Cara Daftar GrabFood Rider di Malaysia (2023)

Kredit Gambar: klfoodie.com

Dalam artikel ini, saya akan menerang cara daftar GrabFood rider, kelebihan kerja sebagai GrabFood rider, pendapatan sebagai GrabFood rider dan sebagainya.

Grab Holdings Inc. atau juga dikenali sebagai Grab merupakan sebuah syarikat gergasi teknologi multinasional yang berpusat di Singapura. Syarikat ini merupakan membangun (developer) aplikasi Grab yang menyediakan perkhidmatan e hailing, penghantaran makanan dan pembayaran digital.

Buka itu sahaja, syarikat Grab juga menawarkan kerjasama sebagai Grabfood Merchant, Grab Driver, Grab Delivery Partner, Pay Merchant dan Mart Merchant. Sekirannya anda adalah seorang peniaga makanan, anda boleh daftar sebagai Grabfood merchant dan menjual makanan anda melalui app Grab secara atas talian dengan Grab. Anda boleh mendapat maklumat lebih lanjut mengenai Grabfood merchant di laman web rasmi Grab.

Hari ini, kita dapat melihat ramai rakyat Malaysia menjadikan GrabFood rider ini sebagai kerjaya mereka. Malah, ada yang sanggup berhenti kerja semata-mata untuk menjadi GrabFood rider. Apa tidaknya, pendapatan dengan GrabFood rider adalah setanding dengan upah sebagai pekerja tetap. Selain itu, slogan “anda Bos, anda pekerja” juga menjadi tarikan besar. Ini kerana, masa bekerja anda lebih fleksibel dengan Grabfood rider.

Apa Itu GrabFood Rider?

GrabFood rider merupakan perkhidmatan penghantaran makanan yang disediakan oleh syarikat Grab. Dengan adanya perkhidmatan penghantaran makanan ini, anda boleh membeli makanan kegemaran anda terus dari kedai makan tanpa keluar dari rumah.

Anda hanya perlu memesan makanan kegemaran anda melalui aplikasi Grab kemudian GrabFood rider ini akan menghantar pesanan anda sehingga ke pintu rumah atau pejabat anda mengikut alamat yang dinyatakan

GrabFood rider ini merupakan salah satu servis yang disediakan oleh Grab. Anda juga boleh mendaftar sebagai Grab Driver, Food Merchant, Pay Mechant dan Partner Delivery. Jikalau anda ingin mendapat maklumat seperti Food Merchant, anda boleh terus ke laman web rasmi.

Kelebihan Kerja GrabFood Rider

Kerja sebagai Gradfood rider memberikan banyak kelebihan sama ada daripada pikah GrabFood atau anda sendiri. Salah satunya adalah, GrabFood rider dapat membantu menambah pendapatan kita. Selain itu, pihak Grab sendiri juga menawarkan beberapa kelebihan kepada GrabFood rider mereka. Antara kelebihan kerja sebagai GrabFood rider adalah seperti berikut.

Insurance

Grab memberikan perlindungan insuran secara percuma apabila anda melakukan penghantaran untuk GrabFood dan GrabExpress. Polisi insuran ini bermula sebaik sahaja anda menerima pesanan pelanggan dan sehingga tamat penghantaran.

KWSP dan PERKESO

Grab juga menyediakan kemudahan caruman KWSP dan PERKESO kepada Grab delivery partner atau GradFood rider mereka. Grab juga akan menambah 10% caruman KWSP kepada Grab delivery partner atau GradFood rider yang layak.

Grap Partner Pit Shop

Grab faham bahawa kerja sebagai GrabFood rider ini memerlukan tenaga dan kesihatan yang baik. Oleh itu, Grab menggalakkan rider mereka untuk berehat jika perlu.

Namun, yang lebih menariknya adalah, GrabFood rider ini boleh berhenti dan berehat di gerai Pit Pemandu Grab dan mereka akan mendapatkan minuman Nescafe atau teh tarik secara percuma. Tetapi kelebihan ini hanya tersedia bagi Grab rider atau GrabFood rider yang aktif sahaja.

GrabAcademy

Grab juga menawarkan peluang kepada anda untuk menambahkan kemahiran dan keyakinan dengan menawarkan Grab Academy. Pendaftaran bagi program ini adalah percuma sahaja. Namun buat masa ini, kursus percuma yang ditawarkan oleh Grab ini hanya melalui jemputan sahaja.

Dengan GrabAcademy ini, anda berpeluang untuk belajar kemahiran dan pengetahuan baru dengan kursus seperti latihan literasi digital (Microsoft), latihan pengurusan kewangan (Standard Chartered) dan banyak lagi secara percuma.

Masa Kerja Fleksibel

Waktu kerja GrabFood adalah bebas. Ia tidak memerlukan anda untuk bekerja mengikut waktu pejabat. Anda boleh rancang jadual kerja anda sendiri. Anda bebas untuk melakukan perkhidmatan penghantaran makanan setiap hari atau hanya tiga hari seminggu. Anda juga boleh bercuti bila-bila masa sahaja.

Syarat Kelayakan

Jika anda ingin mendaftar sebagai GrabFood rider terdapat beberapa kriteria dan syarat GrabFood rider yang wajib anda penuhi. Kriteria dan syarat kelayan adalah seperti berikut:

  • Berumur antara 18 ke 69 tahun. Bagi anda yang berumur lebih daripada 50 tahun dan ke atas, maka anda wajib membuat laporan pemeriksaan perubatan dan menghantar laporan tersebut kepada pihak Grab.
  • Warganegara Malaysia (pemegang Kad Pengenalan biru).
  • Untuk menjadi GrabFood rider anda mestilah mempunyai lesen motosikal B/B2 yang aktif. Pemegang lesen L tidak dibenarkan.
  • Mestilah memiliki telefon pintar dengan aplikasi Appstore/Playstore.
  • Tidak ada GrabFood, GrabExpress, GrabCar dan GrabTaxi sedia ada.
  • Tidak ada rekod jenayah.
  • Mempunyai rekod yang bersih mana-mana platform Grab.
  • Mempunyai motorsikal sendiri.

Untuk menjadi GrabFood rider, terdapat beberapa perkara yang perlu sediakan;

  1. Motosikal sendiri untuk penghantaran makanan yang dipesan oleh pelanggan.
  2. Lesen memandu.
  3. Topi keledar.
  4. Telefon pintar Android atau iOs.
  5. Talian internet.

Sekiranya anda sudah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti di atas, anda sudah boleh menjadi GrabFood rider.

Gaji GrabFood Rider

Menurut berita yang dilaporkan oleh Mstar.com,my pada 08 Januari 2021, seorang Grab food rider yang dikenali sebagai Muhammad Fakhrullah Harizz Masnawi berkata bahawa beliau mampu menjana pendapatan sehingga RM7,000 sebulan sebagai Grab food rider.

Gaji sebagai Grab food rider ini diambil daripada aktiviti penghantaran yang anda lakukan. Grab food rider berpotensi untuk mendapatkan bayaran sekitar RM7 sehingga RM15 untuk setiap penghantaran pesanan pelanggan.

Katakan sehari Grab food rider mendapat sebanyak 15 pelanggan. Kita kira purata pendapatan bagi satu penghantaran adalah RM10. Ini bermaksud, dalam sehari Grab food rider tersebut akan menjana pendapatan RM150.

Jika anda hanya bekerja selama 20 hari sebulan, maka boleh jana pendapatan dalam RM3,000. Bayaran untuk setiap penghantaran juga biasanya bergantung dengan jarak dan masa pesanan dihantar. Semakin jauh penghantaran, dan apabila pesanan dilakukan pada waktu peak hour maka bayaran bagi penghantaran tersebut pula makin tinggi.

Selain pendapatan sebagai Grab food rider, Grab juga menawarkan insentif mingguan kepada Grab food rider mereka. Insentif ini merupakan tanda penghargaan dari Grab kepada rider mereka.

Cara Daftar GrabFood Rider

Jika anda sudah memenuhi syarat dan kelayakan di atas, anda sudah pun boleh mendaftar sebagai GrabFood rider di laman web rasmi mereka secara online. Cara daftar GrabFood rider adalah mudah saja. Saya akan terangkan cara daftar Grabfood rider di bawah ini beserta dengan dokumen yang perlu anda sediakan.

Langkah 1

Langkah pertama adalah, anda perlu kumpul semua dokumen yang diperlukan untuk proses pendaftaran.

Selepas anda mengumpul semua dokumen yang diperlukan, sila pergi ke laman web rasmi Grab atau klik di sini untuk daftar Grab food Rider.

Langkah 3

Klik butang “Register Now”, kemudian isi butiran peribadi di anda di borang pendaftaran seperti gambar di bawah. Sila masukan nama anda di ruangan nama, bandar anda di ruang City (seperti Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Selangor dan sebagainya), jenis perkhidmatan anda di service type, dan nombor telefon anda di ruang mobile number.

Sila pastikan anda sudah mengisi semua maklumat yang diminta sebelum tekan butang “Sign Up”.

Langkah 4

Pada paparan seterusnya, anda akan diminta untuk memasukkan kod pengesahan. Sila masukkan kod penggesahan yang dihantar oleh pihak Grab melalui SMS ke nombor telefon yang anda daftarkan sebentar tadi.

Langkah 5

Pada laman seterusnya, anda perlu memuat naik dokumen seperti salinan lesen memandu, salinan Kad Pengenalan, profile picture, laporan perubatan bagi yang berumur 50 dan keatas, dan sebagainya. Sila pastikan anda telah melengkapkan semua dokumen yang diminta sebelum ke paparan seterusnya.

Langkah 6

Pada laman seterusnya, anda akan melihat terma dan syarat untuk menjadi GrabFood rider. Jika anda sudah memahami terma dan syarat tersebut, sila klik butang tanda terima dan bersetuju dengan terma tersebut di bahagian bawah.

Selepas itu, selesailah sudah pendaftaran anda sebagai GrabFood rider.

Langkah 7

Selepas membuat pendaftaran, pihak Grab sekali lagi akan menghubungi anda untuk menjalankan latihan dan ujian secara online. Selepas latihan dan ujian secara online selesai, Grab akan menghubungi anda semula untuk pengambilan kit Delivery-Partner di Grab Driver Centre.

Selepas itu, anda sudah pun boleh mulakan kerjaya anda sebagai GrabFood rider.

Kesimpulan

Grab adalah salah satu syarikat yang e hailing yang menawarkan peluang pekerjaan kepada orang ramai dengan pendapatan yang lumayan. Selain daripada GrabFood rider, anda juga boleh mendaftar sebagai Grab rider.

Dengan kemunculan teknologi seperti ini, peluang untuk jana pendapatan terumatanya bagi rakyat di Malaysia makin luas. Bagi anda yang ingin menambah pendapatan atau suka bekerja sendiri tanpa kawalan majikan, anda boleh cuba daftar Grab rider dengan syarikat Grab. Ini kerana, kerja sebagai GrabFood rider (servis penghantaran makanan) atau Grab driver boleh dilakukan secara part time atau sepenuh masa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *