Pinjaman Peribadi Bank Muamalat Malaysia Berhad: Semua Yang Perlu Anda Tahu

Pinjaman peribadi adalah salah satu kemudahan yang menjadi pilihan penduduk Malaysia untuk membantu menangani masalah kewangan mereka.

Walau bagaimanapun, masih banyak yang tidak tahu di mana dan bagaimana untuk memohon pembiayaan peribadi dengan betul dan yang lebih selamat.

Dalam artikel ini, saya akan menjelaskan salah satu bank yang menawarkan kemudahan pembiayaan peribadi kepada penduduk Malaysia, iaitu Bank Muamalat Malaysia Berhad.

Pinjaman Peribadi Bank Muamalat Malaysia Berhad

Bank Muamalat Malaysia Berhad adalah sebuah institusi kewangan Islam yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan mengikut prinsip-prinsip syariah.

Bank ini telah dikenali sebagai salah satu pilihan utama bagi mereka yang mencari pembiayaan peribadi yang selaras dengan nilai-nilai syariah Islam.

Bank Muamalat Malaysia Berhad menawarkan beberapa jenis pembiayaan peribadi kepada pelanggan mereka. Pembiayaan peribadi yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Cash-i Muamalat (untuk kakitangan Kerajaan, GLC, GLIC & Majikan di bawah Program Empanelment-EEP)
  • Cash-i Muamalat Pro (Program Profesional)
  • Collateralized Personal Financing-i Program
  • Cash-i Muamalat Premier
  • Cash-i Muamalat Premier Plus

Setiap jenis pembiayaan peribadi ini menawarkan produk yang sama kepada pelanggan mereka. Semua jenis pinjaman ini dijalankan berdasarkan Konsep Syariah seperti Tawarruq, Murabahah, Wakalah, Wa’d, dan Bai’ Wadhi’ah.

Ciri-Ciri Pinjaman Peribadi Oleh Bank Muamalat

Jumlah Pembiayaan Fleksibel

Bank Muamalat Malaysia Berhad menawarkan kemudahan pembiayaan yang tinggi sehingga RM400,000. Namun, jumlah pinjaman yang anda boleh mohon adalah tertakluk dengan kelulusan pihak bank.

Tempoh Pembiayaan Yang Fleksibel

Pinjaman peribadi Bank Muamalat Malaysia Berhad menawarkan fleksibiliti kepada pelanggan dengan tempoh pinjaman yang boleh disesuaikan mengikut keperluan anda.

Tempoh bayar balik pinjaman adalah minimum 2 tahun sehingga 10 tahun.

Proses Permohonan Mudah

Proses permohonan pinjaman peribadi di Bank Muamalat Malaysia Berhad adalah mudah dan cepat. Anda boleh memohon secara dalam talian atau mengunjungi cawangan bank untuk mendapatkan bantuan daripada pegawai perbankan. Dokumen yang diperlukan juga adalah tidak terlalu rumit yang menjadikan proses ini lebih mudah.

Pinjaman Patuh Syariah

Pinjaman yang ditawarkan oleh bank Muamalat adalah berdasarkan Konsep Syariah seperti Tawarruq, Murabahah, Wakalah, Wa’d, dan Bai’ Wadhi’ah.

Selain itu, penting untuk memahami konsep pembiayaan berdasarkan prinsip syariah yang diterapkan oleh Bank Muamalat Malaysia Berhad.

Ini termasuk prinsip mudharabah dan musyarakah, yang menggariskan bahawa keuntungan dan risiko perlu dikongsi antara pemberi pinjaman dan peminjam.

Sumber: ethis.co

Pinjaman Tidak Bercagar

Pinjaman peribadi ini adalah pinjaman tanpa cagaran. Oleh itu, anda tidak perlu bimbang mengenai keperluan penjamin atau cagaran lain jika anda tidak memilikinya.

Saluran Pembayaran Yang Fleksible

Bank Muamalat menyediakan saluran pembayaran yang fleksibel.

Sekiranya anda mohon pinjaman peribadi ini, anda boleh memilih saluran pembayaran seperti potongan gaji, pindahan gaji, arahan tetap atau standing instruction, dan pindahan pencen.

Kadar Faedah

Kadar faedah yang dikenakan oleh Muamalat bank adalah serendah 2.88% setahun. Sila ambil perhatian bawah anda akan dikenakan kadar tambahan sebanyak 1% untuk pembiayaan tanpa perlindungan takaful.

Jadual Bayaran Bulanan Pinjaman Yang Dipohon

Gambar di bawah merupakan jadual bayaran balik pinjaman peribadi bank Muamalat.

Submer: muamalat.com.my

Submer: muamalat.com.my

Jadual yang kami lampirkan di sini merupakan jadual bayaran balik bagi pinjaman peribadi Cash-i Muamalat (Government, GLCs, GLICs & Employers under Empanelment Program-EEP), Cash-i Muamalat Pro (Professional Programme) dan Cash-i Muamalat Premier.

Anda boleh menghubungi pihak bank untuk maklumat lebih lanjut tentang jadual pembayaran balik pinjaman peribadi.

Syarat Kelayakan Permohonan Pinjaman Peribadi

Bank Muamalat telah meletakkan syarat-syarat kelayakan bagi memohon pinjaman peribadi yang mereka tawarkan. Apakah syarat tersebut? Saya akan senaraikan syarat-syarat tersebut di bawah ini.

  • Umur 18 ke atas
  • Pembiayaan sehingga 60 tahun atau sehingga umur persaraan (yang mana lebih awal)
  • warganegara Malaysia
  • Pendapatan Minimum (gaji + elaun tetap) RM3,000 dan ke atas
  • Mempunyai pekerjaan tetap seperti kakitangan kerajaan, daripada syarikat di bawah senarai bank Muamalat dan sebagainya.
  • Bagi mereka yang mempunyai yang mempunyai akaun bank dengan rekod kewangan yang tidak baik, anda berkemungkinan tidak layak untuk memohon.

Dokumen Yang Diperlukan

Bagi membantu anda untuk memudahkan urusan permohonan, saya akan senaraikan dokumen yang diperlukan bagi permohonan pinjaman peribadi ini. Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Mykad
  • Slip gaji 3 bulan terkini
  • Penyata bank 3 bulan terkini yang menunjukkan pengkreditan gaji
  • Surat Pengesahan Pekerjaan (ECL) atau HRMIS dicetak di cawangan (ini untuk kakitangan kerajaan sahaja)
  • Sebarang dokumen sokongan pendapatan lain (jika diperlukan – EA, KWSP)
  • Surat aku janji pindah gaji atau potongan gaji atau
  • Klausa pemindahan atau potongan gaji dalam Surat Pengesahan Pekerjaan (ECL)

Caj Lewat Bayar

Jika anda gagal membayar mana-mana ansuran bulanan dari tarikh penggunaan pertama sehingga tarikh kematangan Kemudahan, kadar pampasan yang akan digunakan adalah sebanyak satu peratus (1%) setahun ke atas jumlah yang tertunggak atau cara lain yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia.

Bayaran Penyelesaian Awal Pinjaman Peribadi

Anda akan dikenakan rebat atau caj bagi penyelesaian awal pembiayaan peribadi ini. Di bawah ini merupakan contah pengiraan bayaran penyeselesaian awal.

Cara Mohon Pinjaman Peribadi Muamalat Bank

Anda boleh membuat permohonan secara dengan mengunjungi cawangan Bank Muamalat Malaysia Berhad terdekat. Mereka juga membenarkan permohonan secara atas talian.

Sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti kad pengenalan, penyata gaji, dan lain-lain. Proses permohonan akan melibatkan penilaian kredit dan kelulusan.

Kesimpulan

Kesimpulannya, pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh Bank Muamalat Malaysia Berhad menawarkan pembiayaan yang fleksibel, patuh syariah, dan mudah diluluskan dengan kadar faedah yang kompetitif.

Sebelum membuat keputusan untuk memohon pinjaman ini, adalah lebih baik untuk anda menghubungi pihak bank terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Dengan memahami dengan jelas prosedur dan syarat-syarat yang terlibat, anda boleh membuat keputusan yang lebih bijak ketika memilih pinjaman peribadi dari Bank Muamalat Malaysia Berhad atau institusi kewangan lainnya.

Ini membantu memastikan bahawa anda mendapatkan pembiayaan yang sesuai dengan keperluan kewangan anda sambil mematuhi prinsip-prinsip syariah.

Jika anda berminat, anda bolehlah membuat permohonan di cawangan Muamalat bank yang berdekatan atau secara atas talian.

Untuk maklumat lanjut tentang kemudahan ini, anda juga boleh melawati laman web rasmi atau Facebook page mereka.