanan RM1,500 (termasuk elaun)
Untuk yang berminat, anda boleh memohon pembiayaan Public Bank BAE Personal Financing-i dengan mengunjungi mana-mana cawangan Public Bank Berhad berdekatan.
7. Agrobank AgroCash-i
Ramai yang menyangka bahawa Agrobank, atau dikenali juga sebagai Bank Pertanian Malaysia, hanya memberi perkhidmatan berkaitan sektor pertanian.
Sebenarnya, Agrobank juga turut menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan Islam. Contohnya seperti Agrobank AgroCash-i.
Kredit gambar: Agrobank
Pinjaman peribadi daripada Agrobank ini adalah berasaskan konsep Tawarruq. Selain itu, AgroCash-i juga menawarkan pelan pinjaman tanpa cagaran atau penjamin dengan kelulusan yang pantas.
Pinjaman yang ditawarkan juga adalah sehingga RM200,000 dengan tempoh pembiayaan yang panjang—mencecah 10 tahun.
Syarat-syarat kelayakan Pinjaman Peribadi AgroCash-i adalah seperti berikut:
Syarat untuk kakitangan kerajaan
- Berumur 18 tahun hingga 60 tahun
- Pendapatan bulanan RM1,000 ke atas
- Berkhidmat lebih dari 3 tahun
- Potongan Biro Perkhidmatan Angkasa adalah kurang dari 60% pendapatan bersih bulanan
Syarat untuk kakitangan GLC
- Berumur 21 tahun hingga 60 tahun
- Pendapatan bulanan RM2,000 ke atas
- Berkhidmat lebih dari 3 tahun perkhidmatan
- Potongan Biro Perkhidmatan Angkasa adalah kurang dari 50% pendapatan bersih bulanan
Untuk maklumat lanjut serta permohonan, sila kunjungi mana-mana cawangan Agrobank berdekatan anda.
8. RHB Personal Financing-i for Civil Sector
RHB Personal Financing-i for Civil Sectoradalah pelan pinjaman peribadi daripada RHB untuk penjawat awam persekutuan mahupun negeri, sama ada yang masih berkhidmat atau yang telahpun bersara.
Kredit gambar: The Sun Daily
Seperti pelan pinjaman yang lain, pinjaman dari RHB ini juga adalah pinjaman tidak bercagar, dengan jumlah pinjaman sehingga RM200,000.
Syarat kelayakan untuk permohonan pinjaman ini juga tidak membebankan.
Syarat-syarat kelayakan RHB Personal Financing-i for Civil Sector adalah seperti berikut:
- Berumur 18 hingga 58 tahun
- Berkhidmat di sektor awam atau pesara kerajaan
- Pendapatan minimum RM2,000 sebulan
Adakah anda layak untuk memohon pinjaman peribadi?
Semak Laporan CCRIS Terlebih Dahulu!
Sebelum memohon sebarang pembiayaan peribadi, anda perlulah semak laporan CCRIS anda terlebih dahulu.
CCRIS atau Central Credit Reference Information System pula adalah sistem yang dibangunkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), bertujuan untuk mengumpul maklumat kredit individu yang mempunyai pinjaman atau pembiayaan dengan bank di Malaysia.
Kredit gambar: Investopedia
Laporan CCRIS akan menyenaraikan pinjaman dan memberi maklumat sama ada pembayaran pinjaman tersebut mempunyai tunggakan atau tidak.
Seperti ramai sedia maklum, sekiranya kita mempunyai rekod buruk di laporan CCRIS, maka ianya agak sukar untuk mendapatkan kelulusan bagi pembiayaan peribadi.
Melalui CCRIS, bank atau institusi kewangan boleh menilai setiap permohonan pinjaman. Mereka akan membuat penilaian dengan melihat pada bukti pembayaran balik yang dibuat secara baik, risiko tunggakan bayaran, tunggakan kad kredit atau terlepas jadual bayaran, serta nisbah hutang yang stabil.
Jadi, pastikan rekod CCRIS anda bersih ya!
Kesimpulan
Pinjaman peribadi merupakan salah satu cara yang paling mudah sekiranya anda memerlukan sejumlah wang yang banyak dalam tempoh masa yang cepat.
Tambahan pula, anda tidak perlu sediakan cagaran atau penjamin. Tempoh kelulusan juga kadang kala sangatlah laju!
Namun, pinjaman peribadi ada perangkapnya. Untuk pengetahun anda, pinjaman peribadi sebenarnya punca muflis nombor satu di Malaysia, terutamanya dalam kalangan golongan muda. Bagi tempoh 2018 hingga September 2022, jumlah individu muflis adalah 47,929. Daripada jumlah tersebut, 10,378 adalah mereka yang berumur antara 34 tahun dan ke bawah.
Ini kerana pinjaman peribadi ini boleh menjadi satu komitmen bulanan yang tinggi. Kadar faedah pinjaman peribadi juga agak tinggi.
Oleh sebab itu, fikir masak-masak sebelum anda memohon sebarang pinjaman.
Tips sebelum memohon pinjaman peribadi
Kami sediakan juga tips sekiranya anda berhasrat untuk buat pinjaman peribadi:
- Periksa rekod kewangan anda
- Pastikan anda berdisiplin dalam pembayaran bulanan
- Baca terma dan syarat serta jumlah potongan gaji dengan teliti
Diharapkan perkongsian artikel kali ini dan juga pilihan pembiayaan peribadi di atas dapat membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik untuk anda, sekiranya perlu. Apa yang penting adalah pengurusan kewangan yang baik.