ASB Loan Maybank: Semua Yang Perlu Anda Tahu

Adakah anda pernah mendengar tentang kemudahan pinjaman ASB sebelum ini?

Kemudahan pinjaman ASB ini ditawarkan oleh ejen bank ASNB kepada pelabur yang memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh bank. Dengan adanya kemudahan pinjaman ASB ini, peluang untuk anda melabur untuk masa hadapan lebih luas.

-> Buat permohonan ASB loan Maybank secara online. Klik di sini untuk info lanjut

Salah satu bank yang menawarkan kemudahan pinjaman ASB adalah bank Malayan Banking Berhad (Maybank).

Artikel ini akan menerangkan tentang kemudahan pinjaman ASB yang ditawarkan oleh Maybank.

ASB Loan Maybank

ASB Loan Maybank atau ASB Financing-i merupakan kemudahan pembiayaan berjangka panjang yang memberikan anda peluang untuk melabur di dalam unit-unit Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Kemudahan pinjaman ASB Maybank bertujuan untuk menggalakkan orang ramai untuk membuat pelaburan dalam ASB, khususnya penduduk Bumiputera Malaysia.

Untuk mendapatkan pinjaman ASB Maybank, anda hendaklah berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai pendapatan yang tetap.

  • Jumlah pembiayaan: RM10,000 – RM200,000
  • Margin pembiayaan: Sehingga 105%
  • Tempoh pembiayaan: 30 tahun
  • Pembahagian & (Dividen tahunan) Pendapatan ASB: Dividen akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pemegang unit ASB masing-masing.
  • Caj: Duti setem dan Sijil ASNB RM50.00 setiap unit

Kadar Faedah Pinjaman Pembiayaan ASB Maybank

Gambar di bawah menunjukkan kadar faedah pinjaman pembiayaan ASB Maybank. Untuk pengetahuan anda, Kadar Asas Standard (KAS) semasa Maybank adalah 2.75%.

Dapatkan info KAS terkini Maybank. Klik di sini sekarang.

Berapa Banyak Anda Boleh Pinjam Daripada ASB Financing?

Maybank menawarkan pinjaman ASB serendah RM10,000 sehingga RM200,000. Tempoh pembayaran semula pinjaman ASB ini adalah 5 tahun hingga 40 tahun, atau pada umur 7o tahun.

Anda boleh memilih tempoh pembayaran semula selama tahun dengan bayaran bulanan sebanyak RM186 jika anda membuat pinjaman RM10,000. Anda juga boleh memilih tempoh yang lebih panjang seperti 30 tahun dengan bayaran bulanan RM148 jika anda membuat pinjaman sebanyak RM30,000.

Sila rujuk gambar di bawah untuk info lebih lanjut tentang jumlah bayaran bulanan pinjaman pembiayaan ASB.

Bagaimana Cara Bayar Pinjaman Anda dengan ASB Financing?

Cara bayar semula ASB loan anda dengan Maybank adalah mudah sahaja. Ia akan dipotong secara automatik setiap bulan melalui akaun bank Maybank.

Oleh itu, sila pastikan baki wang dalam akaun Maybank anda cukup untuk membayar bayaran bulanan pinjaman ASB anda.

Klik di sini untuk buat permohonan ASB loan Maybank secara atas talian.

Caj Lewat Bayar

Anda akan dikenakan caj bayaran lewat sebanyak 1% setahun ke atas jumlah tertunggak dari tarikh keingkaran (tertakluk kepada tempoh 7 hari) sehingga tarikh penerimaan pembayaran oleh Bank.

Yuran dan Caj Yang Perlu Dibayar

  • Duti setem seperti yang tertera di dalam Akta Setem 1949 (pindaan 1989)
  • Yuran langganan ASNB RM50.00 setiap Sijil

Permohonan Bersama Pembiayaan ASB

Untuk menggalak orang ramai melabur dalam ASB, Maybank juga membolehkan anda untuk membuat permohonan pembiayaan ASB bersama. Namun, permohonan bersama adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak bank.

Syarat untuk membuat permohonan pembiayaan ASB bersama ini adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia dan Bumiputera
  • Pemohon kedua mestilah ahli keluarga terdekat iaitu suami atau isteri, ibu bapa, anak atau adik-beradik.
  • Berumur 18 tahun dan ke atas atau tidak melebihi umur 70 tahun.
  • Penjamin mestilah mempunyai rekod pembayaran balik pinjaman yang memuaskan di institusi kewangan.
  • Tidak muflis.

Siapakah Yang Layak Mohon Pinjaman Pembiayaan ASB Ini?

Pinjaman pembiayaan ASB ini terbuka kepada semua penduduk Bumiputera Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai pendapatan yang tetap.

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Membuat Permohonan ASB Loan Bank Maybank

Untuk membuat permohonan pinjaman ASB dengan Maybank, anda perlu menyediakan dokumen seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan
  2. Salinan slip gaji 3 bulan terkini
  3. Penyata akaun bank
  4. Tangkapan skrin nombor akaun pemegang unit ASNB anda

Cara Buat Permohonan ASB Loan dengan Bank Maybank

Anda boleh membuat permohonan pinjaman ASB Maybank secara atas talian melalui laman web rasmi Maybank atau aplikasi Maybank2u.

Caranya mudah sahaja. Sila rujuk gambar di bawah untuk panduan permohonan pinjaman ASB Maybank.

Cara Mohon Pinjaman ASB Maybank Melalui Website:

Cara Mohon Pinjaman ASB Maybank Melalui Aplikasi Maybank2u:

Cara Mohon Pinjaman ASB Maybank Bukan Pelanggan Maybank2u:

Buat Permohonan ASB Loan Maybank Secara Online

Kelebihan Pinjaman ASB Maybank

Sebenarnya, kemudahan pinjaman pembiayaan ASB yang ditawarkan oleh Maybank adalah sama seperti bank yang lain. Namun begitu, terdapat beberapa kelebihan kemudahan pinjaman ASB yang ditawarkan oleh Maybank berbanding bank yang lain.

Proses permohonan pinjaman ASB Maybank sangat mudah. Anda boleh membuat permohonan secara atas talian tanpa perlu mengunjungi cawangan Maybank yang berdekatan. Selain itu, Maybank juga menawarkan kemudahan pembayaran semula dengan mudah iaitu pemotongan secara automatik atau auto debit.

Kesimpulan

Pelaburan ASB merupakan pelaburan yang paling selamat di Malaysia. Pelan pinjaman ASB ini memberi peluang kepada individu untuk mengembangkan wang mereka melalui pelaburan jangka panjang. Pelaburan ASB merupakan pilihan terbaik bagi mereka yang ingin menyimpan wang mereka sambil memanfaatkan potensi untuk mendapatkan keuntungan pada masa hadapan pelaburan.