Bank Islam merupakan salah satu bank yang menawarkan pembiayaan peribadi di Malaysia. Pinjaman peribadi Bank Islam mempunyai beberapa ciri-ciri yang menarik seperti pinjaman kadar faedah yang berpatutan, jumlah pinjaman yang tinggi, dan banyak lagi.
Dalam artikel ini, saya akan terangkan apa itu pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh Bank Islam.
Pinjaman Peribadi Bank Islam
Pinjaman peribadi Bank Islam terbahagi kepada tiga tawaran iaitu:
- Personal Financing for Professional Program
- Personal Financing-i Non Package
- Personal Financing-i Package
Personal Financing for Professional Program
Personal Financing for Professional Program ini ditawarkan kepada mereka yang terlibat dalam bidang profesional tertentu seperti doktor, pensyarah, akauntan, engineer dan sebagainya. Jumlah pinjaman ini adalah sehingga RM300,000 dengan tempoh pinjaman sehingga 10 tahun.
Personal Financing-i Non Package
Personal Financing-i Non Package merupakan pinjaman peribadi yang ditawarkan kepada warganegara Malaysia yang bekerja di Syarikat Awam. Pinjaman ini mempunyai ansuran bulanan yang agak rendah. Jumlah pembiayaan pinjaman ini adalah sehingga RM 150,000 dengan syarat pendapatan kasar serendah RM3,500 sebulan.
Personal Financing-i Package
Personal Financing-i Package merupakan pinjaman peribadi yang ditawarkan kepada warganegara Malaysia dengan jumlah pembiayaan sehingga RM 300,000. Pinjaman ini terbuka kepada mereka yang bekerja di sektor kerajaan atau syarikat awam, syarikat terkemuka yang lain, dan syarikat yang disenaraikan oleh Bank Islam. Pembiayaan ini merupakan pembiayaan yang menggunakan prinsip Shariah Tawarruq.
Kadar Faedah
Kadar faedah yang dikenakan oleh Bank Islam adalah berbeza mengikut package pinjaman yang mereka tawarkan.
Kadar Faedah Personal Financing-i Package:
Tawaran Kadar Pembiayaan Dengan Perlindungan Takaful
Kadar Terapung
- 1-3 tahun : SBR + 2.97% p.a (Keuntungan dikira setiap hari berdasarkan “Monthly Rest”)
- 4-10 tahun : SBR + 3.18% p.a (Keuntungan dikira setiap hari berdasarkan “Rehat Bulanan”)
Tawaran Kadar Pembiayaan Tanpa Perlindungan Takaful
Kadar Terapung
- 1-3 tahun : SBR + 4.45% p.a (Keuntungan dikira setiap hari berdasarkan “Monthly Rest”)
- 4-10 tahun : SBR + 6.35% p.a (Keuntungan dikira setiap hari berdasarkan “Monthly Rest”)
Kadar Faedah Personal Financing-i Non Package
Tawaran Kadar Pembiayaan Dengan Perlindungan Takaful
Kadar rata
- 1 – 3 tahun : 4.5% p.a. (Flat). (Keuntungan dikira pada setiap bulan berdasarkan “Jumlah Digit”)
- 4 – 8 tahun : 5.99% p.a (Rata). (Keuntungan dikira pada setiap bulan berdasarkan “Jumlah Digit”)
- 9 – 10 tahun : 6.99% p.a. (Flat). (Keuntungan dikira pada setiap bulan berdasarkan “Jumlah Digit”)
Tawaran Kadar Pembiayaan Tanpa Perlindungan Takaful
Kadar rata
- 1 – 3 tahun : 6.0% p.a. (Flat). (Keuntungan dikira pada setiap bulan berdasarkan “Jumlah Digit”)
- 4 – 8 tahun : 7.5% p.a (Rata). (Keuntungan dikira pada setiap bulan berdasarkan “Jumlah Digit”)
- 9 – 10 tahun : 7.5% p.a. (Flat). (Keuntungan dikira pada setiap bulan berdasarkan “Jumlah Digit”)
Jadual Bayaran Ansuran Bulanan Pinjaman
Di bawah ini merupakan jadual pembayaran balik pinjaman peribadi Bank Islam.
Jadual pembayaran balik pinjaman penyatuan hutang
Jaduan pembayaran balik pembiayaan Peribadi-i Bank Islam: Pakej/Program (Takaful)
Jadual pembayaran bulanan pembiayaan Peribadi-i: Bukan pakej (Takaful)
Jaudal pembayaran balik bagi Personal Financing for Professional Program
Syarat Kelayakan Memohon Pinjaman Peribadi Bank Islam
Syarat kelayakan bagi yang ditetapkan oleh Bank Islam adalah berbeza mengikut jenis pinjaman peribadi yang ditawarkan. Syarat kelayakana adalah seperti berikut:
Personal Financing for Professional Program
- Pemohon mestilah berumur 25 tahun ke atas dan tidak melebihi umur persaraan pada akhir tempoh pembayaran
- warganegara Malaysia
- Bekerja sebagai profesional dalam Doktor Perubatan, Doktor Gigi, Akauntan, Jurutera, Pensyarah, Arkitek, Pegawai Keselamatan, Ahli Farmasi, Veterinar, Pakar Optometris atau Pakar Optik,
- Juruukur Bahan dan Aktuari
- Gaji pokok minimum RM4,000 untuk Bukan Pakej dan gaji pokok minimum RM5,000 untuk Jurutera & Akauntan
Personal Financing-i Non Package
- Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan tidak melebihi umur persaraan pada akhir tempoh pembayaran
- warganegara Malaysia
- Mendapat pendapatan tetap minimum RM4,000 sebulan
- Pemohon mestilah pekerja berterusan dalam mana-mana yang Syarikat Awam
Personal Financing-i Package
- Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan tidak melebihi umur persaraan pada akhir tempoh pembayaran
- warganegara Malaysia
- Pendapatan tetap minimum RM2,000 sebulan
- Pemohon mestilah pekerja berterusan dalam mana-mana Sektor Kerajaan, Syarikat Tersenarai Awam Terpilih, Subsidiari Kerajaan atau Syarikat Terpilih Tersenarai Awam, Syarikat Sendirian Terkemuka Lain yang dikategorikan di bawah syarikat pakej yang disenaraikan oleh Bank Islam
Dokumen Yang Diperlukan Untuk Mohon Pinjaman Peribadi Bank Bank Islam
Dokumen yang diperlukan untuk mohon pinjaman ini adalah seperti berikut:
- Salinan kad pengenalan
- Slip gaji 3 bulan terkini
- Surat pengesahan majikan terkini
- Akaun pengkreditan gaji Penyata Bank 3 bulan terkini
- Borang cukai pendapatan terkini (Borang B atau Borang EA/EC) atau sebarang dokumen sokongan terkini seperti penyata KWSP (atau kedua-duanya jika diperlukan)
Cara Untuk Mohon Pinjaman Peribadi Bank Islam
Anda boleh mohon pembiayaan peribadi ini melalui cawangan Bank Islam yang berdekatan atau secara atas talian di laman web rasmi mereka.
Kelebihan dan Kelemahan Pinjaman Peribadi Bank Islam
Kelebihan
- Jumlah pinjaman yang fleksibel.
- Boleh buat permohonan dalam talian.
- Tiada caj tersembunyi.
Kelemahan
- Keperluan gaji minimum agak tinggi untuk rakyat Malaysia.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, pinjaman peribadi Bank Islam adalah pilihan yang boleh dipertimbangkan bagi mereka yang ingin membuat pinjaman peribadi. Jika anda berminat untuk membuat pinjaman peribadi dengan Bank Islam, anda boleh mengemukakan permohonan di cawangan Bank Islam yang berdekatan atau secara atas talian.