Berikut merupakan maklumat iklan jawatan kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Maklumat kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Portal Jobs Malaysia hanya menyiarkan untuk memudahkan permohonan anda. Diharap maklum.
Maklumat Jawatan Kosong
JAWATAN: PENGAWAL KESELAMATAN
GRED JAWATAN: GRED KP11
SKIM PERKHIDMATAN: KESELAMATAN DAN PERTAHANAN AWAM KUMPULAN PERKHIDMATAN: PELAKSANA
JULAT GAJI: RM1,205.00 – RM2,939.00
SYARAT LANTIKAN:
(a) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
1.Warganegara Malaysia dan dilahirkan di Negeri Kedah Darul Aman.
2.Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(b) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan
Setaraf dengannya oleh Kerajaan. atau:
(c)1.Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang kurangnya berpangkat Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
2. Calon bagi lantikan dengan kelayakan di perenggan a) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
3. Mempunyai syarat- syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
a. Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53 bagi wanita tanpa bersepatu;
b. Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
c. Mempunyai Indeks Jisim Badan (BMI) diantara julat 19 hingga 26;
d. Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
e. Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
f. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
g. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan
berdaftar.
Selain itu calon juga perlulah mempunyai ciri-ciri berikut :
1. Berwatakan yang menarik
2. Berpengetahuan
3. Mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan beramanah.
DISKRIPSI TUGAS:
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas kawalan keselamatan aset kerajaan yang melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dokumen dan personel di bangunan dan premis kerajaan termasuk kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 28)
Bagaimana Memohon
Permohonan jawatan kosong baru di atas boleh dilakukan secara online. Sila ikut arahan seperti di bawah.
Klik pautan “IKLAN PENUH JAWATAN” di bawah dan rujuk maklumat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan kerja tersebut.