Simpanan atau pelaburan ASB untuk masa hadapan merupakan salah satu pilihan yang popular di kalangan penduduk Malaysia, terutama Bumiputera Malaysia. Pelaburan ASB terkenal kerana ia merupakan pelaburan yang paling selamat. Ia juga boleh memberikan pulangan wang pada masa akan datang.
Buat permohonan ASB loan secara ONLINE. Klik di sini sekarang!
Anda mempunyai dua pilihan untuk buat simpanan dengan ASB iaitu, melalui simpanan persendirian atau ASB Financing. Terdapat beberapa bank tempatan Malaysia yang menawarkan kemudahan pinjaman ASB kepada penduduk Bumiputra Malaysia seperti Maybank, CIMB, RHB dan juga BSN.
Artikel kali ini akan menerangkan kemudahan pinjaman pembiayaan ASB yang ditawarkan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN).
Pinjaman Pembiayaan ASB
Pinjaman pembiayaan ASB atau ASB Financing adalah kemudahan pinjaman kewangan jangka panjang yang dijamin oleh unit Amanah Saham Bumiputera (ASB/ASB2) dan dikira berdasarkan kadar yang berubah-ubah (variable).
Kemudahan pinjaman pembiayaan ini memberikan anda peluang untuk melabur dengan ASB tanpa menggunakan wang simpanan anda yang sedia ada. Anda boleh menggunakan wang anda untuk membayar bayaran bulanan pinjaman pembiayaan ASB anda.
Apakah yang boleh anda dapat daripada kemudahan ini?
- Jumlah pinjaman: RM10,000 – RM200,000
- Kadar faedah (interest rate):
- Sehingga RM50,000 – KAS + 1.90 / SBR + 1.90 (5-40 tahun)
- Melebihi RM50,000 – KAS + 1.70 / SBR* + 1.70 (5-40 tahun)
- Kadar Faedah Efektif:
- Sehingga RM50,000 – 4.65
- Melebihi RM50,000 – 4.45
- Marjin pinjaman: 100% + 5% termasuk Duti Setem, Kos Cagaran, dan Insurans
- Jumlah pinjaman: RM1005,000
- Tempoh: 40 tahun
Kadar Faedah Pinjaman Pembiayaan ASB
Untuk kadar faedah atau interest rate tempoh pinjaman 5 hingga 40 tahun atau sehingga umur 65 tahun, mana-mana yang terdahulu:
- KAS + 1.90% – Amaun Pinjaman sehingga RM50,000
- KAS + 1.70% – Amaun Pinjaman lebih RM50,000
Berapa Banyak Anda Boleh Pinjam Daripada ASB Financing?
ASB Financing BSN membolehkan anda membuat pinjaman serendah RM10,000 sehingga RM200,000. Anda boleh memilih mana-mana jumlah tersebut dengan bayaran bulanan serendah RM46 dalam tempoh 40 tahun.
Anda juga boleh memilih untuk membuat pinjaman pembiayaan ASB dengan tempoh bayaran semula 5 tahun, 10 tahun, atau 30 tahun. Jumlah bayaran bulanan pula adalah bergantung dengan jumlah pinjaman dan tempoh pembayaran semula.
Sila rujuk gambar di bawah untuk info lebih lanjut tentang jumlah bayaran bulanan pinjaman pembiayaan ASB.
Bagaimana Cara Bayar Pinjaman Anda dengan ASB Financing?
Untuk kaedah pembayaran semula pinjaman pembiayaan ASB anda, mudah sahaja. Anda boleh memilih untuk membayar secara auto debit atau secara manual melalui cawangan bank BSN yang berdekatan.
Tetapi, adalah lebih baik jika anda menggunakan auto debit sebagai kaedah pembayaran kerana ianya lebih mudah.
Caj Lewat Bayar
BSN mengenakan caj lewat bayar kepada pelanggan mereka. Cara kira caj lewat bayar adalah seperti dalam gambar di bawah:
Siapakah Yang Layak Mohon Pinjaman Pembiayaan ASB Ini?
Pinjaman pembiayaan ASB ini terbuka kepada semua penduduk Bumiputera Malaysia yang berumur 18 tahun sehingga 65 tahun sewaktu tempoh pinjaman tamat. Selain itu, Anda juga perlu mempunyai sumber kewangan yang jelas.
Dokumen Yang Diperlukan Untuk Membuat Permohonan ASB Loan Bank BSN
Untuk membuat permohonan ASB loan dengan bank BSN, anda perlu menyediakan dokumen yang saya senaraikan di bawah:
Pekerja tetap atau kontrak
- Salinan Kad Pengenalan depan dan belakang
- 1 salinan slip gaji 1 bulan terkini, atau
- Baucar bayaran (dengan cop syarikat/letterhead) sebagai bukti pembayaran gaji bulanan selama enam bulan terakhir.
- 1 salinan penyata terperinci pelaburan tunai, atau
- 1 salinan buku simpanan ASB (halaman butiran pelanggan) / Penyata daripada MyASNB (online) / Sebarang dokumen atau penyata daripada ASNB yang menyatakan nama dan nombor keahlian pemegang unit.
- Mana-mana 1 dokumen berikut (jika bukti pendapatan adalah slip gaji):
- Penyata KWSP terkini
- Surat Pengesahan Majikan
- Borang EA/EC dan e-filing terkini sahaja
Bekerja sendiri
- Salinan Kad Pengenalan depan dan belakang
- 1 salinan penyata terperinci pelaburan tunai, atau
- 1 salinan buku simpanan ASB (halaman butiran pelanggan) / Penyata MyASNB (dalam talian) / Sebarang dokumen atau penyata ASNB yang menyatakan nama dan nombor keahlian pemegang unit
- 1 salinan penyata bank 6 bulan terkini
- Slip dan e-filing e-B/e-BT terkini atau sebarang dokumen yang disahkan oleh LHDN sahaja.
Cara Buat Permohonan ASB Loan dengan Bank BSN
Kepada anda yang berminat untuk melabur ASB dengan Bank BSN, anda boleh datang ke cawangan bank BSN yang berdekatan untuk membuat permohonan. Pastikan anda menyediakan semua dokumen yang diperlukan supaya urusan akan akan lebih mudah.
Kesimpulan
Loan ASB merupakan merupakan pelaburan jangka panjang yang berpotensi untuk membantu mencapai objektif kewangan anda. Namun, sebelum membuat keputusan untuk mohon loan ASB dengan bank BSN, sila pastikan keadaan kewangan semasa anda adalah stabil supaya anda tidak terbeban dengan bayaran bulanan yang bakal anda hadapi.
Selain itu, jika anda berminat nak tahu lebih lanjut tentang loan ASB yang ditawarkan oleh bank BSN, ada boleh dapatkan maklumat lebih lanjut di website rasmi BSN atau di cawangan BSN yang berdekatan.
Klik di sini untuk dapatkan maklumat tentang pinjaman ASB yang ditawarkan oleh Maybank, CIMB dan RHB.